Pejabat SSM Berpindah Ke KL Sentral Secara Berperingkat Mulai Sabtu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terletak di Putra Place, The Mall di sini akan dipindahkan secara berperingkat ke bangunan baru di KL Sentral dalam tiga fasa mulai Sabtu.

Konsultan/Ketua Perhubungan Awam SSM, R. Thrichelvam dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata fasa pertama akan dilaksanakan mulai esok sehingga 17 Januari yang melibatkan bahagian akademi latihan; bahagian pematuhan/pendakwaan; bahagian siasatan; dan perkhidmatan perundangan/aduan.

Menurutnya fasa kedua pula bermula dari 2 hingga 14 Februari yang melibatkan bahagian ketua pegawai eksekutif/timbalan ketua pegawai eksekutif; bahagian sumber korporat; bahagian pentadbiran; bahagian polisi & pembangunan korporat/seksyen perhubungan awam; dan seksyen operasi pejabat negeri/audit dalam.

Katanya fasa terakhir akan melibatkan bahagian pembangunan perniagaan & pemasaran/kaunter bayaran; bahagian perkhidmatan pendaftaran; bahagian pengurusan dokumen; bahagian teknologi maklumat & komunikasi; bahagian kewangan; dan bahagian pendaftar perniagaan mulai 27 Februari hingga 14 Mac.

Thrichelvam berkata kaunter bayaran pendaftar syarikat (ROC) akan terus beroperasi di Putra Place sehingga 12 Mac ini.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
alamak tempat baru lak ... kat the mall kan senang :p
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
nak perbaharui sijil ssm kena naik lrt la pulok,
 

dyanarasidi

Junior Member
Joined
Jun 3, 2009
Messages
73
Reaction score
0
Points
6
ok la tu...kl sentral lagi sentral...naik lrt sampai dah...jimat masa&parking
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
ok gak pindah kt kl sentral...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register