Pegawai Guan Eng dihukum penjara 9 bulan- Wan Ji Wan Husin

Recommended Brokers


Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,418
Reaction score
897
Points
161
Wan Ji terkejut laporan polis terhadapnya

Diterbitkan Hari ini 4:31 petang | Dikemaskini Hari ini 4:31 petang



Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin menafikan dakwaan yang menyifatkannya memfitnah pihak penjara berhubung dirinya dipukul ketika berada di Penjara Kajang.

Wan Ji turut menyatakan rasa terkejut selepas pihak penjara membuat laporan polis terhadapnya dan perkara itu sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Semalam (19 Julai), saya diminta oleh pihak polis untuk hadir ke IPD Kajang untuk sempurnakan sesi siasatan.

"Tetapi, luar dari apa yang saya jangka, tiba-tiba saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa pihak penjara ada membuat laporan polis, menyebabkan pihak polis siasat saya.

"Tiba-tiba hari ini tersebar berita kononnya saya disyaki memfitnah. Ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Jika saya mahu memfitnah, sudah pasti saya tidak memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan polis," katanya dalam kiriman Facebook hari ini.

Tambah Wan Ji, dia sebelum ini turut memberi kerjasama pada pihak polis dengan bersetuju menyerahkan telefonnya bagi tujuan siasatan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad mengesahkan pihak penjara telah membuat laporan terhadap Wan Ji.

Fadzil juga mengesahkan bahawa polis menyiasat pendakwah itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wan Ji dipenjarakan pada 9 Julai lalu selepas rayuannya terhadap sabitan menghasut gagal, dalam kes menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mahkamah Tinggi Shah Alam juga meningkatkan hukuman penjara daripada 9 bulan kepada 12 bulan dan mengarahkan agar hukuman berkuat kuasa serta merta.

Wan Ji diarahkan menjalani hukuman pada hari itu, namun selepas tiga hari, iaitu pada 12 Julai, mahkamah bersetuju menangguhkan hukumannya sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Wan Ji mendakwa ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang, salah seorang warden penjara memukulnya.

"(Dia suruh) Buka spek. Dah buka, tu bam bam, tiga kali dia bagi. Apa salah aku? (Warden) Yang lain gelak-gelak, bukan nak halang pun," katanya.

Susulan insiden tersebut, Wan Ji membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi pada 19 Julai, selain bersama Suaram menghantar memorandum kepada Suhakam.

https://www.malaysiakini.com/news/484702
terkejut?? muka tak boleh blah...:eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,576
Reaction score
126
Points
33



——————————————
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,576
Reaction score
126
Points
33
Apa yang depa marah sangat dengan Wanji ? Depa terjerit jerit Wanji ni Banduan, Hina Raja Raja Melayu.. Tak Layak bagi Kuliah..Meh aku nak bagi tahu orang PAS.. Aku tak lah setuju semua tindakan Wanji tu, tapi kesalahan Wanji itu dilakukan sebelum 2013..seawal 2011.. masa laporan tahun 2014, Pemberita masih meletakkan jawatan Wanji tu sebagai Exco Dewan Ulama PAS Selangor..

Cuma aku nak bagi tahu.. Semua Kesalahan yg didakwa itu, Dilakukan ketika Wanji berada dalam kepimpinan PAS, Ketika Wanji di dakwa..Wanji adalah AJK ata Exco Dewan Ulama PAS Selangor.. Memang benar ada perkara yang kita tak setuju dengan Wanji, tapi itu cerita lama.. Ketika dia dalam Kepimpinan Ulama PAS.. mungkin ramai yang tak tahu, Dulu Wanji dalam Kepimpinan dewan Ulama PAS..

Tetapi Alhamdulillah setelah Wanji tinggalkan PAS, takda lagi kata kata Menghina seperti itu dilakukan Wanji.. Aku faham..masa tu Wanji masih berdarah muda..Masa tu pulak PAS masih menghalalkan tindakan Biadap keatas Raja Raja..

