Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Lawyer wants Federal Court to rule if ouster clause on emergency proclamation valid

January 22, 2021 11:15 AM

Istana-Kehakiman-Putrajaya-020920-FMT-4.jpg

A lawyer wants the Federal Court to determine whether the emergency proclamation by the Yang di-Pertuan Agong can be challenged on any grounds.

KUALA LUMPUR: Lawyer Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar has filed an application for the Federal Court to determine a legal question whether the emergency proclamation by the Yang di-Pertuan Agong can be challenged on any grounds.

He also wanted the apex court to determine whether Parliament is said to be sitting only when the Dewan Rakyat and Dewan Negara are assembled together and carrying out their business.

Syed Iskandar posed the question whether an amendment to Article 150, by adding clauses 8 and 9, was in violation of the basic structure of the Federal Constitution.
The application, under Section 84 of the Judicature Act, was filed onlined by Messrs R Kengadharan & Co the High Court registry yesterday and the cause papers were sighted by FMT.


Syed-Iskandar-Jaafar-al-Mahdzar-ms-220121-1.jpg
Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar.

That provision allows the High Court to transmit an issue of constitutional importance to the Federal Court.
In support of his application, Syed Iskandar said a Jan 8 majority of four judges in the Federal Court held that an ouster clause is beyond constitutional challenge.
He said the minority judgment of three judges had held otherwise, rendering this a fit and proper case for the question to be referred to the Federal Court.
Syed Iskandar had posed two legal questions in his originating summons filed in the High Court on Oct 30.

One is “whether on a true construction of Articles 40 and 150 of the Federal Constitution, the King has an unfettered discretion not to declare an emergency despite the advice of the prime minister or the Cabinet”.

The second is “whether an amendment to Article 150, by adding clauses 8 and 9, breached the basic structure of the constitution”.
In his latest application, Syed Iskandar has abandoned the first legal question.



On Jan 11, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah declared a state of emergency until Aug 1, or until an earlier date if the number of daily cases goes down, to curb the spread of Covid-19.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Syed Iskandar membangkitkan persoalan sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, bercanggah dengan struktur asasi Perlembagaan Persekutuan.

Peguam mahu Mahkamah Persekutuan putus sama ada klausa dalam perisytiharan darurat sah




January 22, 2021 1:00 PM


Istana-Kehakiman-Putrajaya-020920-FMT-4.jpg

Seorang peguam mahu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sama ada pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong boleh dicabar atas apa-apa alasan.

KUALA LUMPUR: Peguam Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar memfailkan permohonan meminta Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan undang-undang sama ada pengisytiharan darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong boleh dicabar atas apa-apa alasan.

Beliau juga mahu mahkamah tertinggi itu membuat keputusan sama ada Parlimen dianggap bersidang hanya apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang dan menjalankan urusan masing-masing bersekali.

Syed Iskandar membangkitkan persoalan sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, bercanggah dengan struktur asasi Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan itu, yang dibuat mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman, difailkan oleh Tetuan R Kengadharan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi semalam dan kertas kausanya dilihat oleh FMT.





Syed-Iskandar-Jaafar-al-Mahdzar-ms-220121-1.jpg
Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar.


Peruntukan itu membenarkan Mahkamah Tinggi menyampaikan isu berkepentingan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.
Bagi menyokong permohonannya, Syed Iskandar berkata, pada 8 Jan, majoriti empat hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa klausa “ouster” (penyingkiran) berada di luar cabaran perlembagaan.

Beliau berkata, minoriti tiga hakim berpandangan sebaliknya, sekali gus menjadikan persoalan itu kes yang sesuai dan layak untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Syed Iskandar juga membangkitkan dua persoalan undang-undang dalam saman pemula yang difailkannya di Mahkamah Tinggi pada 30 Okt.

Persoalan pertama ialah “sama ada konstruksi tepat Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan bermakna Agong mempunyai budi bicara penuh untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun diberi nasihat oleh perdana menteri atau Kabinet.”

Persoalan kedua ialah “sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, melanggar struktur asasi Perlembagaan”.
Dalam permohonan terbarunya, Syed Iskandar melupuskan persoalan pertama yang dikemukakannya sebelum ini.

Pada 11 Jan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos atau lebih awal sekiranya bilangan kes Covid-19 berkurangan, bagi mencegah penularan wabak tersebut.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar

20m ·

Alhamdulillah hari ini Permohonan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) untuk mencelah di dalam kes yang difailkan oleh Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar yang menuntut penentuan mahkamah samada YDPA mempunyai kuasa menolak nasihat Perdana Menteri dalam isu Darurat telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. PPMM melalui Setiausaha Agongnya Ridha Abdah Subri dinamakan sebagai Defendant Kedua di dalam guaman tersebut.

Terima kaseh kepada Peguam Cara PPMM Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil khususnya kepada Tuan Aidil Khalid kerana mewakili PPMM.

Dalam prosiding yang sama permohonan Khairul Azam, Malcolm Fernandez dan Nazira Abdul Rahim juga dibenarkan dan masing-masing dijadikan Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Kelima-lima pemimpin Pejuang itu mahu mencelah atas alasan mereka mempunyai hak untuk mempertahankan perlembagaan.

1613627323238.png


Mahkamah benar Dr M mencelah kes saman darurat
Diterbitkan 18 Feb 2021, 1:40 pm

Dikemaskini 1:43 pm




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin Parti Pejuang Tanah Air mencelah dalam kes keengganan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat ketika dinasihatkan perdana menteri kali pertama pada Oktober lalu.

Mahkamah turut memberikan kebenaran sama kepada NGO Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) dalam tindakan undang-undang yang dikemukana oleh peguam Syed Iskandar Syed Jaafar itu.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Mahathir dan wakil rakyat Pejuang, berkata hakim Mariana Yahya membenarkan permohonan mereka semasa sesi pendengaran atas talian hari ini.

“Hakim Mariana memutuskan, oleh kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan isu perlembagaan, pencelah mempunyai keabsahan dan kepentingan sebenar untuk dibenarkan mencelah,” kata peguam.
Pengurusan kes ditetapkan pada 16 Mac.

54bf154033a2bc4401a3a2389784879d.jpeg

Syed Iskandar Syed Jaafar

Anggota parlimen yang turut mendapat kebenaran itu ialah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu ) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading). Seorang lagi ialah senator Marzuki Yahya.
Kelima-lima pemimpin Pejuang itu mahu mencelah atas alasan mereka mempunyai hak untuk melindungi dan mempertahankan perlembagaan.

Pihak lain turut mendapat kebenaran mencelah ialah Persatuan Peguam Muslim Malaysia, tiga peguam - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez dan Nazira Abdul Rahim - serta Cenbet.
Syed Iskandar meminta panduan mahkamah mengenai isu perlembagaan berkaitan dengan keputusan Seri Paduka sebelum ini.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Agong memutuskan untuk tidak menerima permintaan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat atas alasan kerajaan ketika itu telah menangani Covid-19 dengan berkesan.
Bagaimanapun, pada 12 Januari lalu, Agong bersetuju untuk memperkenakan permohonan darurat kali kedua Muhyiddin untuk membendung penyebaran Covid-19.



 
Sponsored Post
Top
Log in Register