BTC USD 41,942.2 Gold USD 1,775.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Asing Terpaksa Bersesak Di Ruang Parkir KLIA

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
26.07.2021 - Kuala Lumpur, Seorang peguam berang selepas melihat pekerja asing yang mahu pulang ke negara asal bersesak di kawasan tempat letak kenderaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara menunggu permohonan mereka diproses. Peguam CR Selva berkata, beliau tiba di KLIA pada 10 pagi Ahad bersama seorang lagi peguam Harpal Singh, selepas melihat beberapa klip video menunjukkan sekumpulan pekerja asing di lapangan terbang berkenaan.

Katanya, kebanyakan pekerja terbabit berasal dari Bangladesh dan Indonesia, tiba semalam untuk menyertai program rekalibrasi dan masih menunggu kelulusan daripada pegawai imigresen. Program rekalibrasi dilaksanakan bagi pendatang asing tanpa dokumen pulang ke negara asal secara sukarela. Pekerja asing itu diminta menunggu di kawasan tempat letak kereta KLIA dalam keadaan panas tanpa kipas. Penerbangan mereka dijadualkan pada Isnin, tetapi sebahagiannya tiba di lapangan terbang sejak Sabtu.

“Lokasi menunggu tidak sepatutnya di kawasan parkir. Sekiranya perlu, kemudahan asas perlu disediakan. Ini boleh dielakkan kerana dalam kalangan mereka juga ada kanak-kanak.” Beliau menggesa Jabatan Imigresen membuka lebih banyak kaunter bagi memproses permohonan pekerja asing itu dan menggunakan lapangan terbang lain, seperti lapangan terbang di Subang. “Tak perlu terlalu birokratik. Saya kasihan dengan pegawai di sini kerana mereka hanya dalam bilangan kecil sedangkan dalam jabatan ini ada beribu pegawai yang boleh dikerahkan. Ini adalah soal perancangan.

“Sini sangat sesak dan mereka mahu bercakap tentang penjarakan sosial? Adakah kita mahu kluster KLIA tercetus? Inilah masanya Malaysia menunjukkan empati.” Selva, yang pernah bertugas di Jabatan Imigresen sebelum meletak jawatan untuk menubuhkan firma guaman, berkata ini adalah situasi krisis yang memerlukan tindak balas segera, bukannya “keadaan seperti biasa”. Beliau berkata, dirinya tidak dibenarkan mendekati pekerja asing terbabit kerana mereka sudah diasingkan sedangkan mereka bukannya ditahan. Selva berkata, kes terkandas di lapangan terbang yang berulang kali berlaku boleh menghalang lebih ramai pekerja asing menyertai program rekalibrasi.

Katanya, beberapa restoran bermurah hati dengan menyediakan makanan kepada mereka yang terkandas di KLIA. Pada 21 Julai lalu, FMT melaporkan Persatuan Sikh Malaysia mengagihkan kira-kira 1,000 pek makanan sehari kepada ratusan pekerja asing yang terkandas di KLIA sejak 15 Julai lalu, ketika mereka menunggu permohonan pulang ke negara asal diluluskan. Pada hari sama, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee dilaporkan berkata, kaunter khas di KLIA mendapat sambutan sangat menggalakkan, sekali gus menyebabkan ramai yang terlepas penerbangan mereka.

Sejak itu, Jabatan Imigresen membuka lebih 20 kaunter. Kelmarin, FMT melaporkan ratusan pekerja Nepal terkandas di Malaysia kerana tidak mendapat “memo keluar”, dokumen yang diperlukan pekerja asing selepas permit kerja mereka tamat tempoh, sebelum mereka boleh pulang ke negara asal. Kedutaan Nepal berkata, keadaan itu berpunca daripada penutupan pejabat imigresen susulan pelaksanaan sekatan pergerakan Covid-19 di seluruh negara.​

1627259288599.png


1627259304458.png
 
Sponsored Post

ViperX

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,109
Reaction score
688
Points
121
balik la slagi boleh. bru 4 hari lepas ada warga asing bunuh diri kt klia. ikut info yg sy dpt la.
 

Attachments

  • IMG-20210722-WA0001.jpg
    IMG-20210722-WA0001.jpg
    108.2 KB · Views: 5

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,815
Reaction score
2,112
Points
201
Kan kerajaan kita baik.. buat program nak stay atau balik
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register