Aku Ingat lagi.. masa tu kemarahan Ahli PAS Memuncak Kepada Istana dari peristiwa rampasan kuasa di Perak tahun 2009.. masa Muktamar di Selangor pun terbawa bawa laungan bubarkan Dun Perak..Tindakan penyokong PAS berbaring depa Istana Kuala Kangsar.. Bertindak biadap Demo Depan Istana.. baling batu di kenderaan Sultan sehingga ahli ahli mereka ditangkap akibat dari tindakan hasutan Ulama PAS seperti Azli Taliban..

Masa tu Apa Azli Taliban, Ulama PAS tak kata... masa rampasan kuasa Perak.. Azli Taliban kata sanggup Nyawa jadi taruhan, sampai sanggup solat depa Ibu Pejabat DAP depa SUK Perak.. masa Tu Azli Taliban maki hamun Mufti Perak, depa panggil Mufti Perak sebagai Haram Sani.. Mufti Perak makan duit Judi..Dui Babi..Duit Arak..

Masa tu..PAS bukan saja halalkan lawan Sultan dan Raja.. Tapi halalkan maki hamun Mufti.. Itu lah PAS.. Dia boleh jadi penentang Raja dan Mufti..Boleh Bakar kereta Mufti..Hina Mufti.. bila orang lain kritik Mufti mereka akan berlakon bangkit mempertahankan Mufti dan Institusi Agama.. Depa hanya ikut selera Politik Depa.. mcm dalil depa sokong dan lawan UMNO..

Tindakan dan ketelanjuran Wanji itu bersifat Peribadi.. Tetapi PAS mempunya Sejarah lebih teruk memerangi YDP Agong dalam kes Almaunah..Ahli Almaunah hampir semua nya ahli PAS..malah Moktar Senik antara yang ditahan dalam peristiwa Almaunah..Ahli Almaunah dihukum mati..tapi Mokhtar senik hanya di ISA kan..

Dalam kes Demo depan Istana Perak, boleh kata hampir semua yang ditahan dan didakwa adalah ahli PAS..dari hasutan Ulama PAS..

PAS bukan sekadar pernah menghina Sultan.. Hatta Pernah menentang Perlembagaan yang didalamnya menjadikan Raja Raja sebagai ketua Agama Islam.. Perlembagaan Negara pernah dikatakan sebagai Undang2 Penjajah.. Perlembagaan Kapir malah Haji Hadi pernah berkata melawan puak puak ni, mati depa adalah Mati Syahid..

Dari pada Amanat ini lah berlaku Kapir mengkapir.. dan akhirnya berlaku peristiwa dan Pemberontakan di memali kerana mereka mempercayai,melawan Kerajaan.. Membunuh Anggota Polis sebagai Mati Syahid...

Jadi jauhilah Kelompok Extremis Agama..

Eh kalau kita nak cerita Penginaan pemimpin UMNO kapada Raja Raja Melayu, lagi banyak.. tapi biasalah..UMNO semua suci sekarang.. sekurang kurangnya Wanji tak pernah tabal Sultan baru seperti rakan tawwun depa sekarang.. :)

Ipomali
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
3,687
Reaction score
627
Points
71
Semalam, program kuliah Maghrib oleh Wan Ji Wan Hussin di Masjid Ar Rahman, Durian Tunggal ditentang oleh sekumpulan 50 orang jemaah daripada Gerakan Pembela Ummah Melaka.

Petang tadi, Wan Ji mengulas kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, berkata bahawa ia disebabkan oleh ketidak mampuan PAS menjawab kritikan beliau ke atas Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulamak PAS, Nik Zawawi Salleh. Bila tidak mampu berhujah, kata Wan Ji, maka orang PAS buat kacau di kuliah beliau.

Mengarut.

Orang marah sebab Wan Ji menghina Sultan. Jawapan Wan Ji itu adalah satu daripada skrip yang digunakan untuk memesongkan perhatian sebenar orang ramai. Projek pemesongan oleh PH berhubung isu Wan Jii akan diulas dalam artikel yang berlainan.

Kuliah Wan Ji di masjid tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal. Menurut Wan Ji, dia sendiri bekerjasama merancang program kuliah ini bersama ADUN Durian Tunggal, merangkap Exco Negeri Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab (https://www.malaysiakini.com/news/484919).

