Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Lawyer objects to parties trying to intervene in emergency proclamation suit

November 18, 2020 2:52 PM


fmt_court-gavel_law-reuters_270918.jpg

Lawyer Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar is seeking a court clarification on whether the King’s decision to refuse an emergency proclamation is unconstitutional. (Reuters pic)

KUALA LUMPUR: A lawyer who is seeking court clarification on whether the Yang di-Pertuan Agong’s decision to refuse an emergency proclamation as advised by the prime minister is unconstitutional, is opposing intervener applications by five parties.

Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar’s counsel, R Kengadharan, said the reasons for the objection would be given in writing.

“The High Court has directed us to file an affidavit in response to the intervener applications on or before Dec 18,” Kengadharan told FMT after case management before judge Mariana Yahya today.
If necessary, the proposed interveners – the Muslim Lawyers Association, Centre For A Better Tomorrow and lawyers Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez and Nazirah Abdul Rahim – can reply to Syed Iskandar’s affidavit by Jan 18.


Feb 16 has been set as the hearing date for the intervener application and also case management for Syed Iskandar’s originating summons.

The potential interveners want to be part of the hearing (originating summons) on grounds it was their constitutional right to be made parties, they have genuine interest to intervene and because of natural justice.

The lawyers said they have a legal interest and a higher right compared to ordinary members of the public to intervene.

Syed Iskandar posed two legal questions in his legal action filed on Oct 30:


  • Whether on a true construction of Articles 40 and 150 of the Federal Constitution, the King has an unfettered discretion not to declare an emergency despite the advice of the prime minister or the Cabinet, and
  • Whether an amendment to Article 150, by adding clauses (8) and (9), breached the basic structure of the constitution.
The lawyer said he believed the legal questions posed were important to uphold the rule of law and protect the constitution.

In an affidavit in support of the action, he said the King, in not accepting the advice of Prime Minister Muhyiddin Yassin or his Cabinet, did not perform his function in accordance with Articles 40 and 150.

On Oct 23, Muhyiddin advised the King to issue an emergency proclamation under Article 150 after the Cabinet agreed on the matter at a special meeting.

Two days later, after a special meeting among the Malay Rulers, the King decreed that an emergency proclamation in the entire, or part of, the country was not necessary.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
1605689742202.png


Mahkamah dengar mohon celah saman isu Agong tak isytihar darurat Feb 16
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan Hari ini 4:47 pm

Dikemaskini Hari ini 4:54 pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Februari tahun depan bagi mendengar permohonan tiga peguam dan dua kumpulan untuk mencelah dalam tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.

Peguam R Kengadharan hari ini mengesahkan bahawa mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan setelah pengurusan kes e-review mengenai perkara tersebut pagi ini.
"Mahkamah menetapkan 16 Februari untuk mendengar permohonan pencelah. Pada hari yang sama juga ditetapkan untuk pengurusan kes saman pemula (tindakan undang-undang utama),” kata peguam itu ketika dihubungi.

Kengadharan mewakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, yang pada 30 Oktober telah memfailkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.


Setelah tuntutan mahkamah itu difailkan, banyak pihak telah memfailkan permohonan untuk mencelah dalam kes ini.

8122c37daf47328efd53b7e9dbd67836.jpg


Pada 4 November, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengajukan permohonannya untuk mencelah dalam tindakan undang-undang tersebut.

Kemudian pada 5 Nov pula, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan Malcolm Fernandez mengemukakan permohonan mencelah mereka.

Menurut dokumen mahkamah, para pencelah lain yang dicadangkan adalah peguam Nazira Abdul Rahim dan NGO Centre for a Better Tomorrow.

Pada 25 Oktober, Yang di-Pertuan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Sultan Abdullah bertitah kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Plaintif Syed Iskandar kemudian memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Oktober dan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal dalam tindakan undang-undang itu.

Syed meminta mahkamah untuk antara lain menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya.
Plaintif meminta mahkamah menentukan perkara ini berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 40 antara lain secara umum membahas tentang perlunya Agong bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum kabinet.

Artikel 150 pula antara lain membahas tentang kuasa Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

"Ini merupakan litigasi kepentingan awam untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan," kata plaintif pada kertas kausanya.

Syed Iskandar juga meminta pengadilan untuk menentukan keabsahan suatu pindaan terhadap Artikel 150, yang memasukkan klausa antara lain, melarang mahkamah mendengar tindakan undang-undang berhubung dengan isu pengisytiharan darurat.

