Peguam fail usul cabar penubuhan sekolah vernakular

Recommended Brokers

Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
baru tau ada term pencelah mahkamah

apa fungsi diorang
tn CyberMachine, maksud pencelah ni mengikut undang undang adalah lebih kurang gini, dalam sesuatu kes, Plaintif melawan kes vs Defendan dalam sesuatu isu.
kemudian C mahu menyertai prosiding kes tersebut memandangkan pada pendapat C, beliau juga mempunyai kepentingan dalam isu tersebut...

ok kita ambik contoh kes permohonan semakan kehakiman yang difailkan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung hak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam semua penerbitan agamanya.
Gereja Sidang Injil Borneo (Sib) ni bertindak sebagai yang pemohon.
SIB menyaman dan vs responden responden tersebut;
1.Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama
2.Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua.

Jadi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mahu menyertai kes tersebut utk menjadi pencelah. Pencelah ni boleh join sekali menyoal soalan dlm bicara kes tersebut. sebelum itu, MAIWP kena pastikan bahwa dia ada kepentingan dalam kes tersebut. Kalau takde kepentingan, Mahkamah takkan benarkan sesuatu pihak tu menjadi pencelah

pendirian MAIWP adalah seperti berikut:-
1.MAIWP mempunyai kepentingan langsung dalam apa yang diminta oleh pemohon (SIB) mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama mereka di negara ini.

“Sama ada pemohon mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dalam sembahyang dan penerbitan agama mereka, ia mempunyai kesan langsung kepada masyarakat Islam"

2.MAIWP sebagai agensi kedua tertinggi selepas Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan mempunyai kepentingan secara langsung untuk diberi kebenaran mencelah dalam prosiding itu

"MAIWP ditubuhkan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara yang berkaitan dengan Islam di negeri ini.
MAIWP mempunyai tanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan Undang-undang Islam dan pentadbiran keadilan."

diatas sebab sebab diatas, Mahkamah membenarkan MAIWP menjadi pencelah dan berpihak kepada responden responden..

gitula kiranya tn CyberMachine :)
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
ringkasan pada permohonan pemohon Mohd Khairul Azam Abdul Aziz adalah seperti berikut:-

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz sebagai pemohon

vs

Menteri Pendidikan Malaysia sebagai defendan pertama
Kerajaan Persekutuan sebagai defendan kedua.

ISU:
persoalan perundangan sama ada
1.Menteri Pendidikan mempunyai kuasa untuk menubuhkan sekolah vernakular
2.termasuk memberi peruntukan jutaan ringgit.

HUJAH PEMOHON
-parlimen tidak mempunyai kuasa memberi kuasa budi bicara kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT).
-Ini kerana Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa sedemikian.

MEMOHON DEKLARASI seperti berikut:_
#memohon satu perintah deklarasi bahawa parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

#memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Parlimen meluluskan pindaan pada Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan adalah tidak berperlembagaan.

#memohon deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.

-mendapatkan kebenaran daripada seorang hakim (seperti yang ditetapkan Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan) kerana dia mahu mencabar kompetensi badan perundangan persekutuan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, meluluskan undang-undang.
(Akta Pendidikan yang dipinda itu diluluskan pada 1996 bagi menggantikan Ordinan Pendidikan 1956 dan Akta Pendidikan 1961.

Negara ketika itu bawah pentadbiran Barisan Nasional, dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Najib Razak sebagai menteri pendidikan.)

apakah Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ?

==>Sesyen 17 Akta Pendidikan menyatakan bahasa kebangsaan bahasa pengantar utama:

(1) …di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh menteri daripada subseksyen ini.

(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

-Seksyen 17(1) menyatakan bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

-Seksyen 17(2) pula menyatakan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

==>Seksyen 28 pula berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Ia menyatakan, “tertakluk kepada peruntukan akta ini, menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.”

Parlimen tiada kuasa untuk meluluskan dua peruntukan undang-undang itu dan ia tidak memberikan menteri pendidikan budi bicara untuk menubuhkan sekolah rendah Cina dan Tamil.

