BTC USD 50,210.4 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDAM mengaku sukar kawal pembelian lebih petrol, diesel

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mengakui sukar mengawal pembelian berlebihan petrol dan diesel di stesen minyak di kawasan lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan negara berikutan lebih 20 peratus transaksi dilakukan menerusi kad terutama kad kredit.

Presidennya, Datuk Ha-shim Othman, berkata kawalan ke atas pembelian bahan api oleh warga asing hanya boleh dibuat jika mereka melakukan transaksi secara tunai.

Katanya, kadar itu dijangka meningkat berikutan langkah kerajaan memperketatkan kawalan dan penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing.

“Kemungkinan warga asing akan beralih daripada tunai kepada kad bagi mengelak kegiatan mereka dihidu oleh pengusaha stesen minyak.

“Kebanyakan pengusaha stesen minyak mengikut arahan kerajaan untuk tidak menjual dua jenis bahan api itu melebihi kadar ditetapkan, bagaimanapun pemantauan terhad pada transaksi yang dibuat secara tunai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas amaran kerajaan untuk merampas bukan saja petrol dan diesel yang dibeli berlebihan, malah kenderaan asing yang membawanya sebagai mengekang kegiatan warga asing menikmati subsidi minyak yang dikhususkan untuk rakyat tempatan.

Hashim berkata, kadar penggunaan kad di stesen minyak mengikut kawasan dan di Lembah Klang saja penggunaan kad antara 60 hingga 70 peratus.

Beliau turut mengakui walaupun kebanyakan pengusaha akur dengan arahan kerajaan, terdapat juga sebilangan kecil pengusaha stesen minyak yang bertindak sebagai `kambing hitam’ apabila bersubahat dengan penyeludup.

Sehubungan itu, katanya, tindakan berkesan mengekang kegiatan warga asing menikmati subsidi minyak melalui kawalan yang diperketatkan dan diperkemaskan di pintu sempadan negara.
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Aik Kata Mesia nih Multimedia Super Corridor ... x kan x leh buat kots pakai IT hihihihhiihihihihihi


Bila para Badut berkuasa
 

megatterawis

Active Member
Messages
1,069
Joined
Aug 12, 2009
Messages
1,069
Reaction score
19
Points
30
apa yg payahnya
buat satu counter khas utk kenderaan siam.....
pantau............
suruh bangla jer jaga counter tue
settle masalah.....
subsidi hak rakyat m,sia
kenapa kerajaan tak fkir ...............
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register