Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat

CG Sponsors




cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,368
Reaction score
116
Points
33
kesimpulanya kes saman ni dah tak valid sebab dah istihar darurat or mcm mana?
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,288
Reaction score
1,543
Points
201
Undang2 malaysia pon tak clear.. kene clearkan je keputusan agong tak leh dicabar/dipersoal/dibwk ke mahkamah..
 

kariffin

Fun Poster
Joined
Jul 10, 2010
Messages
451
Reaction score
42
Points
20
Undang2 malaysia pon tak clear.. kene clearkan je keputusan agong tak leh dicabar/dipersoal/dibwk ke mahkamah..
tp PM ckp mahkamah masih berfungsi seperti biasa & tak akan campur urusan mahkamah. camna tu? PM ada kuasa lg ker lepas isytihar darurat ni?
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.

Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara di istiharkan dalam darurat, perlembagaan di gantung dan parlimen tidak berfungsi.

Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

Alangkah baik jika Kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.

UMNO akan menyokong segala usaha Kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar.

Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam.

Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini. Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Dr M, 4 others apply to intervene in case over King’s refusal to declare emergency

January 18, 2021 12:14 PM

Dr-Mahathir-Mohamad-Former-PM-Solidarity-Day-For-Kashmir-Intercontinental-Hotel-KL-080820-FMT-6.jpg

Dr Mahathir Mohamad and the four others filed their legal papers in the High Court registry last week.


KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad and four others are the latest to have filed an application to intervene in a legal action filed by a lawyer on whether the Yang di-Pertuan Agong’s decision last year to refuse an emergency proclamation as advised by the prime minister is unconstitutional.

Lawyer Muhammad Rafique Rashid Ali said he filed the legal papers in the High Court registry last week on behalf of the Langkawi MP, his son Mukhriz (Jerlun MP), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu MP), Shahruddin Md Salleh (Sri Gading MP) and senator Marzuki Yahya.

“Our clients are taking the stand that as people’s representatives they are interested parties. They would have been aggrieved persons in the event the king had accepted the PM’s advice,” he said.

Rafique said he was awaiting the sealed copy of the legal papers from the court before serving it to the plaintiff, (lawyer) Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar and the defendant, the government of Malaysia.


Mukhriz-Amiruddin-Hamzah-Shahruddin-Md-Salleh-and-Marzuki-Yahya.jpg

(From left) Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah, Shahruddin Md Salleh and Marzuki Yahya.

Meanwhile, lawyer R Kengadharan, who is representing Syed Iskandar, said his client had no objection to the Malaysian Bar coming in as friend of the court (amicus curiae) to assist in the proceeding.
“They have a statutory role under the Legal Profession Act to assist in the administration of justice,” he told FMT.

Lawyer Bastian Pius Vendargon wrote to the court on behalf of the Bar last month.
FMT understands that the Bar will likely take a stand on principles based on the rule of law after having read the originating summons and affidavit filed by Syed Iskandar in November.

The amicus curiae status, however, only allows a party to make a submission at the invitation of the court.

Previously, the Muslim Lawyers Association, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet), and lawyers Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez and Nazirah Abdul Rahim had also applied to become parties to the action.

However, Syed Iskandar and the government are objecting to their participation as they had no legal interest.
High Court judge Mariana Yahya will hear their applications on Feb 16.

In an affidavit in support of the action, Syed Iskandar said the King, in not accepting the advice of Prime Minister Muhyiddin Yassin or his Cabinet, did not perform his function in accordance with Articles 40 and 150.

On Oct 23, Muhyiddin advised the King to issue an emergency proclamation under Article 150 after the Cabinet agreed on the matter at a special meeting.

Two days later, after a special meeting among the Malay rulers, the King decreed that an emergency proclamation in the entire or part of the country was not necessary.

Syed Iskandar posed two legal questions in his legal action filed on Oct 30, that is “whether on a true construction of Articles 40 and 150 of the Federal Constitution, the King has an unfettered discretion not to declare an emergency despite the advice of the prime minister or the Cabinet” and “whether an amendment to Article 150, by adding clauses (8) and (9), breached the basic structure of the constitution”.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Tun M taknak ke join dengan DSAI cabar darurat kat Mahkamah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Mahathir bersama empat MP Bersatu meminta panduan mahkamah mengenai isu perlembagaan.

