BTC USD 42,234.5 Gold USD 1,775.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Akan Guna 16 Dron Bernilai RM48J Untuk Pantau Sempadan

Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,819
Reaction score
1,828
Points
156
pasang jammer.. jatuh lah drone tu
kalau drone harga berjuta, jammer pun kena power jugak agaknya.
kalau drone macam Turki bina tu takkan jammer biasa2 boleh jatuhkan dia.
Entah2 lastik lagi mudah agaknya.
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,481
Reaction score
798
Points
171
kalau drone harga berjuta, jammer pun kena power jugak agaknya.
kalau drone macam Turki bina tu takkan jammer biasa2 boleh jatuhkan dia.
Entah2 lastik lagi mudah agaknya.
laser pointer yg panas pun ok juga
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
9,184
Reaction score
373
Points
96
The best drone size kecik dan compact tapi high spec. Bukannya besor mcm batu bata tu. Dapat cari yg besar kotak rokok. Baru menarik masa buat pemantauan.
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,719
Reaction score
780
Points
81
3 juta sebiji? Spec apa sampai cam tu 🤣
 

nameless

Super Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
7,428
Reaction score
90
Points
80
Compact sgt x sesuai...
Angin kuat skit habis melayang...
The best drone size kecik dan compact tapi high spec. Bukannya besor mcm batu bata tu. Dapat cari yg besar kotak rokok. Baru menarik masa buat pemantauan.
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Serius ke 48j? Ke 4.8 j

Kalau 48j ÷16 = sbjik 3j

Nk jgk aku tgk dron jenis apa
 

steelheart

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2012
Messages
851
Reaction score
111
Points
33
Ini ker gambaran wajah drone 3 juta sebijik tu ..

Screenshot_20210725-142240.png
71627121702_TBDrone.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta

Sebelum ini telah dilaporkan tentang 16 buah dron yang berharga RM48 juta yang bakal diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kesemua 16 dron itu akan dikawal di bawah seliaan Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan seluruh negara khususnya di kawasan yang tidak berpagar bagi mengekang aktiviti jenayah.

Walaubagaimanapun, netizen mempersoalkan harga dron tersebut yang disifatkan sebagai terlalu mahal kos pembeliannya. Bagi menjawab persoalan tersebut, pihak PDRM melalui Jabatan Logistik Dan Teknologi mengeluarkan kenyataan media dengan memberikan sedikit perincian spesifikasi dron yang bakal diterima itu.

PDRM memaklumkan, kos perolehan 16 unit dron jenis vertical take-off and landing (VTOL) yang bernilai RM48 juta itu adalah berdasarkan kepada anggaran kajian harga pasaran untuk dron berspesifikasi terkini yang sesuai digunakan untuk tujuan taktikal/pemantauan PDRM.

Jenis dron yang akan diperolehi itu adalah jenis electric drone yang menggunakan kuasa bateri berkuasa tinggi serta dilengkapi dengan gyro stabilized camera (electro optical / infra red) yang mampu diterbangkan dan merakam visual beresolusi tinggi termasuklah foto, video dan live streaming siang dan malam.

Setiap unit dron juga hadir dengan pakej yang merangkumi mobile ground station vehicle yang lengkap dengan turret tracking antenna system, weather station dan portable global navigation satellite system. Kesemua dron tersebut akan digunakan bagi penugasan melibatkan pemantauan serta membanteras ancaman di kawasan sempadan negara dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

PDRM menegaskan dengan memiliki aset dan kelengkapan terkini, ia akan dapat memantapkan lagi penugasan pihak berkuasa itu dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Sumber asal PDRM
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register