Pegawai Guan Eng dihukum penjara 9 bulan- Wan Ji Wan Husin

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,124
Reaction score
5,523
Points
1,316
KERAJAAN PH PERLU HATI-HATI SABOTAJ (?)

1. Saya diminta hadir oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Haji Rahimin Bani -akhir bulan ini akan tamat kontraknya- pada pagi ini untuk memberi keterangan berkenaan ceramah saya di Melaka tempoh hari.

2. Semasa saya memberi keterangan, saya sudah maklumkan kepada pihak Penguatkuasaan bahawa kehadiran saya berceramah itu sudah mendapat keizinan dari pejabat Ketua Menteri Melaka, YB Adly Zahari yang juga pengerusi Majlis Agama Islam, malah ia di bawah pengetahuan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, YB Sofi Wahab.

3. Selepas saya memberi keterangan, tidak pasal-pasal Datuk Haji Rahimin Bani yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin PAS dan ISMA menyatakan bahawa saya perlu ke mahkamah syariah untuk proses pendakwaan.

4. Perkara itu saya maklumkan kepada pihak Pejabat Ketua Menteri Melaka - mereka terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Rahimin Bani. Pihak pejabat Ketua Menteri telah membantu urusan saya sehingga selesai.

5. Saya berpendapat agar pihak kerajaan PH, di peringkat semua negeri dan persekutuan lebih berhati-hati dengan mana-mana pegawai kerajaan yang cuba sabotaj pihak kerajaan.

FB Wanji
Zainul Rijal Abu Bakar
8 Ogos jam 10:29 PTG ·
Kebenaran mengajar agama di Melaka hendaklah diperolehi dari Majlis Agama bukan Pengerusi Majlis mengikut seksyen 70 di bawah. Ini bermakna Majlis perlu bersidang dan memutuskan untuk memberi kebenaran kepada seseorang untuk mengajar agama.

ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN

Seksyen 70. Mengajar agama.

(1) Sesiapa yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan Agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis kecuali pada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahannya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang tidak menyerahkan balik kebenaran bertulis yang telah dibatalkan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,124
Reaction score
5,523
Points
1,316
Wan Ji ditahan kerana berceramah di masjid tanpa permit

August 8, 2019 6:57 PM



Wan Ji Wan Hussin.
GEORGE TOWN: Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan pihak berkuasa agama Islam Melaka pagi tadi kerana menyampaikan kuliah di sebuah masjid di negeri itu bulan lepas.

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan penceramah berkaitan PKR itu, yang terlepas daripada hukuman penjara atas tuduhan menghasut bulan lalu, kerana ceramah di sebuah masjid di Bukit Beruang pada 14 Julai.

Pengarah JAIM, Md Azhan Samad berkata Wan Ji ditahan untuk diambil keterangan kerana mengajar tanpa permit mengikut Seksyen 70 Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991.

Beliau dibebaskan pada 1 petang tadi dengan bon RM4,000.



Wan Ji ketika dihubungi berkata dia mendapat kebenaran daripada pejabat ketua menteri Melaka, dan kehadirannya juga dimaklumkan kepada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Sofi Wahab.

Wan Ji mendakwa Ketua Penolong Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani mempunyai hubungan baik dengan pemimpin PAS dan Isma.

“Selepas saya memberi keterangan, tidak pasal-pasal Rahimin menyatakan saya perlu ke mahkamah syariah untuk proses pendakwaan.

“Perkara itu saya maklumkan kepada pejabat ketua menteri dan mereka terkejut….mereka membantu urusan saya sehingga selesai,” katanya.

Ini merupakan kali kedua Wan Ji menghadapi masalah di Melaka.

Pada 21 Julai lepas, sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di sebuah masjid di Durian Tunggal dan meminta dia menghentikan ceramahnya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/08/wan-ji-ditahan-kerana-berceramah-tanpa-tauliah/
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,628
Reaction score
392
Points
86
penceramah lain tauliah dari majlis agama islam negeri dia ni tauliah dari ketua menteri.
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,165
Reaction score
88
Points
30
Ulama pewaris nabi.
Tapi kalau sekadar mewarisi ilmu tapi bukan akhlak nabi, xpyhla buat muka xtau malu nak mengaku ulama.
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,124
Reaction score
5,523
Points
1,316
KM Melaka: Selesaikan isu Wan Ji dengan budi bicara

Diterbitkan 11 Ogs 2019, 3:08 petang | Dikemaskini 11 Ogs 2019, 3:08 petang




Kerajaan negeri akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam isu penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin bagi menyelesaikan perkara tersebut melalui perbincangan dan budi bicara.

Ketua Menteri Adly Zahari berharap isu berkaitan penceramah agama di negeri ini dapat diselesaikan secara budi bicara dan bukannya menerusi tindakan undang-undang.

“Boleh selesaikan menerusi budi bicara dan penambahbaikan sistem yang sedia ada, kalau ada pelanggaran peraturan, ia perlu diselesaikan menerusi perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di Masjid Al-Azim di Bukit Palah, di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan Wan Ji pada 8 Ogos oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semasa diminta hadir ke pejabat agensi agama itu bagi memberi keterangan berhubung tindakannya memberi ceramah tanpa tauliah pada kuliah subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lepas.

Bagaimanapun, Wan Ji dibebaskan oleh Mahkamah Syariah Melaka setelah menjelaskan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Adly berkata bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, kerajaan negeri akan menambah baik sistem sedia ada.

Beliau berkata pentauliahan penceramah agama di negeri ini akan disemak semula dan mereka yang tidak mempunyainya akan diberi tauliah untuk mengajar jika dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Katanya selain tauliah, penceramah yang ingin mengajar agama di negeri ini juga diberikan kebenaran khas seperti kebenaran daripada Jabatan Mufti Melaka dan tertakluk kepada beberapa perkara seperti penceramah perlu menjaga perpaduan dan menghormati pelembagaan negara.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/487562
 
Sponsored Post
Top
Log in Register