Di antara pindaan ini adalah penyisipan Artikel 150 (8), yang antara lain menyatakan bahawa tidak ada mahkamah yang memiliki kuasa untuk memenuhi atau menentukan permohonan, pertanyaan atau proses apa pun, dalam bentuk apa pun, dengan alasan apa pun, mengenai kesahihan pengisytiharan darurat.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Akibat pindaan kepada Fasal 150(1) dan penghakiman Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh itu ialah YDPA mesti menurut nasihat PM mengenai proklamasi darurat dan proklamasi darurat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Apabila Agong perkenan proklamasi darurat
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD | | 1 Disember 2020

1606783394227.png


DALAM rencana saya bertajuk 'Proklamasi Darurat: Wajibkah YDPA Mengikut Nasihat PM?' bertarikh 30 Oktober 2020, antara lain, saya berkata Mahkamah Persekutuan dalam kes Stephen Kalong Ningkan v Government of Malaysia (1968)1 MLJ 121) telah memutuskan bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah hakim tunggal yang memutuskan sama ada baginda berpuas hati deklarasi darurat akan dibuat atau tidak.

Ertinya Seri Paduka Baginda tidak dikehendaki menurut nasihat Perdana Menteri (PM) dalam hal itu. Tetapi, pada masa itu, mahkamah tertinggi Malaysia adalah Privy Council. Dalam kes Teh Cheng Poh v. Public Prosecutor (1979) 1 MLJ 50, Privy Council telah memutuskan bahawa YDPA dikehendaki menurut nasihat PM. Maka penghakiman Privy Council itulah yang perlu diikuti.
Pada 1 Januari 1978, rayuan kepada Privy Council dalam kes-kes perlembagaan telah dimansuhkan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan (yang dinamakan Mahkamah Agung) menjadi mahkamah tertinggi di Malaysia.






Kita mengharapkan isu yang sama akan dapat dipertimbangkan semula (dalam kes lain) oleh Mahkamah Persekutuan (nama Mahkamah Agung ditukar semula kepada Mahkamah Persekutuan), dan mahkamah itu tidak akan mengikuti keputusan Privy Council itu dan sebaliknya, mengesahkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Stephen Kalong Ningkan itu.
Tetapi, kita telah meminda pula Perkara 150 dengan memasukkan Fasal (8). Pindaan itu berkuat kuasa mulai 15 05 1981.

Akibat pindaan kepada Fasal 150(1) dan penghakiman Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh itu ialah YDPA mesti menurut nasihat PM mengenai proklamasi darurat dan proklamasi darurat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Maka, kekallah penghakiman Privy Council sebagai undang-undang negara yang mesti dipatuhi.
Ertinya, undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh YDPA membuat keputusan menolak permintaan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Seri Paduka Baginda membuat proklamasi darurat pada 25 Oktober 2020 itu, adalah penghakiman Privy Council itu.

Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh YDPA tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Tetapi, keputusan itu juga tidak boleh dicabar di Mahkamah.
Lebih kurang tiga minggu kemudian, Muhyiddin menghadap YDPA lagi, kali ini memohonan agar darurat di isytiharkan di kawasan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

"Setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh, Al-Sultan Abdullah telah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 2 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimasyhurkan di bawah ‘Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.185 Batu Sapi, Sabah," demikian kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

‘Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkenan Agong untuk darurat di Parlimen Batu Sapi diambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga Covid-19.


"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan peningkatan mendadak sehingga 148.4 peratus iaitu sebanyak 3,842 kes kumulatif pada 10 Oktober 2020, selepas dua minggu dari hari mengundi.
"Kes positif harian Covid-19 terus meningkat secara mendadak dua minggu berikutnya dengan peningkatan sehingga 193.7 peratus iaitu sebanyak 11,285 kes kumulatif yang telah dicatatkan pada 24 Oktober 2020.
"Perkenan Seri Paduka Baginda ini juga mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar bahagian P185 Batu Sapi yang dijangka merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi," kata kenyataan itu lagi.

Apa yang saya ingin menarik perhatian pembaca kepada kenyataan ini ialah pertama, Seri Paduka Baginda membuat keputusan itu setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara dan tiga orang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang berkenaan.

Ertinya, YDPA tidak terus menerima apa yang dikatakan oleh PM dan bersetuju memproklamasikan darurat.

Kedua, YDPA menyatakan Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat tersebut.

Ketiga, YDPA memberi alasan mengapa Seri Paduka Baginda bersetuju berbuat demikian. Fakta pertama dan kedua menunjukkan Seri Paduka Baginda tidak terus bersetuju dengan nasihat PM seperti yang diputuskan oleh Privy Council itu. Sebaliknya, Seri Paduka Baginda meminta pandangan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan berkenaan yang tak-berpolitik itu dan hanya bersetuju dengannya, setelah Seri Paduka Baginda berpuas hati dan adanya keperluan melakukannya.


Itu adalah selaras dengan peruntukan Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan yang bermula dengan kata-kata “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati...” dan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Stephen Kolong Ningkan itu.

Ia sekali gus bererti Seri Paduka Baginda menolak penghakiman Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh itu.

