BTC USD 48,310.9 Gold USD 1,779.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai berpakaian preman awasi stesen minyak di sempadan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menempatkan anggota penguat kuasa berpakaian preman memantau stesen minyak di kawasan lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu memudahkan pihak berkuasa melaksanakan pemantauan, sekali gus mematahkan cubaan warga asing melakukan pembelian petrol dan diesel melebihi 20 liter seperti dibenarkan kerajaan.

"Kita meletakkan anggota berpakaian preman di stesen minyak untuk memantau. Mereka tidak dikenali, jadi senang melihat keadaan yang berlaku supaya tiada kenderaan asing mengisi petrol atau diesel lebih daripada had ditetapkan," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mengakui sukar mengawal pembelian berlebihan petrol dan diesel oleh kenderaan asing berikutan lebih 20 peratus transaksi dilakukan menerusi kad, terutama kad kredit.

Presidennya, Datuk Hashim Othman, dilaporkan berkata kawalan ke atas pembelian bahan api oleh warga asing hanya boleh dibuat jika mereka melakukan transaksi secara tunai.

Ismail Sabri mengakui pengusaha juga sukar memantau pembelian minyak di stesen masing-masing apabila urus niaga menggunakan kad terutama kad kredit, tetapi beliau difahamkan kebanyakan urus niaga membabitkan penyeludupan petrol dan diesel berlaku secara tunai.

"Oleh itu, kita berharap pengusaha lebih bertanggungjawab dalam soal ini kerana ada aktiviti seperti itu (penyeludupan) berlaku disebabkan oleh 'orang dalam'," katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
bagus awasi dorang kalau tak dorang curik minyak malaysia
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register