BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pekerja Kedai Roti Di Berhentikan Serta Merta Selepas Aksi Cium Doh Tular Di Media Sosial

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
09.10.2024 - Pekerja sebuah syarikat francais makanan Auntie Anne’s telah diberhentikan kerja serta-merta selepas gambarnya mencium doh roti tular yang tular. Difahamkan, pekerja cawangan pusat beli-belah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu dengan beraninya telah memuat naik videonya bermain dan mencuim tepung uli untuk dijadikan pretzel. Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataannya berkata susulan daripada itu, cawangan syarikat tersebut telah ditutup sementara waktu bagi pembersihan.

"Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini. Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini. Sebagai langkah proaktif kami, cawangan terlibat akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh," katanya.

Tambah mereka, kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan telah disahkan.​


 
Sponsored Post

Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia bermain dan mencium doh roti tular di media sosial. Menurut francais itu, pekerja terbabit diberhentikan serta-merta selepas perbuatannya mendapat perhatian dan mencetuskan kebimbangan netizen.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini. Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia namun dia diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas pihaknya lagi, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan. Malah tambahnya, rangkaian makanan berkenaan tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian kebersihan yang ditetapkan. Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif cawangan Midvalley ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan. Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.
 
1728441026357.png

1728441052336.png

1728441137189.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register