BTC USD 86,970.5 Gold USD 3,054.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'PBT Patut Cakna, Dah Lama Suruh Tebang,' 4 Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Di Hempap Pokok

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
12.01.2025 - Empat termasuk tiga warga emas nyaris maut selepas kenderaan dinaiki dihempap sebatang pokok di Kilometer 48.5 Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Taman Desa, Kluang, Johor pada Ahad. Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu melibatkan dua lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 58 hingga 63 tahun. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum kejadian, mereka yang datang dari Melaka dalam perjalanan untuk melawat saudara di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).​

1736677160873.png

"Ketika di tempat kejadian, semasa berada di lorong kanan, sebatang pokok di tepi jalan tumbang dan menghempap Perodua Alza yang dipandu Mohamad Din Siron, 62. Akibat nahas itu, Mohamad Din, Aini Saleh, 63 dan Normah Za’Abah, 58, mengalami kecederaan dan dirawat di HEBHK, manakala Mokhtar Siron, 60, tidak cedera,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kejadian kemalangan itu turut dirakam pengguna jalan raya lain sebelum dikongsikan di media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook menggesa agar pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan mengambil tindakan segera susulan keadaan pokok-pokok besar di kawasan berkenaan yang difahamkan sudah reput dan tua.
3113864.jpg

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang bertugas untuk membersihkan kawasan kejadian.

Menurut Azim Safwan, pokok tua besar adalah berbahaya dalam kawasan populasi bandar yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Turut bersetuju, Erul Haiman yang mengatakan bahawa kejadian pokok tumbang seperti itu sudah berlaku pada tahun lalu."Dengan musim hujan dan angin kuat sekarang ini, sepatutnya semua PBT ambil cakna, dah lama suruh tebang pokok besar di sepanjang jalan. Namun dengan pelbagai alasan, kebanyakannya (PBT) ambil sikap tunggu dan lihat. Sudah berlaku bencana baru terpaling buat kerja, yang kasihannya rakyat marhaen yang jadi mangsa. Buat tuntutan pun belum tentu berjalan lancar," tulisnya.

Bagi Razi Yahaya, PBT seharusnya menggantikan pokok tua besar dengan tumbuhan baharu yang lebih bermanfaat.

"Pokok dah tamat tempoh, tiba masanya untuk tebang pokok tepi jalan, gantikan dengan yang lebih bermanfaat dan tak berbahaya. Atau nak tunggu mangsa seterusnya?" soalnya.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2025...a-nyaris-maut-kereta-dihempap-pokok-di-kluang
 
Sponsored Post

Pokok Tua sebenarnya bergantung pada jenis pokok...ada yg sampai ribuan tahun

mcm pokok kat taman tasik taiping tu...cantik..dijaga baik

Tak tau Pokok dlm berita ni?
betul2 bahaya ke?
apa sebab bahaya
betul2 kena tebang?..atau perlu jagaan?



Tapi harap2 jangan la pakai tebang je
sayang pokok
 
pokok jenis Khaya Senegalensis ..

ni pokok yang tumbang tu ..

1736687174825.png



Wow...Pokok Balak ni!

Thanks Bro for the info

Tapi tengok gambar ni....Ya Allah..dah boleh nampak tembus!...kalau mcm tu dah pokoknya..memanglah patut kena tebang dah!

Memamng lah..Pokok kualiti!...Ni kan Mahagony...Tapi..kalau tak dijaga sampai berlubang mcm ni..memangla kena cepat2 potong

Patut pun orangramai marah

cumanya..Pokok tu buka nak kata Tua...Tapi ni masih anak2

Pokok mahagony ni..25 tahun baru matang!
ni baru dikira anak pokok lagi ni..kesian dah reput!

(Mahagony yg jenis org Melayu panggil "Tunjuk Langit" byk kat Perlis/kedah..Pokok Suharto...jenis buah panjang ..org buat ubat

yg ni pun org buat ubat juga




sayang pokok tapi keselamatan orang ramai kena jaga juga...



Memanglah Tuan..Keselematan tu lah keutamaan

sebab tu kalau kita tengok
MPTaiping sgt2 jaga pokok dia

walau pokok dia bukan kayu qualiti mcm mahagony ni..Tapi dijaga elok2...cantik gila pokoknya

sapa tak pernah p Taman Tasik Taiping tengok pokok2 ni memang rugi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register