BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Kerajaan Wajib Pakai Batik Setiap Hari Khamis

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
22.08.2023 - Penjawat awam diminta untuk merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 bagi tatacara pemakaian batik. Satu hantaran Facebook oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan bahawa semua pegawai yang bertugas dalam perkhidmatan awam diwajibkan untuk memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta yang bermakna penjawat awam wajib memakai pakaian batik bermula Khamis ini (24 Ogos). Pemakaian batik turut digalakkan bagi hari bekerja lain.

Berdasarkan surat edaran arahan tersebut, pakaian batik Malaysia telah dipakai oleh pegawai dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985. Kewajiban memakai pakaian batik yang dibuat adalah bagi meneruskan sokongan kepada industri batik negara, selain daripada memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti masyarakat. Di samping itu, pengecualian diberikan kepada penjawat awam yang memakai pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan penetapan kod pakaian tertentu.
1692697285334.png

Pegawai kerajaan sebelum ini digalakkan memakai pakaian batik Malaysia pada hari Khamis di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021. Dengan arahan baharu ini, surat pekeliling tersebut telah dibatalkan. Surat edaran tersebut terpakai bagi semua individu dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/n...diwajibkan-pakai-batik-malaysia-setiap-khamis
 
Sponsored Post

Tatacara Pemakaian Batik Bagi Pegawai Kerajaan

Pegawai kerajaan diminta untuk merujuk tatacara pemakaian batik di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006. Berdasarkan tatacara yang disediakan, pegawai lelaki boleh memakai salah satu daripada empat fesyen baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang seperti berikut:
  • Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga​
  • Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima​
  • Berkolar Nehru butang terselindung​
  • Berkolar Mandarin berbutang tiga​
Kemeja batik perlu digayakan dengan seluar panjang dan lengan baju tidak boleh dilipat. Jika pegawai memakai kot, baju kemeja batik perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck in). Sebaliknya, pegawai wanita boleh memakai pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaian budaya masing-masing yang sesuai dipakai di tempat kerja dan ketika menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sedia ada.

 
Kerajaan Ubah Cara Guna Penyaman Udara, Galak Pemakaian Batik

22.08.2023 - Kerajaan sedang melaksanakan perubahan budaya di premis kerajaan, ke arah penjimatan negara dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Ini termasuk menyelaraskan suhu penyaman udara dingin kepada 24 hingga 25 darjah Celsius dan menukar kod pakaian agar sesuai dengan cuaca di Malaysia. Dalam kenyataan hari ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu dibangkitkan dalam pembentangan memorandum jemaah menteri Energy Efficient and Conservation Act (EECA) dalam mesyuarat jemaah menteri pada 2 Ogos lalu. Dia berkata kabinet juga bersetuju membenarkan penjawat awam memakai baju batik pada setiap hari bekerja - dan bukannya hanya hari Khamis seperti sebelum ini - bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

“Hal ini bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga dan sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia,” katanya.

Tambahnya, etika berpakaian baru itu juga akan diperluas ke Parlimen. Pada Disember lalu, Nik Nazmi memberitahu Malaysiakini rakyat Malaysia memerlukan anjakan paradigma dalam soal penggunaan tenaga dan ia boleh diperluaskan dengan menamatkan amalan penggunaan penyaman udara pada suhu begitu rendah di bangunan kerajaan. Nik Nazmi berkata orang ramai ada banyak tabiat lama yang perlu diteliti semula agar Malaysia benar-benar menjadi negara yang mesra alam sekitar.

Pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini tidak mengenakan pemakaian tali leher ketika mesyuarat kabinet, dan perubahan yang sama diamalkan di Parlimen. Pengumuman Nik Nazmi hari ini adalah yang terbaru dalam usaha kerajaan untuk menjadi lebih mesra alam. Sebelum ini, kementeriannya bersama Kementerian Ekonomi, melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang antara lain bertujuan untuk mendorong penggunaan tenaga solar. Ini termasuk rancangan untuk menggalakkan pemasangan panel solar di bumbung kediaman melalui pelan pajakan, dan bukannya meletakkan beban kepada pemilik rumah.​

1692698525107.png
 
Penjawat Awam Di Benar Pakai Batik Selain Hari Khamis - Nik Nazmi

22.08.2023 - Kelonggaran pemakaian batik pada hari bekerja lain, tidak hanya pada Khamis memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia. Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja, tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.

“Keputusan yang dicapai telah mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik,” katanya.

Nik Nazmi berkata cadangan perubahan terhadap kod etika pakaian itu juga akan dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut Nik Nazmi beliau telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos lepas. Beliau berkata turut dibangkitkan dalam pembentangan itu ialah berkenaan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang antara lain menetapkan supaya suhu di bangunan dan premis kerajaan diselaraskan kepada 24 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius.

Terdahulu, menurut surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed, semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian pada hari bekerja lain digalakkan.​

1692698598941.png
 
Pemakaian batik bermula jaman Tun Abdullah atas usaha Puan Seri Endon(almarhumah). Masa tu ramai pengusaha batik menarik nafas lega. Industri batik lebih rancak.

Harap usaha ni bagi kesan yang sama. Rezeki kepada pengusaha batik. Jangan pulak import batik luar...
 
Pemakaian batik bermula jaman Tun Abdullah atas usaha Puan Seri Endon(almarhumah). Masa tu ramai pengusaha batik menarik nafas lega. Industri batik lebih rancak.

Harap usaha ni bagi kesan yang sama. Rezeki kepada pengusaha batik. Jangan pulak import batik luar...

Masalah batik yg aku perasan kalau guna dryer, kain jadi mudah koyak. So terpaksa basuhtangan dan jemur tak guna dryer. Tak sesuai untuk orang yang sentiasa sibuk.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register