BTC USD 58,617.6 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEKERJA ASING: Majikan Dibenar Menggaji Semula, Jika Tiada Pekerja Tempatan

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,826
Reaction score
12,581
Points
2,376
Majikan Boleh Gaji Pekerja Asing Jika Orang Tempatan Tidak Mahu

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, penggajian pekerja asing ini termaktub kepada mereka yang berada dalam negara dan masih mempunyai permit kerja yang sah dalam sektor pekerjaaan yang sama.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,149
Reaction score
2,768
Points
206
Kerajaan kaji pengambilan semula pekerja asing bagi sektor tertentu
74e2362070c7f36e1fc9d4a04a120e83604f25ed111ad.jpg


KUALA LUMPUR, 12 April -- Kerajaan akan mengkaji pengambilan semula pekerja asing bagi sektor-sektor tertentu di negara ini, yang sukar mendapat pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau menjelaskan, ia berikutan terdapat permintaan pihak majikan daripada sektor perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan, yang mempunyai bidang kerja yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Saravanan berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan semua pihak berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Terdapat hampir 400,000 peluang pekerjaan masih tidak diisi dalam empat bidang ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Kerjaya Urban Poor (UP) di Pusat Komuniti Setiawangsa di sini hari ini.

Saravanan menjelaskan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap majikan dan pekerja, beliau risau dengan keadaan pihak majikan yang sukar untuk mendapatkan pekerja bagi sektor 3D iaitu kotor, sukar dan bahaya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih menawarkan semua tawaran pekerjaan itu kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan kini membekukan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor.

Sementara itu Saravanan berkata, 34,283 peluang pekerjaan telah ditawarkan 164 majikan sepanjang Program Kerjaya UP anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), yang dijalankan di 10 negeri sejak 1 April lepas.

“Ini termasuk Kerjaya UP yang diadakan hari ini, yang menyaksikan 10,592 jawatan kosong disediakan oleh 39 majikan,” katanya.

Selain daripada temuduga kerja, Program Kerjaya UP turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya, klinik penghasilan resume dan temuduga, kaunter sesi pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, khidmat nasihat keusahawanan & kewangan, latihan kerjaya dan pendaftaran e-Kasih.

-- BERNAMA

 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,457
Reaction score
207
Points
83
Kekosongan ni ade diwar warkan dimana ye.. Jobstreet ker..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register