BTC USD 17,356.7 Gold USD 1,797.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Kilang Pengsan, Gas Bocor Di Alor Setar

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,127
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,127
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
03.10.2022 - Alor Setar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menjumpai seorang pekerja ditemui pengsan dipercayai akibat terhidu gas ammonia bocor di sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah pada Isnin. Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.06 pagi.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal dan dilaporkan mulai sedar seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah menggunakan ambulans Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Kuala Kedah.

"Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Kedah menerima satu panggilan kes kebocoran gas di sebuah kilang melalui talian MERS 999 pada pukul 6.18 pagi. Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zamani berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi (KO), Penguasa Bomba Mohd Syam Kamaruddin membuat pemantauan dan mendapati terdapat bau gas yang dipercayai gas ammonia yang sangat kuat di lokasi.

"Anggota diarahkan memakai alat pernafasan dan membuka satu aliran hos serta membuat teknik ‘water curtain’ bagi menghampiri kawasan kilang dan mencari pasti punca kebocoran," katanya.

Menurut beliau, komander operasi melaporkan telah menemui seorang lelaki dianggarkan berusia 40-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Seterusnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dipanggil ke lokasi kejadian," katanya.

Zamani memberitahu, PKO kemudiannya berjaya menemui injap gas yang bocor dan menutup injap tersebut. Katanya, pasukan Hazmat turut membuat pemantauan dan melakukan pengesanan gas ammonia bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat.

"Operasi tamat pada pukul 10.19 pagi," katanya.​

1664781873115.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
Siasat
SOP longgar nie
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,332
Joined
Jun 28, 2011
Messages
28,332
Reaction score
3,620
Points
261
Awards
1
Masak kena audit dengan JKKP.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register