penhitam
Active Member
- Messages
- 2,060
- Joined
- Mar 26, 2008
- Messages
- 2,060
- Reaction score
- 75
- Points
- 40
Pasir Mas: Seorang pekerja kilang papan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Gua Musang pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan pengakuan terbabit dan menetapkan 23 Julai nanti sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Gua Musang.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun 10 bulan di sebuah bilik dalam kilang di Gua Musang pada 12 tengah hari Jumaat lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama dan di lokasi serta tarikh kejadian sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen serta akta yang sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes terbabit adalah jenayah serius.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Julai sebagai tarikh sebutan semula untuk merekodkan pengakuan.