Pegawai kerajaan jual MyKad

Recommended Brokers


zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,112
Reaction score
71
Points
1,020
tak ada maruah betul .. pengkhianat
 
Sponsored Post

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,117
Reaction score
61
Points
30
Nih masalah individu. Apbl dpt $$$ tergadailah semuanye.
Zmn skrg manusia jadi hamba $$$$$$.
 

JiJi_86

Fun Poster
Joined
Sep 28, 2008
Messages
352
Reaction score
22
Points
20
Lain kali nk buat passport,suruh baca rukun negara dulu,pastu nyanyi lagu negaraku.baru diorang nk belajar bahasa melayu.ramai mengaku rakyat m,sia,tapi ckp melayu pu x tau
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,475
Reaction score
1,899
Points
176
#JPN membuat laporan polis trhdp beberapa pemilik akaun Facebook dan Twitter yg menularkan isu seorang wanita warganegara China memiliki Mykad.

Kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh beliau menyerahkannya kpd @pdrm utk menyiasat dakwaan itu Jelasnya,wanita berkenaan merupakan isteri kepada seorang warga tempatan yang sudah berkahwin hampir 20 tahun dan dianugerahkan Mykad pada 2017 selepas memiliki MyPr.

Laporan polis dibuat di IPD Polis Putrajaya pada jam 9 pagi tadi.

“Dlm kes ini saya minta polis ambil tindakan sewajarnya. Kita akan buat engagement dengan SKMM. Pemilik akaun fb begitu aktif buat berita tidak sahih ini Mereka sebarkan kebimbangan kepada masyarakat.” Katanya

 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,667
Reaction score
125
Points
33
Bagus tu... Sapa2 nak buat passport diwajibkan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik... Rasanya adalah beberapa menteri tak dapat passport 😃
 

Laici

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
4,853
Reaction score
457
Points
41
malas nak cakap la..tapi pejabat kerajaan ni memang lubuk rasuah...dari sekecil2 kerani sampai la ke geng2 pengarah, jusa semua tu...

lain sektor, lain cara dirasuah...

lepas tu tak rasa bersalah pulak tu...
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,034
Reaction score
273
Points
41
#JPN membuat laporan polis trhdp beberapa pemilik akaun Facebook dan Twitter yg menularkan isu seorang wanita warganegara China memiliki Mykad.

Kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh beliau menyerahkannya kpd @pdrm utk menyiasat dakwaan itu Jelasnya,wanita berkenaan merupakan isteri kepada seorang warga tempatan yang sudah berkahwin hampir 20 tahun dan dianugerahkan Mykad pada 2017 selepas memiliki MyPr.

Laporan polis dibuat di IPD Polis Putrajaya pada jam 9 pagi tadi.

“Dlm kes ini saya minta polis ambil tindakan sewajarnya. Kita akan buat engagement dengan SKMM. Pemilik akaun fb begitu aktif buat berita tidak sahih ini Mereka sebarkan kebimbangan kepada masyarakat.” Katanya


ap kes pulak yg nie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,291
Reaction score
8,691
Points
2,226


FOTO HIASAN
Senyuman bongkar rahsia


MELANTIK ejen dan mengenakan bayaran RM50,000 hingga RM100,000 kepada mana-mana warga asing mendapatkan MyKad dan menjadikan mereka warganegara Malaysia.

Itu modus operandi seorang pegawai kanan JPN Pulau Pinang berumur 40-an yang bersekongkol dengan seorang ejen atau runner yang ditugaskan mencari pelanggan berminat mendapatkan MyKad.

Namun, sebaik berjaya menjual enam MyKad, kegiatan pegawai kanan terbabit dibongkar selepas diberkas polis bersama seorang lelaki yang juga runner serta seorang wanita warga asing yang membeli MyKad diluluskan pegawai berkenaan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas seorang warga China yang membeli MyKad berkenaan tampil di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membuat pasport, minggu lalu.

“Wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke imigresen negeri untuk membuat pasport Malaysia dengan mengemukakan MyKad miliknya yang sah.

“Namun, status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas berlaku masalah komunikasi dengan pegawai bertugas.

“Wanita terbabit gagal menjawab semua soalan yang diajukan di dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum,” katanya.

Katannya, pegawai Imigresen yang curiga dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan polis.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, wanita warga China terbabit ditahan polis sebelum satu pasukan khas terdiri daripada Cawangan Khas, Unit Siasatan Jenayah Terancang (D14) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang ditubuhkan bagi mengesan kegiatan pegawai kanan berkenaan.

“Hasil intipan dan siasatan, pasukan khas berkenaan menahan pegawai kanan JPN terbabit di pejabatnya sebelum menahan seorang lagi lelaki dipercayai ejen atau runner kepada pegawai kanan terbabit manakala wanita asing berkenaan ditahan lebih awal,” katanya.

Menjelaskan lanjut, sumber itu berkata, modus operandi sindiket menggunakan ejen yang akan membawa butiran pelanggan untuk diproses kepada pegawai kanan berkenaan selepas menerima bayaran.

“Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,000,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN berkata, pihaknya menunggu siasatan penuh dijalankan polis sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan pegawai kanan di agensi berkenaan.

Dakwa pegawai kanan JPN Pulau Pinang

Seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen 2 Georgetown, jam 9 pagi hari ini berhubung kes penjualan MyKad kepada warga asing di negeri ini.

Sumber Pejabat Pendakwaraya negeri berkata, tertuduh yang juga Penolong Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, JPN Pulau Pinang (JPN) berusia 40-an berkenaan dijadualkan dituduh hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan di JPN Pulau Pinang minggu lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Harian Metro hari ini melaporkan kes penahanan seorang pegawai kanan JPN oleh polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada seorang warga China di negeri ini, baru-baru ini.

Dalam operasi khas minggu lalu, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen negeri (JIM) mengenai wanita warga China yang memiliki MyKad yang sah cuba memohon pasport Malaysia.


 

eiriz

Fun Poster
Joined
Jan 12, 2010
Messages
344
Reaction score
43
Points
20
hukum dan buang kerakyatan org2 mcm ni...biar jd stateless
 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,455
Reaction score
406
Points
81
ramai yg tak tahu status OKT tu.. cuma diberi nama lelaki 40-an// kenapa tak sebut.. baik sebut terus.. CAYANUN.. so blh tahu kan knp urusan itu senang

p/s: 50k rakyat china yg masuk ke malaysia gagal dikesan dan hilang mcm tu tanpa keluar balik ... ??? zaman paklah cari tak jumpa

p/s2: tapi yg sudah dapat IC tu kira lepas lah.. sbb benda sudah lama berlalu... mcm balak lah 1k
 
Sponsored Post
Top
Log in Register