Pejabat Peguam Negara akan mohon perintah jurulatih menembak dilepaskan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara akan memohon perintah agar Zamil Ahmad Murad, suspek dalam satu kes pembunuhan, dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

Zamil, 48, seorang jurulatih skuad menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas tuduhan membunuh Haikar Iskandar Syed Mazhar, 34.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 4.00 dan 4.30 petang pada 1 Februari lalu berhampiran kawasan semak di belakang rumah beralamat Lot No 19347 di Gong Badak.

Dalam kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata keputusan mengemukakan permohonan itu dibuat setelah beliau meneliti laporan terperinci tentang kes itu yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Setelah meneliti dengan lebih lanjut faktanya, saya berpendapat ada bukti menunjukkan bahawa suspek telah mengambil tindakan tersebut bagi menyelamatkan diri," katanya.

Pada 10 Februari lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu merujuk kertas siasatan berhubung kematian Haikar Iskandar kepada Pejabat Unit Pendakwaan Negeri Terengganu.

Setelah meneliti buktinya, timbalan pendakwa raya yang bertanggungjawab bagi kes berkenaan membuat kesimpulan bahawa bukti yang dikumpul adalah mencukupi bagi menunjukkan satu kesalahan membunuh telah dilakukan.

Berdasarkan penemuan itu, timbalan pendakwa raya berkenaan membuat keputusan bahawa suspek akan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu akan dijalankan.

"Sebaik saja siasatan lanjut ini selesai, keputusan muktamad tentang kes ini akan dibuat," katanya.

Dalam kejadian itu, Zamil didakwa menembak lelaki itu yang dipercayai cuba menceroboh untuk memecah masuk rumahnya.

Mangsa dikatakan mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan pernah dikenakan hukuman penjara dan dibuang daerah. - Bernama
 
Sponsored Post

wapancho

Fun Poster
Joined
Feb 13, 2008
Messages
788
Reaction score
1
Points
15
kalau penjenayah ader depan kita...duduk diam sampai kita kena serang baru boleh bertindak ker? sesaper ader penjelasan
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
mmg bole di kira mempertahankan diri kot..
 

MASTER ZEKAMAN

Active+ Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,231
Reaction score
51
Points
30
pada pandangan aku...jurulatih tu tak bersalah...kalau aku pun..mcm tu jugak...nk pertahankan diri....
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
kes ni berdasarkan jarak dari kediaman..spt bermakna kita taleh apa2 kn perompak keluar lebih dari jarak yg d tetap kn..kalo perompak bunuh kita?sia2 jer..what a crap
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,123
Reaction score
1,078
Points
201
sepatutnya x leh ... tapi disebbkan org yg mati tu penjenayah .. aku rase memang patut pon
 

nazvm33

Fun Poster
Joined
Jan 30, 2009
Messages
146
Reaction score
0
Points
10
manusia buat undang2
bukan sebaliknya...

so, patutnya guna la akal,
jgn hanya berpandukan undang2 semata...

jadi kat org lain takper...
kalau jadi kat ahli keluarga sendiri... hmm?
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
manusia buat undang2
bukan sebaliknya...

so, patutnya guna la akal,
jgn hanya berpandukan undang2 semata...

jadi kat org lain takper...
kalau jadi kat ahli keluarga sendiri... hmm?
yup...btol kata tuan..:)
 

mdshamz

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,394
Reaction score
24
Points
25

nie aku nak cite skit pasal shooting club,aku dulu penah follow member aku,kira dia nie presiden shooting club utk company aku dulu.

kira leceh jugak nak run club mcm nie sebab pistol tu di simpan kat Balai Polis so nak kalau nak amik kena pegi balai pass tu isi mcm2 borang clearance dan yg paling interesting bagi aku route nak pegi ke shooting range tu polis akan bagitau...bukan main ikut suka jee,nak short cut ke mmg tak boleh...dia ada check point setiap jalan yg ngko lalu.

so the point is...aku rasa yg salah coach nie pasal dia "tembak"...now mana dia dpt pistol?aku ada baca kat paper satu lagi mengatakan wife dia call masa dia kat shooting club yg rumah kena pecah so dia balik...gelut2..bamm bamm boomm mati katak mamat nie.Baca sini

Zamil, who was away training at a nearby shooting range, responded to a distress call from his wife telling him that a stranger was attempting to break into their home.
pistol tu mana dia dpt?dari pencuri or dari shooting club tu?kalau dari shooting club mmg coach nie salah laa..selain dari salah becoz tembak...mana boleh bawak pistol tu keluar dari club tu...bukan?

mmg betul self defence..kalau aku pun,aku belasah..mana tak..family beb...takkan nak tgk jeee.

tak tau laa pulak kalau2 Coach Negeri/Negara nie dibolehkan bawak pistol tu kemana2.

Note:..and yes,shooting club kekadang pakai live bullet, kena beli...tapi paham2 laa paperwork ngan polis cmane.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register