BTC USD 57,231.7 Gold USD 1,789.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecah rumah pada Jumaat

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Penjenayah licik bertindak walaupun sementara orang bersolat

KUALA LUMPUR: Kejadian kecurian siang hari, terutamanya pada Jumaat, menimbulkan tanda tanya dan kerisauan kepada Penduduk Pangsamurni Titiwangsa, Keramat Jaya 2 di sini, yang mula mendiami kawasan itu sejak lebih 11 tahun lalu.

Menurut penduduk, pencuri bukan setakat tidak pernah ditangkap, malah tidak gentar melakukan kegiatan pecah rumah dan melarikan kenderaan penduduk termasuk motosikal dan kereta, walaupun pada waktu siang.

Pemilik kedai di kawasan itu, Halim Mahmud, 27, berkata kedainya dipecah masuk tahun lalu ketika beliau menutup perniagaan selama beberapa jam untuk menunaikan solat Jumaat.

“Pulang dari bersolat, saya berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat pintu depan kedai sudah terbuka. Apabila diperiksa, rupa-rupanya wang tunai dan barangan runcit lain seperti rokok sudah dilarikan.

“Pencuri ini memang pantas, pernah seorang pelanggan meletakkan motosikalnya seketika untuk membeli barangan keperluan tetapi mengejutkan apabila beliau mendapati ia lesap dilarikan pencuri hanya dalam masa beberapa minit,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Hashira Mokhtar, 25 yang menyewa di situ sejak lima tahun lalu berkata, beliau sering mendengar mengenai kejadian pecah rumah dan kecurian yang berlaku di kawasan walaupun tidak pernah mengalaminya.

“Mungkin saya bernasib baik kerana rumah didiami terletak di kawasan yang menjadi laluan orang, tambahan pula jiran terdiri dari kalangan yang sudah berkeluarga.

“Bagaimanapun, rumah rakan saya di tingkat paling atas pernah dimasuki pencuri melalui bumbung. Saya juga pernah mendengar mengenai kejadian rogol beberapa tahun lalu selepas memecah masuk dan mencuri sebuah rumah,” katanya.

Akhir September lalu, akhbar melaporkan seorang lelaki maut akibat terjatuh dari tingkat tujuh Pangsamurni Titiwangsa ketika cuba memberkas pencuri yang memasuki rumah jirannya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Pangsamurni Titiwangsa, Marzuki Siran berkata kejadian curi mula berlaku sejak mereka menduduki perumahan berkenaan pada 1998.

“Bukan setakat pecah rumah, malah kecurian kereta dan motosikal juga sering berlaku. Saya sendiri pernah hilang dua motosikal dan bagi mengatasi masalah ini, kami bercadang menggajikan pengawal, selain menyediakan pelekat kenderaan untuk mengawal keluar masuk kenderaan di dalam kawasan ini.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register