ALASAN TINDAKAN pemohon:-
-intipati Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM127 juta kepada sekolah vernakular, mendorongnya untuk mengambil tindakan itu.

“Sebagai pembayar cukai, kami mahu pastikan kerajaan hanya membayar (memberi peruntukan) hanya kepada institusi yang dibenarkan undang-undang.

“Maka jika mahkamah memutuskan ia tidak sah, pemberian dana atau peruntukan tidak boleh dilakukan.

“Ini membolehkan kerajaan jimat seterusnya menyalurkan peruntukan terbabit ke sekolah yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan

ASAS permohonan itu ialah untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan sama ada parlimen mempunyai kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan 17 Akta Pendidikan 1996
 
CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,725
Reaction score
207
Points
123
tn CyberMachine, maksud pencelah ni mengikut undang undang adalah lebih kurang gini, dalam sesuatu kes, Plaintif melawan kes vs Defendan dalam sesuatu isu.
kemudian C mahu menyertai prosiding kes tersebut memandangkan pada pendapat C, beliau juga mempunyai kepentingan dalam isu tersebut...

ok kita ambik contoh kes permohonan semakan kehakiman yang difailkan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung hak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam semua penerbitan agamanya.
Gereja Sidang Injil Borneo (Sib) ni bertindak sebagai yang pemohon.
SIB menyaman dan vs responden responden tersebut;
1.Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama
2.Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua.

Jadi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mahu menyertai kes tersebut utk menjadi pencelah. Pencelah ni boleh join sekali menyoal soalan dlm bicara kes tersebut. sebelum itu, MAIWP kena pastikan bahwa dia ada kepentingan dalam kes tersebut. Kalau takde kepentingan, Mahkamah takkan benarkan sesuatu pihak tu menjadi pencelah

pendirian MAIWP adalah seperti berikut:-
1.MAIWP mempunyai kepentingan langsung dalam apa yang diminta oleh pemohon (SIB) mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama mereka di negara ini.

“Sama ada pemohon mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dalam sembahyang dan penerbitan agama mereka, ia mempunyai kesan langsung kepada masyarakat Islam"

2.MAIWP sebagai agensi kedua tertinggi selepas Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan mempunyai kepentingan secara langsung untuk diberi kebenaran mencelah dalam prosiding itu

"MAIWP ditubuhkan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara yang berkaitan dengan Islam di negeri ini.
MAIWP mempunyai tanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan Undang-undang Islam dan pentadbiran keadilan."

diatas sebab sebab diatas, Mahkamah membenarkan MAIWP menjadi pencelah dan berpihak kepada responden responden..

gitula kiranya tn CyberMachine :)

Ooo..macam tu

paham paham
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
cek mek. klu ikut pandangan cek mek. pemohon leh menang kes ka?
tn GamezStar, gini, pemohon ni ada asas juga dalam permohonan dia utk Mahkamah menjawab, adakah Kementerian Pendidikan ni ada kuasa utk menubuhkan sekolah vernakular termasuk memberi peruntukan jutaan ringgit.

sebab pada pendapat pemohon, Kementerian Pendidikan takde kuasa utk menubuhkan sekolah vernakular termasuk memberi peruntukan jutaan ringgit atas alasan dalam Perlembagaan sendiri takde memperuntukkan pasal sekolah vernakular..
jadi bagi pemohon,

Jadinya, parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). tindakan Parlimen meluluskan pindaan pada Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan adalah tidak berperlembagaan.
Parlimen tiada kuasa menggubal Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan sekolah vernakular kerana bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.

berkenaan Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 ni saya ada huraikan kat post #23.

Ada asasnya pada hujah pemohon

Namun, ada pihak yg mengatakan takde salah pun sekolah vernakular ditubuhkan..