1610945130380.png


Dr M mohon mencelah saman isu Agong tak isytihar darurat


Diterbitkan 18 Jan 2021, 12:38 pm

Dikemaskini 12:42 pm



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan empat anggota parlimen lain memohon untuk mencelah dalam saman berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang menolak untuk mengisytiharkan darurat.

Ahli Parlimen Langkawi, Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, dan senator Marzuki Yahya mengemukakan permohonan mencelah itu pada pada 12 Januari lalu.
Kelima-lima bekas anggota Bersatu itu mengemukakan permohonan mereka melalui firma guaman Tetuan Undang-Undang Rafique.

Mereka memohon untuk campur tangan dalam saman yang dikemukakan oleh peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, yang meminta panduan mahkamah mengenai isu perlembagaan berkaitan dengan keputusan Seri Paduka sebelum ini yang tidak berkenan dengan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.


Pada 25 Oktober tahun lalu, dilaporkan bahawa Seri Paduka memutuskan untuk tidak menerima permintaan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat atas alasan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa sedang menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan.

Perlu dimaklumkan, pada 12 Januari tahun ini, adalah dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong kemudian bersetuju untuk memperkenakan permohonan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat untuk mengatasi penyebaran wabak Covid-19.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Kerajaan menyifatkan tindakan mahkamah itu - yang difailkan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar - sebagai remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.

1611213616853.png


K'jaan mohon batal saman isu Agong enggan isytihar darurat tahun lalu
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 21 Jan 2021, 2:43 pm



Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat pada tahun lalu.

Permohonan itu difailkan peguam kanan persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut salinan permohonan yang dilihat Malaysiakini, kerajaan membuat permohonan antara lain dengan asas tindakan itu remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Permohonan itu difailkan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar pada 30 Oktober lalu. Dia antara lain meminta mahkamah menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya.

Dia juga meminta mahkamah menentukan perkara ini berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan keputusan Agong untuk tidak memperkenankan permohonan Muhyiddin dengan sebab kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu menangani wabak Covid-19 dengan baik.

Bagaimanapun, pada 21 Jan lalu, Agong memperkenankan nasihat Muhyiddin untuk proklamasi darurat.

Menurut afidavit sokongan permohonan pembatalan itu, kerajaan berkata plaintif, iaitu Syed Iskandar, gagal menyatakan apakah kepentingan awam dan peribadi yang telah dilanggar dengan keputusan Agong untuk permohonan kali pertama itu.


2edce034cae2d8c491367fccf35bc2b1.jpeg

Syed Iskandar

Afidavit itu, yang ditandatangani Peguam Cara Negara Abdul Razak Musa, mendakwa saman itu antara lain gagal menyatakan kepentingan perundangan plaintif dalam perkara itu, isu antara dia dan defendan serta hak perlembagaan yang didakwa telah dilanggar.

"Saya menyatakan yang penentuan hal ini oleh mahkamah adalah bersifat akademik.

"Keputusan (mahkamah) dalam persoalan ini tidak akan memberi kesan kepada keputusan (Agong tidak memperkenan permohonan Muhyiddin)," katanya.

Pada 19 Jan lalu, Syed Iskandar berkata dia akan meneruskan saman itu walaupun Agong telah memperkenan permohonan kedua Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.
Katanya, tindakan itu bertujuan mendapatkan panduan mahkamah dari segi perundangan berkaitan kuasa perlembagaan berkenaan darurat.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 16 Feb untuk mendengar permohonan daripada sejumlah pihak untuk mencelah dalam tindakan itu.

Antaranya bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi ahli Parlimen Pejuang yang dilaporkan memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah.


 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,368
Reaction score
116
Points
33
Ada ruang or tak utk dia ni dibuang kerakyatan berdasarkan rukun negara?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register