Sofi (Timbalan Pengerusi PAN Melaka) juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 jelas menyebut dalam Seksyen 10 (2), bahawa jawatan Timbalan Pengerusi MAIM dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Di dalam Seksyen 3, Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam di negeri Melaka.

Rekod Wan Ji bukan setakat menghina Sultan Selangor, malah beliau pernah menghina Sultan Johor dan sultan-sultan yang lain (melalui video yang memaparkan usahanya menghapuskan kekuasaan institusi raja).

Sebagai Timbalan Pengerusi MAIM yang berkhidmat untuk Sultan, tidakkah Sofi rasa bersalah membawa masuk seorang penghina institusi raja ke dalam masjid di tempatnya? Hal ehwal masjid, termasuk urusan pengkuliahan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa MAIM.

Sofi juga tidak sensitif kerana Wan Ji berstatus banduan yang ditangguhkan seketika hukuman penjaranya. Wan Ji dihukum bukan kerana difitnah atau mangsa, tetapi kerana kebiadaban dan hasutannya.

Sebagai tambahan, pada Februari lalu, pernah berbangkit isu nepotisme dalam institusi agama Islam di negeri Melaka apabila isteri Sofi sendiri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM).

Menurut Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah, Urusan Wakaf dan Baitulmal Negeri Melaka, kuasa melantik ahli PZM terletak pada MAIM - Peraturan 3 (2).

Isteri Sofi, Mahani Othman Basir merupakan Ketua Wanita PAN Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang juga Pengerusi MAIM berkata, isu nepotisme tidak patut timbul kerana berbeza tarikh pelantikan suami isteri tersebut. Adly merupakan Pengerusi PAN Melaka.
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
3,687
Reaction score
627
Points
71
SIAPA DALANG KEKECOHAN YANG BERLAKU DI MASJID AR-RAHMAN PARIT, MELANA SEMALAM?

1. Sebelum itu, saya mengajukan beberapa soalan kepada Sopi Wahab, geng-geng PAN (yang banyak salahkan PAS, tanpa bukti) dan macai/cybertrooper tegar Pakatan yang tidak ada Harapan sudah (PH).

2. Sebelum ini, ceramah Wanji di Negeri Melaka telah diadakan 13-14 Julai 2019 yang melibatkan 3 buah Masjid.

i. Daripada 3 Masjid tersebut, 1 Masjid yang dijadualkan di Ayer Molek terpaksa dibatalkan atas desakan orang ramai untuk menghalang Wanji berceramah kerana atas isu berat dan Mahkamah telah jatuhkan hukuman terhadap Wanji dibawah Akta Hasutan, namun ditangguhkan. Kenapa dan untuk apa Wanji diberi ruang tersebut?

ii. NGO UMMAH, orang awam dan Parti-Parti Pembangkang juga telah membuat lebih 50 laporan Polis, untuk membantah Ceramah Wanji. Kenapa ceramah ini masih diteruskan?

iii. Adakah dengan Jawatan sebagai YB ADUN merangkap Timb. Pengerusi MAIM Sopi Wahab, dengan mudah buat memohon tauliah khas kepada Wanji dan diluluskan dengan kadar segera?

IV. Adakah Sopi Wahab tahu, Wanji pernah 'diharamkan' untuk berceramah di seluruh Negeri Selangor atas penyampaian yang menentang arus agama dan menghina Sultan Selangor?

Persoalan-persoalan ini, perlu dijawab oleh individu atau kumpulan yang beria-ria sangat menganjurkan Ceramah Wanji di Masjid-Masjid di Negeri Melaka.

3. Rakyat diluar sana, jangan terpengaruh dengan sebaran FITNAH kononya PAS & UMNO ini mencetuskan KEKECOHAN, dikatakan 'terrorist' dan bermacam persepsi buruk yang berlaku semalam. Maklumat dari, pihak pembangkang dan orang awam, mereka telah membuat laporan dan prosedur yang betul bagi menghalang Wanji untuk berceramah yang menjadi kerisauan masyarakat dalam penyebaran tidak baik, hasutan dan pemkiran yang merosakkan ummat. Namun, ceramah tersebut diteruskan juga atas arahan YB PAN yang menyebabkan berlaku kekecohan dalam Masjid. (Selebihnya, boleh rujuk, poster beberapa hujah kenapa Wanji perlu dihalang untuk berceramah).

