BTC USD 101,568 Gold USD 2,654.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,021
Points
916
Awards
1
19.08.2024 - Peguam syarie mewakili pengarah kontroversi Syamsul Yusof, iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, kira-kira jam 2 petang tadi. Azmi berkata, Syamsul memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan isteri. Namun, maklumat lanjut mengenai perkara itu belum boleh dikongsi.

“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian. Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
1724072780119.png
 
Sponsored Post

Saya Tak Tahu Syamsul Fail Cerai, Sudah Bertahun Tidak Berhubung - Yusof Haslam

19.08.2024 - “Saya tidak tahu apa-apa sebab kami sudah bertahun tidak berhubung.” Itu jawapan bapa Syamsul Yusof, iaitu Datuk Yusof Haslam berhubung laporan menyebut pengarah kontroversi itu sudah memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini. Yusof ketika dihubungi BH Online enggan mengulas lanjut kerana tidak tahu menahu soal itu termasuk kemelut rumah tangga membabitkan Syamsul dan Ira.

“Allahuakbar… Saya tidak tahu mengenai hal ini. Kami sudah tidak berhubung, malah, Aidilfitri pun dia (Syamsul) tidak balik (ke rumah keluarga). Dia tidak hubungi kami, jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini. Jadi, memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
1724072918153.png

 



Syamsul, Ira sah bercerai talak satu​


Kuala Selangor: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai taklik pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan sah bercerai talak satu dengan isterinya, Ira Kazar.

Syamsul, 40, mengucapkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai hari ini.

"Alhamdulillah, perceraian dan segala perbicaraan ini dah selesai. Perasaan saya, 'no comment'. Alhamdulillah, semua selesai, saya cuma 'no comment'," katanya kepada Harian Metro.

Ira, 29, juga turut meluahkan rasa syukur saat melangkah keluar dan hanya memberikan komen ringkas.


"Alhamdulillah, dah selesai," katanya.

Sementara itu, peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus menjatuhkan talak ke atasnya.

"Alhamdulillah, kes perceraian lafaz taklik ini sudah selesai hari ini di mana, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik. Taklik yang sekiranya dia memuatnaik sesuatu di media sosial, jatuh talak.

"Mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapatnya lafaz taklik dan mendapati Ira melanggar taklik itu dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.

"Ira sudah melanggar taklik sebanyak lima kali dan kali pertama pada 14 Ogos. Jadi, edah bermula dari tarikh itu.
"Di Gombak Timur, tidak perlu diteruskan lagi. Tapi, saya akan hadir pada 25 September untuk menarik balik dan Syamsul tak perlu hadir. Itu prosedurnya," katanya.

Sementara itu, peguam Ira, Mohd Fadhil Abd Razak mengucapkan terima kasih kepada mahkamah kerana menyelesaikan kes ini dengan segera hari ini.

"Hari ini, apa yang berlaku, mahkamah dah putuskan bahawa penceraian sudah berlaku di luar mahkamah antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Itu sahaja yang berlaku hari ini.

"Hari ini, fokus kita adalah berkaitan dengan pengesahan lafaz cerai. Jadi, keterangan sudah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini jam 10.30 pagi tadi. Jadi, terima kasih kepada mahkamah sebab selesaikan hari ini dengan segera.

"Hari ini dah jatuh talak satu. Jadi, kalau dah jatuh talak, kes cerai Seksyen 47 dah tutup. Tapi, setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan sebab kes di Gombak Timur adalah pihak sana.

"Sudah sah bercerai mulai apa yang diputuskan hari ini lebih kurang jam 10.30 pagi tadi. Hari ini tidak ada lafaz baharu, tetapi hari ini untuk mahkamah putuskan lafaz di luar mahkamah sebelum ini jatuh talak atau tidak dan keputusan adalah, sah jatuh," katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

 
Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa

12.09.2024 - Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story, hari ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya. Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis. Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof.​

1726109846178.png

Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah. Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan. Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian. Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1133045/syamsul-yusof-kembali-ke-pangkuan-ibu-bapa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register