A.Usul utk memansuhkan sistem pendidikan vernakular sebagai bertentangan dengan kehendak Perlembagaan negara.
-ini kerana Perlembagaan negara membenarkan pembelajaran selain bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.
-institusi sekolah Cina dan Tamil sudah wujud lebih 60 tahun, kalau kita ambil kira sebelum merdeka, jadi tak masuk akal kalau nak mansuhkan sekolah itu

Walaupun perlembagaan tidak menyatakan tentang sekolah-sekolah vernakular tetapi tidak ada didalam perlembagaan halangan pd penubuhan dan penyelenggaraan sekolah bekenaan.

hak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri untuk meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa kaum lain boleh dikatakan termasuk penubuhan sekolah-sekolah vernakular.

B.Akta Pendidikan 1961 dan 1996 jelas menyatakan kerajaan ataupun Parlimen mempunyai peruntukan kuasa berhubung pendidikan.

Perlembagaan Persekutuan mengatakan dengan jelas bahawa mereka (Kerajaan/ Parlimen) mempunyai kuasa untuk membuat Akta Pendidikan dan semua perkara berkaitan dengan pendidikan.

Untuk mengatakan bahawa kerajaan tiada kuasa untuk membuat perkara yang berkaitan dengan Akta Pendidikan, itu adalah tidak betul

Walaupun penubuhan sekolah vernakular tidak dijanjikan didalam Perkara 152, pihak kerajaan membenarkannya atas satu kompromi bersama pelbagai parti politik.

Ya memang tiada peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Namun tiada juga peruntukan yang melarang kerajaan membantu, mewujudkan atau membenarkan penubuhan sekolah itu

jika penubuhan sekolah itu dibuat oleh kerajaan maka ia dikira "secara ihsan" dan tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK.

dalam perlembagaan bahasa Melayu ada bahasa kebangsaan tetapi tiada siapapun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

tidak boleh dihalang terus dan disekat sesiapa sahaja yang mahu mengguna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya (seperti bahasa Cina dan India) pada bila-bila masa atau di mana sahaja kerana ia adalah hak individu.

oleh itu kan tn GamezStar, ada kemungkinan pihak pemohon boleh menang kes ni, atau ada kemungkinan pihak pemohon boleh kalah dalam kes ni

gitulah kiranya tn GamezStar :)

p/s. sori ye saya terlewat bagi jawapan saya :)
 
Faizudin

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
6,781
Reaction score
1,088
Points
141
Chin Peng dulu sekolah cina, jadi leader PKM.
Hew Kuan Yau penulis komik propaganda komunis pun dulu sekolah cina jugak.
Sekolah komunis nie dari dulu patut dihapuskan.
 
cik_piz

Fun Poster
Joined
Jan 24, 2011
Messages
302
Reaction score
14
Points
15
Sokong mansuhkan sekolah Jenis kebangsaan... perkasakan 1 aliran shj (boleh belajar Bahasa Mandarin/kantonis/tamil/arab/perancis/jepun..) dalam sekolah Kebangsaan. Biar anak-anak belajar berinteraksi/bertolak ansur/hormat-menghormati dari kecil.

Sepatutnya dah lama tutup.. Sekarang yg byk terjadi isu perpecahan ni sbb lepas 20-30 tahun hasil asuhan sjk ni (bekas pelajar dah jadi pemimpin/individu berkepentingan). Kalau dibiarkan lepas ni lagi ramai puak ni bawa ideology sjkc/t. Skrg dah mcm-mcm fahaman... dgn Dong Zhong la, Komunis la, LTTE la..... jgn sampai terlambat
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,934
Reaction score
570
Points
171

terbaik la che mek. terang dan jelas..
 
betul tu klu nak isukan pasal perlembagaan mcm susah je. sebb x de perlembagaan menghalang mana3 sekolah dari mengunakan bahasa ibunda.

tapi klu pemohon twist sikit pasal isu mcm bro kata.. iaitu kesan dari SJK ni maybe leh menang la. cume mcm racist sikt la
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
Mohamad Jamalee
12 jam

Saya tak pasti ramai rakan-rakan sedar atau tidak, antara berita penting yang tidak diberi perhatian dalam 2 minggu ini adalah sekumpulan peguam telah mencabar keabsahan sekolah vernakular.

