BTC USD 97,042.4 Gold USD 2,935.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja kilang mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,652
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,652
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Pekerja kilang mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah


Disember 30, 2024 12:40 MYT

Pekerja kilang mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah
Muhammad Affandi (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Isnin atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanal dan video lucah. -Sinar Harian

HULU TERENGGANU: Seorang pekerja kilang ais mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak dan video lucah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Ringkasan AI

Muhammad Affandi Mohd Azi, seorang pekerja kilang ais, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak dan video lucah.
Pertuduhan pertama melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak, yang boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda hingga RM10,000.
Pertuduhan kedua melibatkan memiliki video lucah, yang boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda.
Tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan tarikh hukuman ditetapkan pada 15 Januari di Mahkamah Majistret Marang.
Tertuduh, Muhammad Affandi Mohd Azi, 33 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di Kampung Batangan, dalam daerah Marang jam 8.50 malam pada 23 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki video lucah pada tarikh, masa dan tempat yang sama di mana dia boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh hukuman di Mahkamah Majistret Marang.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintenden Tuan Norhasnida Tuan Nordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -
#pornografi kanak-kanak #pekerja kilang ais #Muhammad Affandi Mohd Azi #bahan penganiayaan seksual

 
Sponsored Post

cmne deme leh pi check org tu? mmg da aim ke cmne?


Polis kita sebenarnya cekap.
Teknologi juga tinggi.

Ramai org yg sangka polis mcm tak reti, itu ini..tapi kalau org yg terlibat dgn Polis..dia boleh saksikan sendiri sebenarnya Polis kita jauh hebat!


Sekarang ni di Malaysia...saya perhati..mana2 jab, ajensi pun sebenarnya hebat2.

Cuma..Tadbir Urus yg menetukan bagaimana hasil yg kita dapat. :D

Mcm isu Porno ke, Isu2 mcm kes ni...
Org MCMC pun cekap..banyak je info

Tapi..kalau dulu2 ..org MCMC nak tangkap isu alat TV haram, Siaran TV Haram pun susah sgt nak dakwa sampai selesai....ada je lompong sana sini yg bolehkan penjenayah lepas/ tak kena teruk...sebab tu siaran haram masih kekal sampai hari ni..:ROFLMAO:

Mcm Kes dadah juga...kalau Polis benar2 gempur...boleh buat sampai pupus!

Sekarang Polis bertindak kes porna/ dera sek anak2...
Polis baru tunjuk sikit skills sja tu

Harap2 Polis giatkan lagi!

Saya percaya entah kecik sja percentage yg kena tangkap tu.

Mintak Polis gempur yg ni kasi pupus dulu.

Lepas tuy

Gempur Dadah pulak kasi pupus..
 
Suspek Op Pedo beri alasan tak tahu simpan bahan lucah kanak-kanak satu kesalahan

Ayob Khan (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung penahanan 13 lelaki yang didapati menyimpan 40,000 video, gambar pornografi kanak-kanak
Iklan



"Pihak polis akan terus mengenal pasti individu yang terlibat dalam aktiviti ini, termasuk memiliki atau mempromosikan bahan-bahan lucah.

"Operasi yang dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini juga akan terus digiatkan bagi mengesan saki baki individu yang dipercayai terlibat (CSAM),” katanya selepas merasmikan penutupan Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 di Empangan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Pada 23 Disember, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan 13 lelaki ditahan secara berasingan di enam negeri, kerana disyaki memiliki CSAM dalam talian dengan ke semua suspek berusia 20 hingga 74 tahun, diberkas di 18 buah premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Ayob Khan berkata, pihaknya juga tidak menolak perbuatan keji itu tidak hanya berlaku di enam negeri tersebut sebaliknya melibatkan seluruh negara. - Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register