Pekerja Kilang Maut, 2 Motosikal Bertembung

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,727
Reaction score
3,776
Points
236
23.11.2020 - Kuala Lumpur, Seorang pekerja kilang pemasangan kereta maut setelah motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 di Shah Alam, pagi tadi. Insiden yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan Azinor Isma Salim, 40, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Shah Alam. Katanya, motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang Mohd. Azirul Hanafie Omar, 21, memboncengkan wanita warga Indonesia dikenali Wijayantidiyahayu berusia 22 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati mangsa yang tinggal di Puchong dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di sebuah kilang pemasangan kereta. Kemalangan mengakibakan mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng pula cedera parah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala mayat Azinor Isma dihantar ke Hospital Shah Alam. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Screenshot-3289.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/23/pekerja-kilang-maut-dua-motosikal-bertembung/
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,397
Reaction score
2,141
Points
201
Sini banyak motor langgar traffic light
.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,727
Reaction score
3,776
Points
236
Sini banyak motor langgar traffic light
dulu sini area blackspot, selalu eksiden mati .. hanya pagi2 abam trafik jaga, lama-kelamaan ubahsuai simpang letak trafik light pun x guna, masih ada yang degil langgar lampu merah .. depan Proton
 
Sponsored Post
Top
Log in Register