Ia tidak sekadar laungan tanpa halatuju "Hapuskan vernakular!".

Bila saya lihat lebih dalam hujah kumpulan peguam ini, antara yang menarik perhatian adalah "Bahasa pengantar di sekolah wajib Bahasa Melayu".

Ia tidak lari dari idea, kompromi atau desakan yang dibuat sebelum ini iaitu pembelajaran bahasa ibunda sepatutnya menjadi sebahagian daripada subjek, dan bukannya sebagai medium atau bahasa pengantar untuk proses pembelajaran.

Perpaduan Nasional adalah antara fokus utama apabila kita bercakap perihal kenegaraan.

Dah bertahun-tahun kita ulang subjek Perpaduan Nasional ni. Berwacana, berforum, berseminar. Boleh petik hujah bulan dan bintang tetapi saya yakin, selagi isu vernakular ini tidak selesai, kita akan bercakap soal Perpaduan Nasional ini untuk 50 tahun lagi.

Bangsa bukan Melayu Bumiputera inginkan perkara-perkara yang datang dengan hak keistimewaan Melayu Bumiputera.

Bangsa Melayu Bumiputera pula kata jika inginkan perkara-perkara ini anda kena lepaskan apa yang dekat di hati anda juga.

You don't want to give, we don't want to give. Simple.

A Mexican standoff.

Sebagai seorang Melayu Muslim Bumiputera, saya nak kongsi mengapa orang Melayu Bumiputera sering menjadikan sekolah vernakular sebagai topik tiap kali isu hak-hak istimewa orang Melayu ini dibangkitkan:

1. Orang Melayu nampak sekolah vernakular ini sebagai batu penghalang kepada bangsa lain menjadi warganegara yang sebenar-benar warga. Orang Melayu nampak sekolah vernakular sebagai satu simbol bangsa lain tidak bersedia melepaskan "kesetiaan" mereka kepada negara asal nenek-moyang. Itupun antara sebab sekolah jenis kebangsaan ni dulu wujud kan?

2. Orang Melayu akan sentiasa melihat desakan dan laungan untuk "sama-rata" atau "maju bersama" sebagai retorik selagi bangsa lain tidak mahu melepaskan wujudnya sekolah vernakular.

Ada sesetengah Melayu akan berkata;

"Kenapa perlu apologetik sehingga meminta mereka lepaskan? Jika ia tidak sah di sisi undang-undang atau perlembagaan, cabar saja keabsahannya di mahkamah."

Ya betul.

Tetapi ini sifat diplomasi dan kompromi orang Melayu. Apologetik tu mungkin ada sikit sekitar 50%. Tapi saya yakin ia lebih kepada kompromi dan ihsan.

Kemahuan ikhlas untuk melihat proses Perpaduan Nasional melalui pintu pertamanya iaitu sekolah satu aliran perlu datang dari komuniti bukan Melayu sendiri. Ia adalah simbolik kepada niat, hati dan kemahuan bangsa bukan Melayu untuk berintegrasi dan seterus berasimilasi terus menjadi warga sebenar-benar warga.

Ia perlu hadir dari dalam diri bukan Melayu sendiri dan bukan dipaksa-paksa melalui saluran undang-undang semata-mata.

Tetapi jika itu jalan terakhir yang ada, jalan untuk memastikan generasi akan datang diberi peluang untuk benar-benar bersatu-padu, maka terpaksa juga.

Secara peribadi, saya akan terus tetap dengan pendirian "No deal" untuk segala tuntutan terhadap hak-hak Melayu Bumiputera selagi bangsa lain sendiri tidak sedia melepaskan hak mereka.

Dah terlalu banyak kompromi dengan amat sedikit penghormatan dan semangat setiakawan yang diberikan.

Sponsored Post
Top
Log in Register