BTC USD 28,036.7 Gold USD 1,996.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai kanan swasta terima rasuah jutaan ringgit disiasat

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


KUALA LUMPUR 4 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat beberapa individu berjawatan penting dalam sektor swasta kerana terlibat menerima ra*suah bernilai jutaan ringgit melibatkan tuntutan palsu melalui beberapa projek mega.

Jumlah suapan yang diterima individu tersebut dikatakan melebihi nilai rasuah dalam kalangan sektor awam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan yang pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kes tersebut dan SPRM kini giat menjalankan siasatan ke atas kes-kes terbabit.

Menurutnya, kes-kes berkenaan termasuklah melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat pembekalan tenaga utama negara serta syarikat industri minyak dan gas selain institusi perbankan terkemuka di negara ini.

“Syarikat swasta ini tidak pernah mendapat keistimewaan dan terkecuali daripada disiasat jika mereka terlibat dengan amalan rasuah.

“Malah jika benar SPRM dapati wujud amalan rasuah dalam sektor ini, kita akan siasat walaupun rasuah dalam kalangan syarikat swasta ini amat rumit dan melibatkan nilai jutaan ringgit”, katanya.

Jamidan seterusnya memberitahu, sebagaimana kes siasatan lain, pihaknya memerlukan bukti dan keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Tambahnya, sekiranya keterangan dan bukti telah mencukupi bagi membuat pertuduhan tersebut, individu terlibat akan segera didakwa sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan Suruhanjaya itu.

“Keseriusan amalan rasuah dalam sektor swasta ini juga mendatangkan kerugian besar kepada kerajaan kerana boleh menjejaskan hasil perolehan kerajaan.

“Kita percaya nilai kerugian sebenar dialami kerajaan di sebalik amalan rasuah di pihak swasta adalah jauh lebih besar,” ujarnya.

Sebelum ini, SPRM pernah mengheret individu-individu berprofil tinggi daripada syarikat swasta terkemuka ke muka pengadilan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...ringgit-disiasat-1.20979#sthash.V04hczb6.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register