BTC USD 66,362.8 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekebun haram Musang King di dakwa ceroboh tanah kerajaan di Raub

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,148
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,148
Reaction score
6,250
Points
881
Awards
1
PEKEBUN HARAM MUSANG KING DIDAKWA CEROBOH TANAH KERAJAAN

17 May, 2024
Oleh : Fairus Mohd
Foto : Farizul Hafiz Awang

RAUB, 17 MEI 2024 : Seorang pekebun haram durian Musang King tidak mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub hari ini di atas pertuduhan menceroboh tanah kerajaan bagi tujuan penanaman pokok durian dan penternakan ikan kolam.

Mengikut fakta pertuduhan, Tengku Mohd Mujahiddin Tengku Abu Bakar Sidik, 50, didakwa telah meneroka kira-kira 47 ekar tanah karajaan secara haram dengan menanam 300 batang pokok durian jenis Musang King dan membuat 30 buah takungan kolam ternakan ikan.


Kesalahan berkenaan dikesan ketika operasi bersepadu yang dilakukan pada 8 Mei lalu di Sungai Kenong, Mukim Tras dalam daerah Raub oleh pegawai penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pejabat Hutan Daerah Raub.

Di lokasi sama, pegawai serbuan telah menahan lapan lelaki termasuk enam orang warganegara asing yang diupah melakukan kerja-kerja menjaga dusun durian dan kolam ternakan ikan sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Ruan.

Anggota serbuan juga telah menyita tiga buah pacuan empat roda dan enam buah motosikal serta telah menyerahkan notis perampasan di bawah Seksyen 426A(5) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828.

Siasatan lanjut melalui Pejabat Daerah dan Tanah Raub juga mendapati kordinat lokasi tapak kolam ternakan ikan dan dusun durian tersebut berada di atas tanah kerajaan dan tiada sebarang kelulusan permit diberikan di atas kawasan berkenaan.

Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 425(1) (a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828, tertuduh berhadapan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang, Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi yang meminta tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM20,000.

Tengku Mohd Mujahiddin yang tidak diwakili peguam merayu agar wang jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak OKU.

Hakim Noor Asiah Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes. – PAHANGMEDIA

 
Sponsored Post

45 pekebun durian ditahan ceroboh tanah kerajaan​

  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 5 Jun 2024, 5:37 pm

Yahaya-pada-sidang-akhbar-di-IPD-Bentong-hari-ini.jpeg
Yahaya pada sidang akhbar di IPD Bentong hari ini

BENTONG – Seramai 45 pekebun durian ditahan kerana masih menceroboh tanah kerajaan yang ditanam durian musang king sejak Ops Sekat diadakan bermula 30 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, seramai 45 orang yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing itu ditahan kerana menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah.

“Kita juga merampas sebanyak 44 buah motosikal, 12 trak pikap, empat buah lori, empat buah kereta, dua jengkaut dan empat jentera pengorek dan kesemua barang telah disita.

“Kita juga membuka 50 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan seperti dibawah Kanun Keseksaan, Kanun Tanah Negara , Akta Perhutanan Negara dan Akta Imigresen,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa negeri untuk mengambil alih semula tanah kerajaan dan hutan simpan yang diteroka di Raub.

Menurut Yahaya Ops Sekat yang melibatkan 201 pegawai dan anggota polis giat dilaksanakan melibatkan lapan kawasan tumpuan termasuk di Sungai Ruan, Tranum, Ulu Dong, Tras, dan kawasan sekitar.

Katanya, pihak polis juga melakukan pemantauan kerja pembinaan ‘parit gajah’ di beberapa kawasan bagi mengelakkan daripada hutan berkenaan diceroboh.

“Selain itu untuk operasi ini kita juga buat pemantauan udara kerana ia adalah kawasan bukit bukau, jadi kita buat pemantauan dan juga penguatkuasaan melalui udara.

“Jadi saya menasihatkan semua pekebun atau pun yang meneroka secara haram ini untuk menghormati atau menunggu apa-apa keputusan mahkamah dan tidak melakukan perkara yang melibatkan kesalahan atau pun perkara yang menyalahi undang-undang,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register