Fakta ketiga adalah satu perkembangan baru. Ia adalah selaras dengan amalan good governance; dengan amalan satu institusi yang telus dan dengan kehendak undangundang pentadbiran (administrative law), walaupun Perlembagaan tidak menghendaki baginda berbuat demikian.

Nampaknya, dalam masa satu bulan, mungkin tanpa menyedarinya, Seri Paduka Baginda telah dua kali menolak penghakiman Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh dan menerima pakai penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Stephen Kalong Ningkan yang memberi makna yang sepatutnya kepada ungkapan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” yang diperuntukkan oleh Perkara 150(1) itu.
Mengikuti penghakiman Privy Council itu bererti menyamakan makna ungkapan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” dengan “atas nasihat.” Jika itu yang dimaksudkan oleh penggubal Perlembagaan, mengapa tidak menggunakan ungkapan “atas nasihat” sahaja?

Suka atau tidak, saya percaya pendekatan itu akan menjadi precedent dan amalan pada masa hadapan dan penghakiman Privy Council itu, lama kelamaan, akan dilupai begitu sahaja.
Proklamasi itu, yang melibatkan penggantungan PRK Parlimen Batu Sapi, disambut baik oleh parti-parti politik, NGO-NGO dan orang ramai. Biar apa pun kedudukan undang-undang, ia akan menjadi amalan yang berkekalan.
* TUN ABDUL HAMID MOHAMAD ialah mantan Ketua Hakim Negara



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Saman pemula yang difailkan 30 Okt lepas hanya berkait persoalan undang-undang dan Persatuan Peguam Muslim tidak perlu menjadi pihak dalam tindakan itu.

Pihak lain tak perlu campur saman perisytiharan darurat, kata peguam




December 18, 2020 1:00 PM


fmt-Syed-Iskandar-Syed-Jaafar-fb-19219.jpg

Syed Iskandar Jaafar Al-Mahdzar membantah permohonan Persatuan Peguam Muslim dan empat yang lain untuk menjadi pencelah dalam samannya.

KUALA LUMPUR: Peguam yang memohon perisytiharan mahkamah sama ada keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan perisytiharan darurat oleh perdana menteri bercanggah dengan Perlembagaan berkata, beliau cukup layak untuk mewakili semua peguam Islam.

Syed Iskandar Jaafar Al-Mahdzar berkata, saman pemula yang difailkan pada 30 Okt lepas hanya berkait persoalan undang-undang dan Persatuan Peguam Muslim (PPM) tidak perlu menjadi pihak dalam tindakan itu.

“PPMM mewakili kepentingan kelompok dan agama, bukannya kepentingan Persekutuan.

“Badan Peguam yang mewakili semua komuniti tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, dan latar belakang,” kata Syed Iskandar dalam afidavit membantah permohonan PPMM dan empat yang lain untuk menjadi pencelah.

Justeru permohonan PPMM dibuat dengan niat jahat dan sangkaan buruk, katanya.

Pihak lain yang memohon sebagai pencelah ialah Center For Better Tomorrow dan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez, dan Nazirah Abdul Rahim.

Setiausaha PPMM, Ridha Abdah Subri, berkata mereka memohon menjadi pencelah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

Ridha berkata, PPMM mempunyai kepentingan undang-undang kerana sebilangan ahlinya menasihati majlis agama di beberapa negeri, dan kerajaan, yang dinamakan sebagai defendan, berkemungkinan menyokong tindakan Syed Iskandar.


Dalam responsnya, Syed Iskandar berkata, kerajaan, yang diwakili Jabatan Peguam Negara, cukup berkemampuan untuk mewakili kepentingan semua institusi.

“Bawah perlembagaan persekutuan, peguam negara adalah penjaga dan pengawal kepentingan awam,” katanya dalam afidavit yang dilihat oleh FMT.

Beliau berkata, Agong tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam samannya kerana tidak tertakluk kepada mana-mana prosiding atas kapasiti rasmi berikutan kekebalan kedudukan itu.

Syed Iskandar berkata, empat pencelah lain tidak menjelaskan bagaimana kepentingan sah mereka akan terjejas secara langsung oleh keputusan saman.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mariana Yahya, menetapkan 16 Feb untuk mendengar permohonan pencelah.

Dalam afidavit menyokong permohonannya, Syed Iskandar, berkata dengan tidak menerima nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yasin atau Jemaah Menteri, Agong tidak menjalankan fungsinya mengikut Perkara 40 dan 150 perlembagaan.

Pada 23 Okt, Muhyiddin menasihatkan Agong supaya membuat perisytiharan darurat mengikut Perkara 150 selepas Jemaah Menteri bersetuju mengenainya dalam satu mesyuarat khas.