4. Saya, anak muda dan rakyat Negeri Melaka harap perkara ini tidak berulang lagi. Teguran kepada YB yang ada kuasa dan jawatan. Tidak sepatutnya, menggunakan kuasa mereka tanpa mengabaikan desakan rakyat dan membawa penceramah yang membawa masalah kepada Ummat. Selain itu, AJK Masjid dan pihak berkuasa juga perlu mengambil peranan penting, bertegas agar memberi perhatian dalam isu-isu masyarakat dan jangan hanya mengikut arahan yang bertentangan dan tahu perkara ini akan membawa kekecohan seperti yang berlaku semalam. Jawatankuasa disiplin salah guna kuasa perlu dibentuk, bagi memantau perkara ini.

5. Akhir sekali, saya berharap pihak-pihak yang cuba membuat persepsi buruk terhadap Parti Pembangkang UMNO/PAS perlu hentikan. Saya yakin, isu ini tidak timbul, sekiranya Wanji tidak dibenarkan untuk berceramah dan mengambil kira desakan orang awam. Harap YB tersebut, muhasabah dan ambil iktibar agar perkara ini tidak berulang.

Sekian, terima kasih.

Haniff Istiqamah
22 Julai 2019 | Melaka
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
PAS Melaka pertikai kesahihan izin buat Wan Ji

Diterbitkan Hari ini 9:11 malam | Dikemaskini Hari ini 9:11 malam



PAS Melaka mempertikaikan kerajaan negeri yang mendakwa ceramah Wan Ji Wan Hussin di Alor Gajah pada 21 Julai lalu mendapat kebenaran daripada mufti.

Merujuk kepada surat kebenaran untuk majlis itu, PAS Melaka berkata, ia ditandatangani oleh timbalan mufti dan bukannya mufti negeri berkenaan.

Membangkitkan hal itu hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Wan Zahidi Wan Ismail.

"Apakah Wan Ji benar-benar mendapat tauliah daripada Mufti Melaka?

"Surat kebenaran untuk berceramah di Masjid ar-Rahman hanya dikeluarkan pada tanggal 19 Julai 2019 dan ditandatangani oleh timbalan mufti, bukannya mufti Melaka," katanya yang membacakan kenyataan tersebut.

Kelmarin berlaku kekecohan selepas solat Maghrib di masjid berkenaan apabila ada sekumpulan penyokong pembangkang membantah ceramah daripada Wan Ji.

Wan Ji ialah bekas anggota PAS yang kini banyak mengkritik parti berkenaan, terutama membabitkan pendekatan mereka yang dianggap keras.

Berlaku sedikit kekecohan

Menurut Wan Zahidi lagi, surat Jabatan Mufti Melaka itu juga menyatakan dengan jelas, permohonan kebenaran berceramah perlu dibuat sebulan sebelum majlis berlangsung.

"Apakah ada campur tangan politik atau tangan-tangan ghaib untuk membolehkan Wan Ji berceramah di masjid itu?" katanya.

Wan Zahidi juga menyalahkan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) Mohd Sofi Abdul Wahab, kerana menjemput Wan Ji yang sudah didapati bersalah menghina sultan.



Untuk rekod, sama seperti Wan Ji, Mohd Sofi ialah bekas pemimpin PAS Melaka yang kini menyertai Amanah. Beliau kini menjadi Adun Durian Tunggal dan exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.

Wan Zahidi turut menyatakan rasa kurang senang PAS Melaka apabila agamawan dalam PH didakwanya berdiam diri terhadap isu Wan Ji.

"Apakah mereka juga turut meredai segala tindak tanduk Wan Ji?" katanya.

Dalam kenyataan itu juga PAS Melaka mendakwa bantahan mereka di masjid tersebut asalnya aman tetapi berakhir dengan "sedikit kekecohan".

Katanya kerajaan negeri juga bersikap double standard kerana pernah mengambil tindakan terhadap pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung kerana membenarkan pemimpin Umno berceramah di Masjid Tanah dan Alor Gajah.

