BTC USD 117,723 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekebun, Penternak Rasa Terancam Buaya Semakin Kerap Muncul

combat13

Super Active Member
Messages
7,171
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,171
Reaction score
224
Points
73
7ff6871f2d720709e4d677200dcd0097681f0b0aa50e3

eae324bfe241f45f62530d61fe96fefc681f0abb7af0d

Penternak kambing, M Nazri Sadikin (tengah) dan pekebun Mohd Fitri Azizi Kasbola (kiri) menunjukkan lokasi buaya yang dijumpai di kawasan paya berhampiran dengan kebun kelapa sawit milik penduduk Kampung Parit Gantong di sini pada 7 Mei (Rabu) lepas sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kejadian tiga ekor buaya ditangkap dalam tempoh seminggu ini membuatkan pekebun, penternak serta penduduk sekitar Kampung Parit Gantong di sini, diselubungi kebimbangan kemungkinan reptilia tersebut muncul lagi.

Penternak dan pekebun yang ditemui mengakui berasa terancam bukan sahaja pada diri malah terhadap haiwan ternakan mereka menyebabkan ada antara penduduk tidak berani untuk ke kebun terutama yang berdekatan Sungai Batu Pahat.

Penternak kambing, M Nazri Sadikin, 50, berkata seekor kambing miliknya telah menjadi mangsa selepas bangkai ternakan itu ditemui kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan baru-baru ini.

M Nazri berkata dia kini bersama kira-kira 20 pekebun dan seorang lagi penternak lembu, bimbang dengan kehadiran haiwan pemangsa itu yang bukan sahaja mengancam haiwan ternakan tetapi keselamatan mereka.

“Buaya di Sungai Batu Pahat ini sudah mula muncul sejak 2010 tetapi ketika itu penduduk sekitar tidak terlalu bimbang, cuma tiga tahun kebelakangan ini ia menjadi semakin kerap malah ada pekebun kelapa sawit yang sudah tidak ke kebun untuk memotong buah.

“Lebih membimbangkan apabila buaya kini sudah mula memasuki kawasan kediaman penduduk, seperti yang berlaku pada semalam (9 Mei) seekor anak buaya ditemui di bilik air di kediaman seorang penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Pekebun, Mohd Fitri Azizi Kasbola, 44, berkata semalam dia juga telah menemui seekor buaya betina bersama 53 biji telur reptilia itu di kawasan kebunnya, sebelum bertindak menghubungi Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Tindakan lanjut telah diambil oleh Perhilitan dengan mengambil telur dan menangkap buaya tersebut dianggarkan seberat 300 kilogram (kg),” katanya.

Sebelum ini, Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Pegawai Bomba Kanan II Murad Paiman berkata seekor anak buaya sepanjang satu meter yang ditemui dalam bilik air kediaman seorang penduduk di Kampung Parit Gantung, Taman Nira berjaya ditangkap, semalam.

 
Sponsored Post

Eh..Berita 3 hari lepas pasal Buaya Parit Gantong dah kena tangkap.

Berita semalam...takut ancaman Buaya?

Lepas tangkap sekor..muncul lagi banyak?.





Buaya betina seberat 410kg ditangkap di kebun kelapa sawit



Buaya seberat 410kg berjaya ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Parit Gantong Laut, Parit Lapis Batu Pahat pada Rabu. - GambarJBPM



BATU PAHAT: Seekor buaya betina seberat 410 kilogram (kg) berjaya ditangkap penduduk Kampung Parit Gantong Laut, Taman Nira di sini selepas dikesan berada di sebuah kebun kelapa sawit, pagi tadi.
Pemilik kebun Azmil Sahman, 38, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika beliau sedang mengait buah sawit dan ternampak seekor haiwan yang disangka biawak sedang menuju ke arah parit berhampiran.

"Selepas diamati, saya sedar ia adalah buaya. Saya terus memanggil penduduk kampung dan kami bersama-sama menangkap haiwan itu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.


Menurut Azmil kejadian seumpama itu pernah berlaku tiga tahun lalu dan ketika itu, penduduk memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nur Eddy Paiman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia sepanjang 4.5 meter itu pada jam 10.30 pagi.


Buaya berkenaan sudah berjaya ditangkap orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Haiwan tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
 
eh..Alamak..seko lagi!



Seekor lagi buaya ditangkap di Kampung Parit Lapis​


09 Mei 2025 06:01pm



Buaya betina yang ditangkap penduduk selepas membaham kambing ternakkannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.



Buaya betina yang ditangkap penduduk selepas membaham kambing ternakkannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.



BATU PAHAT – Seekor lagi buaya tembaga berjaya ditangkap penduduk di Kampung Parit Lapis, Taman Nira di sini, pada pagi Jumaat, menjadikan ia tangkapan kedua dalam tempoh dua hari lalu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register