Pekerja Asing Tidur Alas Papan, Tilam Penuh Pijat

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
19.01.2021 - Kuala Lumpur, Nasib sekumpulan warga asing yang bekerja di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di ibu kota di Masjid India di sini menyedihkan. Mereka hanya tidur beralaskan papan nipis di katil masing-masing dan tilam yang disediakan majikan tidak boleh digunakan kerana dipenuhi pijat. Lebih menyedihkan mereka juga ditempatkan dalam bangunan lama dua tingkat yang sempit, tiada peredaran udara sempurna dan juga tiada laluan kecemasan jika berlaku sebarang bencana.

Itu keadaan tempat tidur yang disediakan majikan kepada pekerja mereka yang kebanyakannya warganegara India dalam serbuan dan pemantauan oleh Ibupejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Pengarah Penguatkuasa JTKSM Putrajaya, Zaini Yaacob berkata, beliau bersama pasukannya dengan kerjasama wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pegawai Kementerian Kesihatan turun bersama dalam serbuan itu.

Katanya bermula 11.45 pagi, mereka telah menyerbu sebuah pasar raya besar dan restoran nasi kandar di Jalan Munsyi Abdullah dan memeriksa rekod pendaftaran pekerja asing meninjau sendiri penginapan lebih 300 pekerja asing yang yang disewa di kawasan berdekatan dalam radius 200 meter daripada restoran berkenaan. Katanya, pasukan JTK mendapati penempatan pekerja asing kedua-dua majikan itu gagal menepati piawaian peraturan yang ditetapkan oleh Akta 446.

Tinjauan MalaysiaGazette yang turut bersama dalam operasi berkenaan mendapati keadaan penginapan mereka yang terpaksa hidup berhimpit sesama sendiri kerana setiap tingkat lebih 10 katil diletakkan rapat tanpa tanpa penjarakan fizikal yang selamat.

“Kami ada disediakan tilam oleh bos tapi kami tidak pakai tilam itu sebaliknya gulung dan buang. Kami bukan tak suka tidur atas tilam tetapi takut kerana tak tahan gigitan pijat sehingga ada yang masuk dalam telinga dan hidung sehingga berdarah,” kata salah seorang pekerja warga India terbabit.

Lebih menyedihkan, bilik mandi dan tandas bersebelahan tempat membasuh pakaian di hadapan pintu juga sempit turut menjadi tempat menyidai pakaian sesama mereka. Jika berlaku kebakaran, risiko maut amat tinggi kerana tiada pintu kecemasan atau alternatif untuk lari menyelamatkan diri. Sementara itu, dalam operasi di penempatan pekerja asing sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Munsyi Abdullah di hadapan LRT Masjid Jamek pula mendapati majikan mereka gagal mematuhi peraturan penginapan penempatan pekerja mengikut Akta 446.

Ini kerana seramai 19 pekerja ditempatkan dalam tiga bilik di setiap tingkat bermula tingkat tiga hingga tingkat sembilan. Zaini berkata, pemeriksaan bersama agensi lain bertujuan menguatkuasakan Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan Pekerja 1990 dan memastikan majikan membuat saringan Covid-19. “Hari ini melawat dua pemis majikan termasuk tempat penginapan yang menempatkan 330 pekerja asing dan hasil pemeriksaan atas kedua-dua tempat penginapan mereka telah melakukan perlanggaran kesalahan iaitu tidak mempunyai perakuan penginapan pekerja dari JTKSM dan gagal mematuhi Seksyen 24 (1) Akta 446.

“Kita mendapati kesesakan dalam tempat unit kediaman pekerja telah menduduki ruang sempat tanpa sistem pengudaraan baik walaupun majikan berjaya mematuhi sepenuhnya arahan kerajaan semua pekerja disaring Covid-19. Kami menggesa majikan yang ada penginapan pekerja perlu mendapatkan perakuan JTKSM, saya seru semua majikan berhubung dengan JTKSM dapat keterangan lanjut berhubung permohonan penghinapan,” katanya.

Justeru katanya, pihaknya akan berbincang dengan Perkeso bagi menguruskan suntikan vaksin untuk pekerja asing. Beliau juga menasihatkan majikan seharusnya prihatin berhubung penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan dalam masa yang sama perlu memastikan supaya ruang tidur tidak dihuni pekerja yang ramai dan sesak.

“Kita dapati adalah perlanggaran penginapan pekerja yang padat dan kita mengesan kesalahan itu ketika pemeriksaan rapi di tempat penempatan pekerja hari ini yang mana dipintu bilik ditampal enam pekerja sahaja di satu bilik tetapi pemeriksaan mendapati katil dan pekerja lebih 10 penghuninya. Kita akan berbincang dengan majikan supaya mencari langkah jangka pendek mengatasi masalah kesesakan secepat mungkin dan kegagalan mendapat perakuan penginapan dari PBT dan JTK akan dikenakan denda maksimum RM50,000 dan penjara maksimum setahun dibawah Seksyen 24 (1) Akta 446. Kita juga akan membuka kertas siasatan JTKSM di bawah Akta 446 dan kementerian kesihatan akan dirujuk untuk tindakan siasatan sewajarnya,” tegasnya.

Screenshot-3723.jpg

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/01/18/pekerja-asing-tidur-alas-papan-tilam-penuh-pijat/
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,011
Reaction score
742
Points
121
Banyak sgt depend ngan pekerja asing. Lastly semua keluar Malaysia, buat kilang kat Indon dan Vietnam.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376

Nak jimat kos sangat
Yang buruk nanti nama negara jugak
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376
Banyak sgt depend ngan pekerja asing. Lastly semua keluar Malaysia, buat kilang kat Indon dan Vietnam.
Kalau pekerjaa asing tu keluar skali takpe bang
Ni depa menimbun dah kat sini
Serabut dah
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,011
Reaction score
742
Points
121
Kalau pekerjaa asing tu keluar skali takpe bang
Ni depa menimbun dah kat sini
Serabut dah
Masih banyak non-manufacturing yg nak hire pekerja asing ni sebab senang exploit bayar gaji murah.

Restoran2, malahan jual cendol tepi jalan pun pakai pekerja asing.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376
btul, single mattress x sampai RM80 pun .. buat OT sampai beribu-ribu hantar balik kampung :D
Tu la bang
Untung beribu
Kebajikan pekerja tak mampu jaga
Nak tahu jugak penjelasan majikan
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376
Masih banyak non-manufacturing yg nak hire pekerja asing ni sebab senang exploit bayar gaji murah.

Restoran2, malahan jual cendol tepi jalan pun pakai pekerja asing.
Depa tak kesah pun apa nak jadi dengan lambakan pekerja asing kat sini
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376
betul tu.
patut keluar modal la nak beli tilam untuk keselesaan sendiri.

ini masalah kebersihan diri sendiri yang teruk.
Ni pun satu hal jugak jang
Kena jenis pengotor
Majikan buat cano pon
Samo jgk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register