Pekerja asing: Jangan salahkan kerajaan

CG Sponsors




gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
PUTRAJAYA 26 Nov. - Kerajaan tidak wajar dijadikan sasaran kritikan ekoran masalah kebanjiran pekerja asing sedangkan sebenarnya ia dicetuskan oleh kehendak pihak majikan sendiri yang masih terlalu bergantung kepada sumber tenaga negara luar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, masalah itu juga bukan disebabkan kerajaan tidak bertindak mengurangkan kelulusan permit kemasukan pekerja asing.

Sebaliknya, kata beliau, ia berpunca dari tindakan majikan yang mencari jalan mudah dengan membawa masuk pekerja asing secara haram jika permohonan mereka tidak diluluskan.

''Isu pekerja asing terlalu banyak tumpuannya sehingga dikatakan seolah-olah KDN menjadi punca sebenarnya. Sebenarnya sejak saya masuk (memegang portfolio KDN), permit telah banyak dikurangkan.

''Ini bukan masalah kerana kerajaan tidak kurangkan tetapi apabila dikurangkan (kemasukan pekerja asing), dia (majikan) bawa masuk pekerja haram pula, kita ada 1.2 juta pekerja haram, cuba anda beritahu saya siapa yang membawa masuk mereka itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Sambutan Hari Kualiti dan Integriti peringkat kementerian tersebut di Puspanita Puri di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Syed Hamid mengulas isu kebanjiran pekerja asing yang dibangkitkan oleh seorang penyokong kerajaan pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Datuk Mohamad Aziz (BN - Sri Gading) melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.

Beliau turut membidas Kementerian Sumber Manusia kerana sehingga kini tiada tindakan konkrit untuk menyelesaikan masalah kebajikan pekerja asing sehingga menyebabkan pekerja tempatan tidak menikmati kadar imbuhan gaji yang munasabah.

Menurut Syed Hamid, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tetapi ia tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat kerana boleh menjejaskan sektor-sektor penting seperti perladangan dan pembinaan.

''Kalau tengok secara objektif, kita tidak usah pohon dan saya lihat kita akan hanya benar-benar berjaya kurangkan pekerja asing sekiranya majikan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,

''Tetapi antara ribuan permohonan yang saya terima, apabila ditanya mengapa tidak ambil pekerja tempatan, macam-macam alasan diberikan," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid juga menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan program pemutihan sekali lagi bagi menyelesaikan masalah kebanjiran pekerja haram.

''Tiap-tiap kali buat pemutihan, pekerja haram akan bertambah ramai memasuki negara ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, majikan perlu menukar sikap dan minda dengan tidak lagi mengambil pekerja asing manakala rakyat Malaysia tidak sewajarnya terlalu memilih pekerjaan.

Elok dah..hang tuduh aku..aku tuduh hang..habeh sapa jaga Malaysia aku pun x tau#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post

shahrezalin

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2008
Messages
863
Reaction score
0
Points
10
majikan yg bayar compaun pon dah berjuta sbb ambik perkerja secara haram
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
bwk masuk pekerja haram tue byr kt sape pulak. :)|:)|
 
Sponsored Post
Top
Log in Register