BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh

Sponsored Post

sebab itu meta kena ada lesen
EU boleh tekan meta

meta shares jumped about 7% in extended trading on Wednesday after the company beat Wall Street estimates for revenue and profit and issued a better-than-expected forecast for the current period.

Here are the results, compared to LSEG estimates:

  • Earnings: $5.16 a share vs. $4.73 per share expected
  • Revenue: $39.07 billion vs. $38.31 billion expected
The Facebook parent reported second-quarter revenue growth of 22% from $32 billion a year earlier, marking a fourth straight quarter of growth in excess of 20%. Net income jumped 73% to $13.47 billion from $7.79 billion, or $2.98 a share, a year earlier.
 
'Peringatan' Meta Iringi Hantaran PM Mengenai Ketua Hamas

06.08.2024 - Hantaran media sosial Anwar Ibrahim mengenai Ismail Haniyeh yang 'ghaib' kerana dianggap melanggar garis panduan Meta, kini kembali muncul di platform sama. Bagaimanapun hantaran dibuat perdana menteri untuk memperingati kenalannya - yang juga pemimpin Hamas - itu disiarkan dengan nota daripada Meta. 'Peringatan' itu paling ketara disiarkan Meta di Instagram apabila terdapat notis jelas yang menyatakan "Hantaran ini bertentangan dengan garis panduan komuniti kami tetapi telah dibiarkan di Instagram untuk kesedaran awam".

Di Facebook pula, notis Metak itu jauh lebih kecil dan hanya menyatakan secara ringkas bahawa "Hantaran ini dibenarkan untuk kesedaran orang ramai". Apabila notis di Facebook itu diklik, platform tersebut menyatakan "Dalam sesetengah kes, kami membenarkan siaran kandungan yang bertentangan dengan piawaian komuniti kami". Jika ada sesiapa mahu berkongsi hantaran Anwar di Instagram dan Facebook, pengguna akan diberi peringatan yang ia bertentangan dengan piawaian komuniti Meta dan diberi pilihan untuk meneruskan langkah tersebut atau sebaliknya.

7f072031546ad44b5f7995ce295e446c.jpg


Terdahulu, Meta dalam kenyataan kepada Reuters memohon maaf kerana mengeluarkan hantaran di Facebook dan Instagram Anwar dan memberitahu ia disebabka "kesilapan operasi". Semalam dalam pertemuan Meta dengan wakil kerajaan di Putrajaya, Pejabat Perdana Menteri memberi teguran keras kepada syarikat pengendali media sosial tersebut. Catatan yang dipadamkan Meta adalah mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail pada Mei lalu, dan kutukan perdana menteri ke atas pembunuhan pemimpin Hamas terbabit. Selain Anwar, beberapa tokoh lain turut mengalami nasib sama. Antaranya ialah Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abu Bakar. Semakan oleh Malaysiakini mendapati bahawa siaran mereka juga telah dipulihkan oleh Meta dengan amaran yang sama mengiringinya.

Ismail dibunuh di sebuah rumah tumpangan di Teheran, Iran pada 31 Julai.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/714532
 
PM Terima Permohonan Maaf META, Jangan Ulang Kejadian Sama

06.08.2024 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan ucapan takziah susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial konglomerat itu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan berharap agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Saya ada berhubung dengan Perdana Menteri dan beliau sendiri ada mengambil maklum permintaan maaf daripada Meta dan Perdana Menteri memaklumkan sahabat-sahabat beliau termasuk di Timur Tengah sudah membaca berita tersebut, bermaksud ia sudah sampai ke seantero dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini. Dalam pertemuan bersama Meta semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut syarikat gergasi teknologi terbabit memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka menurunkan ucapan takziah Perdana Menteri susulan pembunuhan bekas Perdana Menteri Palestin tersebut. Pada masa sama, PMO juga menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan mereka itu. Mengulas lanjut, menurut Fahmi, dalam pertemuan itu juga, beliau meminta pihak Meta supaya tidak berat sebelah dengan memastikan Perdana Menteri diberikan taraf serupa dengan ketua kerajaan lain di seluruh dunia.

“Sekiranya ada ‘track’ tertentu untuk mereka meneliti, maka beliau (Perdana Menteri) patut diberi layanan yang sama, jangan ada setengah negara diperlakukan sedemikian rupa, jangan ada ‘double standard’,” katanya.

Beliau juga memohon pihak Meta berhubung dengan PMO dari semasa ke semasa untuk memberikan maklumat terkini mengenai garis panduan syarikat itu sekiranya berubah khususnya mengenai isu geopolitik.

“Sebagai contoh pada satu ketika, perkataan ‘syahid’ juga tidak dibenarkan dalam Meta tetapi kami dimaklumkan akibat usaha yang dipelopori pasukan yang kami jumpa semalam, perkataan-perkataan seperti ‘syahid’ tidak lagi menjadi isu,” katanya.

Sementara itu, Fahmi turut kesal dengan tindakan Meta kerana tidak menghantar seorang jurutera perisian yang memahami isu teknikal yang berlaku sebagai wakil dalam pertemuan berkenaan.

“Saya lihat apabila mereka hadir semalam, mereka tidak bersedia untuk menjawab isu teknikal yang dibangkitkan malah mereka tidak ketahui jumlah kandungan di laman Facebook dan Instagram Perdana Menteri yang telah diturunkan. Apabila dibangkitkan oleh PMO, barulah mereka terkial-kial mencari maklumat tersebut. Saya tak salahkan mereka, saya salahkan siapa yang menghantar mereka,” katanya.
1722944151078.png
 
Hantaran Media Sosial PM Di Turunkan AI, Kata Fahmi

07.08.2024 - Sebahagian kandungan media sosial Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan Palestin mungkin diturunkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Jurucakap kerajaan berkata, dalam pertemuan dengan tiga wakil Meta Isnin lalu, firma media sosial itu memaklumkan mereka masih belum jelas punca hantaran perdana menteri diturunkan.

“Kita cuba bertanya adakah tindakan itu dilakukan kakitangan yang membaca dalam bahasa Melayu, kerana hantaran perdana menteri dalam bahasa Melayu, tapi mereka kata ada kakitangan boleh berbahasa Melayu dan sebahagian kandungan diturunkan AI mereka. Sehingga pertemuan Isnin lalu kita tak dapat maklumat tepat apa sebenarnya kandungan yang dimuat naik dalam Facebook perdana menteri diturunkan, katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Fahmi berkata, beliau juga dimaklumkan garis panduan komuniti di platform media sosial itu sering berubah-ubah. Garis panduan komuniti bagi Facebook terutamanya seringkali diubah atau ditambah baik, kadangkala selang sehari, apa yang dimaklumkan semalam mungkin berubah (hari ini), katanya.

Katanya, antara contoh perubahan itu sebelum ini termasuk larangan penggunaan perkataan ‘syahid’ namun dibolehkan selepas mengambil kira ia adalah biasa bagi umat Islam. Semalam, Meta memohon maaf susulan penurunan hantaran di platform media sosial Anwar membabitkan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh. Tiga hantaran Anwar pada 31 Julai lalu yang mengutuk pembunuhan Ismail dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.

Susulan permohonan maaf itu, kandungan tersebut dikembalikan dengan ‘label berita sebenar yang bersesuaian’, kata jurucakap Meta kepada Reuters, dalam maklum balas emel.​

1723021915495.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register