BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai dakwa dicabul rakan setugas

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen wanita mendakwa dicabul pegawai penjara yang juga rakan setugasnya di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira sebulan selepas operasi di 13 depot tahanan imigresen seluruh negara dikendalikan secara bersepadu membabitkan kakitangan imigresen, penjara, polis dan Rela. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu diterima di Balai Polis KLIA pada Rabu lalu. Sumber memberitahu, pengadu yang berusia dalam lingkungan 20-an dan sudah berumah tangga itu membuat laporan kerana tidak dapat menerima perbuatan pegawai penjara berusia 40-an yang memeluknya dari belakang.

“Perbuatan itu dianggap melampau dan tidak seharusnya berlaku di kalangan penjawat awam terutama mereka yang menjalankan tugas penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan pegawai imigresen berkenaan mengadu kepada pengurusan imigresen bagaimanapun tiada tindakan susulan kerana tiada bukti kejadian itu benar-benar berlaku.

Sumber itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat.
Kata sumber itu lagi, kejadian pada 22 September lalu itu menyebabkan pengadu trauma dan tidak selesa untuk hadir bekerja kerana bimbang kejadian sama berulang.

Pada Ogos lalu, berikutan insiden 20 mangsa kegiatan pemerdagangan manusia warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen KLIA, operasi semua depot tahanan jabatan berkenaan dikendalikan secara bersepadu membabitkan beberapa agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
kat depot..dia igt tahanan wanita kot..peluk punya peluk,kawan sekeje..ha3..
 
Kat mana-mana jabatan pun ada orang macam tu. Nampak perempuan tu layan baek punya ingat perempuan tu suka kat dia.
 
adoi mcm2 hal btol la....dgn bini org pn nk menggatal...agak2 la pn...
 
xleh tahan la 2,air da brtakung lama sgt kot,2 yg g pluk 2...konfim pompan ni mantop ni...hehehe
 
kesiannn...hishamuddin kena buat sidang akhbar ni.
 
pakcik tu ingat lepas peluk terus mangsa pusingkan badan utk memeluk juga sambil cium mulut & tanggalkan butang baju satu persatu..
 
Back
Top
Log in Register