Pekerja butik diperkosa di Kuala Terengganu

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,727
Reaction score
20,765
Points
1,661




ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang pekerja wanita disamun sebelum dirogol di kedai menjual pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, malam tadi.
MALANG nasib seorang pekerja premis menjual pakaian wanita apabila dia bukan sahaja disamun, tetapi dirogol dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa berusia 20-an dipercayai berseorangan dalam premis berkenaan sebelum didatangi suspek.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan memasuki kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan premis tempat mangsa bekerja.

Menurutnya, akibat kejadian itu, premis menjual pakaian itu mengalami kerugian dianggarkan lebih RM2,000.

Katanya, mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/364113/pekerja-malang-disamun-diperkosa-metrotv

Seorang pekerja wanita sebuah kedai pakaian di Bukit Kecil, Kuala Terengganu dirompak dan dirogol malam tadi.

Suspek yang wajahnya berjaya dirakam CCTV kedai tersebut kini sedang diburu pihak polis.

Menurut orang awam, kedai pakaian tersebut sering tutup lewat dan hanya mempunyai seorang pekerja sahaja pada satu2 masa.




 
Rogol, liwat, samun
Lelaki dipenjara 20 tahun, 35 sebatan



Lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 35 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU - Perbuatan jahat seorang penganggur yang merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak seorang pembantu butik pakaian di bandar raya ini pada 1 Ogos lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 35 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mohamad Nurhadi Othman, 25, yang berasal dari Jalan Hiliran, Parit Gali di sini membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan merompak, tiga tuduhan melakukan seks luar tabii dan satu pertuduhan merogol di dua mahkamah sesyen berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh mengaku salah atas tuduhan merompak wang tunai bernilai RM2,600 dengan bersenjatakan sebilah pisau di sebuah butik pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil di sini kira-kira pukul 9.56 malam, 1 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut mengaku salah merompak dua utas rantai tangan dan cincin milik pembantu butik pakaian itu dengan bersenjatakan pisau kira-kira pukul 10.55 malam pada hari yang sama.

Mohamad Nurhadi juga didakwa atas pertuduhan merogol dan tiga perbuatan seks luar tabii ke atas mangsa di lokasi dan tarikh sama dari pukul 10.10 malam hingga dan 10.45 malam pada tarikh dan lokasi sama.

Kosmo! Online pada 3 Ogos lalu melaporkan seorang pembantu kedai mengalami detik hitam apabila disamun dan dirogol penjenayah ketika bersendirian di butik pakaian wanita terbabit.


http://www.kosmo.com.my/terkini/penganggur-samun-rogol-pembantu-butik-pakaian-dipenjara-20-tahun-35-sebatan-1.725861

Man gets 20 years in jail for robbing, raping

KUALA TERENGGANU: A man arrested for robbing a boutique and raping a sales assistant was sentenced 20 years in jail and 35 strokes of the rotan after pleading guilty to his crimes.


Mohamad Nurhadi Othman, 25, was charged with two counts of robbery and four counts of sexual assault including sodomising the victim and forcing her to perform oral sex.

He pleaded guilty to the crimes before judges Rofiah Mohamad and Azman Mustapha at separate Sessions Court rooms on Thursday (Aug 9).

He committed the crimes on Aug 1 in Jalan Bukit Kecil at around 10pm.

Police found and arrested him about 17 hours later at around 2.45pm on Aug 2.

In the incident, he had taken the boutique's earnings of about RM2,600.

He also took two bracelets and a ring belonging to the 23-year-old victim.

Rofiah meted out 10 years in jail for each act of robbery as well as 12 strokes of the cane.

She also ruled for the sentences to run concurrently.

Meanwhile, Azman ordered Mohamad Nurhadi to serve 20 years in jail and eight strokes of the rotan for raping the victim.

He also sentenced Azman to 15 years in jail and five strokes of the cane for two accounts of sodomy and forcing the victim to perform oral sex.

He also ordered for the sentences to run concurrently from the date of the accused's arrest.


https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/09/man-gets-20-years-in-jail-for-robbing-boutique-raping-sales-assistant/

Suspek direman 7 hari



KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun seorang pembantu kedai di sebuah butik pakaian wanita di bandar raya ini kelmarin.


Perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki trak polis.

Pemuda itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun dengan senjata.

