BTC USD 57,232.5 Gold USD 1,786.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegangan saham kerajaan dalam GLC dikurangkan pada 2010

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH: Semua saham milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, langkah tersebut membabitkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan dan adalah antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010.

"Syer kerajaan dalam GLC akan ditawarkan di Bursa Malaysia untuk dimiliki oleh syarikat swasta.

“Ia adalah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecairan," katanya selepas perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah Veteran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah gelombang kedua kepada penswastaan syarikat milik kerajaan bagi memantapkan dan mencapai sasaran perkembangan ekonomi seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua pengarang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya media dapat memberi kefahaman kepada rakyat.
 
Sponsored Post

ratusanRM

CG Top Poster Club
Messages
22,690
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
nampak sangat KERA jaan takde duit :p:p
 

tudung87

Legendary Member
Messages
12,870
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
aik? nak kurangkan?

pastu, kaum mana yg beli???
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
kenapa nak kurang kan..lebihkan je lah..
 

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
ada pro dan con dlm hal nie.......apa pun muslihat tak di ketahui.....:)):)):))






:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register