BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh

Sponsored Post

Meta siasat penurunan hantaran Anwar berkaitan pembunuhan Ismail Haniyeh - Fahmi​

Doa daripada pengunjung untuk Ismail Haniyeh di pejabat wakil Pemimpin Utama Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto REUTERS
Doa daripada pengunjung untuk Ismail Haniyeh di pejabat wakil Pemimpin Utama Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) sedang menyiasat isu penurunan hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di platform media sosial Facebook.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wakil Meta kepada beliau melalui hantaran mesej pada kira-kira 3.30 petang tadi.

"Mereka pun beritahu mereka agak keliru kenapa perkara itu berlaku dan setakat ini, itu sahaja maklumat yang diberikan, tiada penjelasan lanjut.

"Jadi kita beri mereka masa. Tak ada 'deadline'. Biar mereka siasat dan komunikasi (bersama Meta) pun sedang berjalan. Saya akan semak dan sekiranya ada apa-apa perkembangan lanjut, saya akan maklum melalui kenyataan media," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup 'Youth Content Maker Lab' 2.0 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau difahamkan penurunan hantaran berkaitan Hamas dan kematian Haniyeh juga berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kita nampak mungkin ada satu trend. Kita cuba nak fahamkan siapa terkesan dan kenapa ia berlaku. Kita nak tahu apa tindakan Meta untuk elakkan perkara ini berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Media Iran melaporkan pemimpin Palestin itu terbunuh dalam serangan udara didakwa dilakukan oleh Israel yang menyasarkan penginapannya di utara Tehran sekitar 2 pagi waktu tempatan semalam.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baru Iran Dr Masoud Pezeshkian.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenal hari ini dan berkuat kuasa tahun depan,

Fahmi berkata kerajaan buat masa ini tidak berhasrat meluaskan peraturan itu kepada pempengaruh serta pencipta kandungan.

"Berbeza bagi syarikat perfileman dan penggambaran yang perlu ada lesen daripada Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Untuk pempengaruh dan pencipta kandungan, kita lihat belum ada keperluan.

"Namun saya ingin tegaskan mereka perlu celik undang-undang. Contohnya nak buat kandungan promosi ubat-ubatan atau produk kesihatan, faham dahulu produk itu serta tahu literasi perundangan berkaitan sektor kesihatan bagi mengelak daripada melakukan kesalahan," katanya. – BERNAMA
 
'Tindakan turunkan ucapan takziah kematian pemimpin Hamas mungkin dibuat pengurusan Meta lebih tinggi'​

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Gambar fail
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan ucapan takziah dan kritikan atas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial miliknya dipercayai bukan dilakukan Meta Asia Tenggara, sebaliknya pengurusan syarikat itu yang lebih tinggi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata dalam siri perbincangan beliau dengan beberapa pegawai Meta pada peringkat Asia Tenggara, mereka tidak memberikan bayangan tindakan itu dilakukan pada peringkat mereka.

"Ada kemungkinan ini berlaku pada peringkat yang lebih tinggi, bukan peringkat Meta di rantau ini.

"Jadi kita sedang berusaha mendapatkan pengesahan berhubung hal ini, tetapi ia sangat mengecewakan dan pernah berlaku dulu.

"Kita akan dapatkan kepastian sebelum kita pertimbang tindakan seterusnya," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini, hari ini.
 
the art of tai chi
bukan salah aku, ni salah orang lain
 
Iyolah takkan budak intern pulak take down the content sis.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register