"PAS Melaka kesal dengan sikap provokatif dan tidak akomodatif Mohd Sofi yang tidak mahu melakukan rundingan secara baik bersama Gerakan Pembela Ummah selaku penganjur.

"Bahkan dengan bahasa bersifat provokatif beliau mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap peserta yang terlibat dengan bantahan itu," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/485127
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Melaka tidak halang Wan Ji berceramah

Diterbitkan Hari ini 1:31 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:31 tengahari



Kerajaan negeri Melaka tidak akan menghalang aktiviti ceramah pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin walaupun kehadirannya di sebuah masjid di negeri itu baru-baru ini mencetuskan kekecohan apabila dibantah sekumpulan penyokong parti pembangkang.

Portal Utusan Malaysia Online memetik Ketua Menteri, Adly Zahari sebagai berkata, kerajaan negeri mengamalkan dasar terbuka dengan mana-mana penceramah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan Jabatan Mufti Negeri boleh mengadakan ceramah.

Katanya, ini disebalik, individu itu tidak berpihak kepada kerajaan.




"Wan Ji masih melalui proses mahkamah dan kerajaan negeri tidak akan menghalang kemasukan beliau atau mana-mana penceramah lain walaupun mereka tidak memihak kepada kerajaan.

"Bagaimanapun setiap penceramah yang masuk ke negeri itu mesti mendapat kebenaran dan sentiasa dipantau Jabatan Mufti Negeri.

“Jika kita dapati ada penyalahgunaan yang diberikan, kita berhak menghalang penceramah itu daripada mengadakan aktiviti," katanya yang dipetik poral itu.

Adly juga dilaporkan berkata, kekecohan yang berlaku ketika program membabitkan Wan Ji tempoh hari didakwa berpunca daripada campur tangan politik sehingga menjejaskan imej institusi masjid.

Pada Isnin lalu, keadaan di Masjid Ar Rahman Kampung Parit Melana di Durian Tunggal kecoh apabila sekumpulan individu membantah kehadiran Wan Ji untuk mengadakan ceramahnya.



Ceramah yang sepatutnya disampaikan pendakwah kontroversi selepas solat maghrib itu terpaksa ditunda ekoran bantahan dipercayai dianjurkan Gerakan Pembela Ummah Melaka.

Menurut Adly, langkah diambil kerajaan negeri itu bagi menjadikan Melaka sebuah negeri yang subur dalam pelbagai bidang termasuk ilmu dan pengetahuan.

"Kita tidak sekat majlis-majlis ilmu, kita mahu rakyat negeri ini mendapat ilmu pengetahuan tetapi apa yang berlaku adalah majlis itu dicemar dengan tindakan pihak yang cuba mengaitkannya dengan politik.

"Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, ramai penceramah dan ilmuan dari pelbagai ideologi menganjurkan majlis agama di Melaka," katanya.

Dalam pada itu, Adly berkata, Melaka tidak pernah menyenaraihitam mana-mana penceramah dan ilmuan untuk masuk ke negeri itu bagi menganjurkan majlis ilmu dengan syarat mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

https://www.malaysiakini.com/news/485356
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
3,687
Reaction score
627
Points
71
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIM,, Datuk Hj Rahimin Bin Bani ditamatkan kontrak serta-merta akibat dari saranan beliau kpd YB Sofi supaya BANDUAN Wan Ji yg tidak mempunyai tauliah agar tidak memberi ceramah di Masjid Bkt Beruang serta Masjid Parit Melana.

Semoga Datuk Ust Hj Rahimin Bin Bani sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dgn rahmatNYA.
 

buncai

Fun Poster
Joined
May 21, 2011
Messages
512
Reaction score
25
Points
20
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIM,, Datuk Hj Rahimin Bin Bani ditamatkan kontrak serta-merta akibat dari saranan beliau kpd YB Sofi supaya BANDUAN Wan Ji yg tidak mempunyai tauliah agar tidak memberi ceramah di Masjid Bkt Beruang serta Masjid Parit Melana.

Semoga Datuk Ust Hj Rahimin Bin Bani sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dgn rahmatNYA.
Semoga Datuk Hj Rahimin Bin Bani tabah hadapi dugaan, berani kerana benar...

 
Sponsored Post
Top
Log in Register