Dua hari selepas itu, selepas mesyuarat khas dengan Majlis Raja-raja, Agong menetapkan perisytiharan darurat di seluruh atau sebahagian daripada Malaysia tidak perlu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
18/12/2020 ditetapkan utk pendengaran permohonan pencelahan

Pernyataan pihak yg memohon utk menjadi pencelah
PPIM, Center For Better Tomorrow dan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez, dan Nazirah Abdul Rahim.

-Setiausaha PPMM, Ridha Abdah Subri, berkata mereka memohon menjadi pencelah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan
-PPMM mempunyai kepentingan undang-undang kerana sebilangan ahlinya menasihati majlis agama di beberapa negeri, dan kerajaan, yang dinamakan sebagai defendan, berkemungkinan menyokong tindakan Syed Iskandar.

Pernyataan balas Syed, membantah permohonan PPMM dan empat yang lain untuk menjadi pencelah
-saman pemula hanya berkait persoalan undang-undang dan Persatuan Peguam Muslim (PPM) tidak perlu menjadi pihak dalam tindakan itu.

-PPMM mewakili kepentingan kelompok dan agama, bukannya kepentingan Persekutuan sedangkan Badan Peguam yang mewakili semua komuniti tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, dan latar belakang

-kerajaan, iaitu AGC cukup berkemampuan untuk mewakili kepentingan semua institusi. peguam negara adalah penjaga dan pengawal kepentingan awam

-Agong tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam samannya kerana tidak tertakluk kepada mana-mana prosiding atas kapasiti rasmi berikutan kekebalan kedudukan itu.

-empat pencelah lain tidak menjelaskan bagaimana kepentingan sah mereka akan terjejas secara langsung oleh keputusan saman.




===>Hakim Mahkamah Tinggi, Mariana Yahya, menetapkan 16 Feb untuk mendengar permohonan pencelah.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Haniff Khatri

7m ·

Siri : 2411
CABARAN PEGUAM SYED ISKANDAR TERHADAP TITAH YDPA MENOLAK "DARURAT KESIHATAN" SERTA PERMOHONAN PPMM & DUA (2) PEGUAM INDIVIDU UNTUK MENCELAH & MENENTANG CABARAN PEGUAM SYED ISKANDAR !! !!

1. Lanjutan daripada CABARAN MAHKAMAH yang difailkan pada 30.10.2020 oleh Peguam Syed Iskandar terhadap TITAH KeBawah Duli YDP AGONG bertarikh 25.10.2020 yang menolak nasihat dan permintaan Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN untuk Pengisytiharan "DARURAT KESIHATAN", terdapat Permohonan untuk MENCELAH dan MEMBANTAH yang telah difailkan seperti berikut :
a. Oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) melalui Peguamcara Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil,
b. Oleh DUA (2) Peguam Individu, iaitu Saudara KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ (Buzze Azam Aziz) dan Saudara MALCOLM FERNANDEZ melalui Peguamcara Tetuan Raja, Riza & Associates, dan
c. Beberapa pihak lain melalui Peguamcara masing-masing.

2. Setelah penyelesaian prosiding Pengurusan Kes pada 18.11.2020, TINDAKAN MAHKAMAH itu, kini ditetapkan untuk BICARA kesemua permohonan Pencelah-Pencelah yang dicadangkan itu pada 16.02.2021 kelak, dengan pelbagai arahan pemfailan dokumen-dokumen Mahkamah yang perlu oleh kesemua pihak, sebelum pada tarikh BICARA itu.

3. Ianya dipercayai bahawa pihak Peguam Syed Iskandar telah memfailkan Afidavit Bantahan yang mengandungialasan-alasan bantahannya terhadap kesemua permohonan Pencelah-Pencelah yang dicadangkan itu, yang seterusnya menjadi asas kandungan Laporan FREEMALAYSIATODAY 18.12.2020 bertajuk "Pihak lain tak perlu campur saman perisytiharan darurat, kata peguam", yang mana adallah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan rujukan.

4. Walau apa sekalipun, perlu dinyatakan di sni bahawa BICARA belum dijalankan ataupun dimulakan lagi sehingga tarikh 16.02.2021 kelak, dan apa yang terkandung dalam Laporan FREEMALAYSIATODAY 18.12.2020 itu cuma berpandukan kandungan dokumen yang telah difailkan oleh pihak-pihak di MAHKAMAH setakat ini, yang belum pun dihujahkan lagi

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
peguam yg failkan permohonan ni, mcmana sekarang
sekarang YDPA dah isytihar darurat
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,866
Reaction score
663
Points
81
Peguam yg fail saman ke atas YDPA ni sepatutnya dibuang negara...tak sedar diri
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,043
Reaction score
2,620
Points
201
Buang masa..
Dah habis xda kerja ke gamaknya buat kerja gini..

YDPA dh buat keputusan yang terbaik pada masa itu..

Nak saman sebab ? cannot brain..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register