BTC USD 63,541.3 Gold USD 2,378.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Akademi Bomba Di Dakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM16,344

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,864
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,864
Reaction score
6,452
Points
916
Awards
1
05.01.2021 - Kuala Terengganu, Seorang pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM16,344. Muhammad Rasydan Ismail, 36, didakwa menyerahkan kepada Pegawai Akauntan Wan Noor Kasmaliza Awang, invois syarikat Pak Su Global Enterprise berjumlah RM6,480 bagi pembekalan makan minum untuk peserta perancangan dan persediaan kawad kecekapan 2018 pada 6 hingga 8 Mei 2018.

Dia turut dituduh mengemukakan invois syarikat yang sama berjumlah RM9,864 bagi tujuan serupa untuk peserta bengkel pengurusan operasi banjir pada 3 hingga 5 Dis 2017 yang sebenarnya tiada sebarang pembekalan makanan dilakukan pada program itu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Kewangan, Akademi Bomba dan Penyelamat, Wilayah Timur, Marang pada Jun 2018 dan Disember 2017.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai palsu atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Jamaluddin Mat menetapkan jumlah jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta menetapkan 2 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam Nur Shahida Shaifuddin.

Screenshot-3611.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918740
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register