BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh

Biasala yahudi dengan gambor orang mati pun koyak.
Contoh gambor nie: :ROFLMAO:

adolf-hitler-gettyimages-119505258.jpg
 
Sponsored Post

Ucapan takziah Muhyiddin kematian Ismail Haniyeh pun FB turunkan​



IMG_2174-681x595.jpeg

KUALA LUMPUR – Selepas Meta bertindak menurunkan ucapan takziah Perdana Menteri atas kematian Almarhum Dr Ismail Haniyeh – perkara sama berlaku kepada ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pentadbir akaun Facebook bekas perdana menteri itu berkata, reaksi Muhyiddin terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas di Iran diturunkan pengendali platform media sosial berkenaan tanpa sebarang makluman.

“Facebook telah menurunkan hantaran ucapan takziah kepada Almarhum Ismail Haniyeh. Tiada maklumat lanjut diberikan,” katanya.

Hasil carian di Facebook mendapati status berkenaan sudah diturunkan atau dipadamkan oleh Meta.

Semalam, Muhyiddin berkata, gabungan pembangkang itu menggesa kerajaan segera memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi menyatakan ketetapan tegas Malaysia dalam konflik Palestin.

IMG_2175.jpeg
Muhyiddin turut berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji dan wajib dikecam sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, serangan kediaman Allahyarham Ismail Haniyeh juga merupakan tindakan bacul rejim Zionis Israel dalam siri genosid ke atas rakyat Palestin.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada Meta supaya tidak menjadi bacul dan menjadi perkakas kepada rejim zalim zionis Israel.

Amaran itu susulan tindakan Meta yang sekali lagi memadam kandungan di laman sosial Facebook beliau, kali ini berkenaan ucapan takziah kepada pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang dibunuh yang dimuat naik semalam.

Tegas Anwar, adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.





padan muka abah din kata netizen
Eh si Din Lembu pun kena padam...
 

Peringatan PM Anwar buat Meta: "Usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!"​

Peringatan PM Anwar buat Meta: Usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!

Perdana Menteri Anwar menyelar tindakan Meta menurunkan video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas terhadap Meta Platforms Inc (Meta) agar tidak menjadi bacul dan perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel.

Peringatan itu dikeluarkan Perdana Menteri susulan tindakan Meta menurunkan video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.

"Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin.

"Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

"Peringatan tegas saya terhadap Meta, usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!” kata Perdana Menteri dalam hantaran yang dimuat naik dalam akaun media sosial beliau.

Dalam masa sama, Anwar berkata, mesej yang jelas dan tegas harus diberikan kepada Meta.

"Hentikan tindakan pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen rejim Zionis Israel yang zalim!” ujar beliau lagi.

Pada Rabu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan perjumpaan Perdana MenteriAnwar dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar, pada Mei lalu.

Dalam kenyataannya, bahagian terbabit memaklumkan tindakan Meta itu ternyata memperlihatkan diskriminasi pemilik platform media sosial itu terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara terbabit.

Allahyarham Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas dilaporkan terbunuh dalam serangan bersasar peluru berpandu di Tehran, Iran pada Rabu.

Pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu dikutuk oleh seluruh dunia.
 

Attachments

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register