Pegawai kerajaan perlu berani kata 'tidak' - PM

Recommended Brokers


marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,708
Reaction score
2,686
Points
201
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada November 26, 2018 06:28 MYT



PETALING JAYA: Skop tugasan seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) adalah untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh kerajaan pemerintah.

Namun itu tidak bermakna mereka hanya perlu menjadi pengikut tanpa mempersoalkan kewajaran sesuatu arahan atau tugasan.

Itu peringatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mereka yang berada dalam jawatan itu bijak membuat penilaian dan berani untuk mengatakan tidak, sekalipun berdepan risiko dikenakan hukuman.

"Ada masanya, jawapan tidak itu lebih baik. Lebih baik untuk berada di pihak yang benar.

"Kalau diberi arahan supaya mencuri, janganlah buat. Saya fikir ia berbaloi, sekalipun anda akan dihukum.

"Kalau buat juga, satu hari apabila kerajaan bertukar, anda akan berdepan masalah lebih besar," kata beliau ketika berucap dalam majlis makan malam bersama Persatuan Alumni PTD di sini, malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Tambah perdana menteri lagi, jika kerajaan pemerintah memberikan arahan yang menyalahi etika dan peraturan, pegawai PTD perlu memiliki inisiatif untuk memberikan nasihat, atau setidak-tidaknya, tidak mengikuti arahan tersebut.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-kerajaan-perlu-berani-kata-tidak-pm-192044
 
Sponsored Post

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
577
Reaction score
175
Points
23
Cakap senang le. Nanti bila kata tidak kena tukar sana sini.
 

smarties

Fun Poster
Joined
Sep 20, 2010
Messages
486
Reaction score
10
Points
15
nanti keluar ayat sabotaj..tak taat..tak menerima perintah kerajaan..perlu bersabarlah...diragui..tuntut sokonglah..perlu dibersihkanlah
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,610
Reaction score
907
Points
161
kata2 tun tu ada benarnya..
tp nak laksanakan tu susah..
ni ibarat melawan bos
 

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,147
Reaction score
449
Points
41
PM pula perlu berani katakan "Tidak".
 

BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
9,170
Reaction score
550
Points
111
I thought Anwar got slam by you in 1998 for saying no?
 

eiriz

Fun Poster
Joined
Jan 12, 2010
Messages
348
Reaction score
43
Points
20
berani berkata tidak... except if its coming from me(Tun).
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,034
Reaction score
689
Points
71
Bukan setakat government, GLC pun sama...:))
 

sitinorain

Active Member
Joined
Nov 21, 2014
Messages
1,357
Reaction score
43
Points
30
biar betul...nnt x pasal2 kena tukar atau tahan tugas
 
Sponsored Post
Top
Log in Register