Suspek yang dipercayai seorang penagih dadah itu diberkas di sebuah bilik hotel di Jalan Paya Keladi di sini dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas melakukan perbuatan jenayah itu.


http://www.kosmo.com.my/negara/suspek-kes-rogol-samun-direman-tujuh-hari-1.721930

Suspek ditahan


SUSPEK ditahan di dalam bilik hotel di Paya Keladi pada 2.45 petang hari ini.

SELEPAS hampir 17 jam diburu, suspek kes samun dan rogol di sebuah kedai menjual pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek ditahan di dalam bilik hotel yang disewanya di Paya Keladi, Kuala Terengganu pada 2.45 petang.

Beliau berkata, suspek yang juga penagih dadah dipercayai menginap di hotel berkenaan selepas melakukan jenayah itu pada 9.50 malam tadi.

“Kami percaya selepas melakukan samun dan rogol, suspek melarikan diri dan bersembunyi di bilik hotel berkenaan bagi mengelak ditahan.

“Siasatan terhadap suspek sedang dijalankan dan akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman, pagi esok,” katanya.

Aidi berkata, suspek berusia 25 tahun dari Jalan Hiliran Parit Gali, Kuala Terengganu pernah ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Sebelum ini, polis membuat tangkapan terhadap tiga lelaki berusia 30-an sejurus kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras anggota dan pegawai dan saya mengucapkan tahniah kerana dapat menyelesaikan kes ini dalam masa tidak sampai 24 jam,” katanya.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, suspek yang memakai topi dan beg silang berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikatakan memasuki premis berkenaan kononnya untuk membeli pakaian sebelum melakukan samun.

Selepas melakukan samun, suspek kemudian menarik mangsa keluar dari kaunter dan merogol wanita terbabit dalam premis berkenaan sebelum melarikan diri.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/364346/update-suspek-samun-rogol-diberkas

Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,629
Reaction score
931
Points
161
ni sangap level god...
 

benartzam

Active+ Member
Joined
May 22, 2012
Messages
3,054
Reaction score
29
Points
30
aduh kesiannya. macam2 kes pula kat sana kebelakangan ni. musim ke apa.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
haramjaddah dah sapu duit rogol plak

moga cepat kene cekup

melampau
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,727
Reaction score
20,765
Points
1,661
3 ditahan bantu siasatan

“KETIKA kejadian hanya dia seorang sahaja berada dalam kedai,” kata lelaki yang juga ipar kepada pemilik premis menjual pakaian wanita yang pekerjanya disamun sebelum dirogol di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, 9.50 malam tadi.


Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian mangsa sedang berehat di kaunter sementara menunggu untuk menutup perniagaan pada 10 malam.

“Mangsa bekerja syif petang dan kebiasaannya ada dua pekerja, tetapi semalam kebetulan mangsa bekerja seorang,” katanya yang ditugaskan mengurus premis berkenaan berikutan pemiliknya berada di Kuala Lumpur.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mendakwa kerugian kira-kira RM2,000 apabila wang hasil jualan itu disamun penjenayah terbabit.

Difahamkan kejadian berlaku apabila mangsa berusia 23 tahun secara tiba-tiba didatangi suspek ketika berada di dalam premis berkenaan.

Katanya, mangsa tidak mengesyaki niat jahat suspek melayani lelaki terbabit sebagai pelanggan sebelum suspek memaksa mangsa menyerahkan wang hasil jualan sebanyak RM2,000.

Tidak cukup dengan menyamun, suspek turut bertindak ganas apabila mengheret mangsa keluar dari kaunter sebelum merogol wanita terbabit.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang memakai topi dan beg silang dikatakan memasuki kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan premis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Susulan laporan itu, katanya, pihaknya bersama pasukan Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

“Usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan dan setakat ini, kami menahan tiga lelaki di sekitar bandar ini bagi membantu siasatan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/364221/update-tiga-ditahan-bantu-siasatan
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,612
Reaction score
1,704
Points
201
terlebih makan kari ke gamak nya ni.
 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,862
Reaction score
468
Points
81
Muka punyalah terang ..senang tu nak tangkap....
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
Katanya, mangsa tidak mengesyaki niat jahat suspek melayani lelaki terbabit sebagai pelanggan sebelum suspek memaksa mangsa menyerahkan wang hasil jualan sebanyak RM2,000.
maksudnya kedai masih buka masa suspek dtg.. berani dia rogol dlm keadaan kedai masih buka dan bersebelahan dgn 7e lak tu.

takziah.. semoga dipermudahkan segala urusan mangsa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register