Pegawai kanan tentera didakwa pikat isteri orang

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,534
Reaction score
3,755
Points
201
PETALING JAYA - Seorang pegawai kanan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memikat isteri orang empat tahun lalu.

Azmi Ali, 45, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa dengan niat jenayah memikat seorang wanita telah bersuami berusia 44 tahun sehingga wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 November depan sebagai sebutan semula kes.

Pada 22 September lalu, bapa kepada dua anak itu mengaku bersalah di mahkamah yang sama dan selepas menerima pengakuan tertuduh, mahkamah menetapkan hari ini untuk jatuh hukum, namun tertuduh menukar pengakuannya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat manakala tertuduh diwakili peguam Azman Zakaria.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...awai-kanan-tentera-didakwa-pikat-isteri-orang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
Kalau da tau isteri org
Jgn di pikat
Boleh di dakwa sbg satu kesalahan
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,398
Reaction score
1,931
Points
201
main lagi bini org...kan dah mendapat
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
357
Reaction score
45
Points
30
Kalau perempuan memikat suami org kena dakwa jugak ke?
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,610
Reaction score
406
Points
51
Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa dengan niat jenayah memikat seorang wanita telah bersuami berusia 44 tahun sehingga wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.
bini org ni kena gak ke?
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,386
Reaction score
455
Points
91
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ek..
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,269
Reaction score
93
Points
30
seksyen ini utk dakwa si lelaki sahaja. jika isteri org yg pikat suami org, tak kena dakwa.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register