alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
SAYA berusia 18 tahun tetapi mempunyai masalah payudara bersaiz kecil. Apabila saya berdiri ataupun baring melintang, payudara saya seperti tidak kelihatan bentuknya.
Dengan keadaan begini, saya tidak ada keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai malah kadangkala, saya rasa malu.
Menurut doktor, masalah ini biasa dan hanya perlu sabar menunggu ia membesar sendiri. Adakah payudara akan membesar lagi selepas usia saya ini? Adakah pembesaran payu dara akan terhenti pada peringkat usia tertentu?
SITI,
Shah Alam, Selangor
SETIAP individu wanita mempunyai payudara dengan kadar saiz berbeza. Ada wanita bertubuh kecil tetapi mempunyai payudara bersaiz besar, sebaliknya ada wanita mempunyai rangka tubuh besar tetapi payudaranya seolah-olah tidak kelihatan.
Malah payudara seseorang juga lazimnya tidak sama saiz di antara keduanya, ini perkara lazim.
Saiz payudara lebih berkait kepada keturunan (ibu atau nenek kita). Ia juga bergantung kepada saiz atau banyaknya tisu kelenjar payudara dan lelemak yang dipunyai seseorang wanita.
Penambahan berat badan juga menambah saiz payudara kerana sebahagian payudara dibentuk oleh lelemak yang menjadikan payudara berasa lembut apabila dipegang.
Selain lelemak, payudara banyak dibentuk oleh kelenjar dan tisu berserat serta tisu perantara yang menjadikan payudara pejal.
Saiz payudara juga boleh dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron (itulah sebabnya wanita hamil mengalami pembesaran payudara). Ia juga ada diubahsuai saiz dan bentuknya, sama ada semakin besar atau semakin kecil melalui pembedahan moden atau implan.
Pembentukan payudara bermula sewaktu kita masih di dalam rahim ibu. Menghampiri baligh (kedatangan haid pertama), payudara memulakan perkembangannya dan ia berterusan sehingga baligh.
Pada usia baligh ini, tubuh atau payudara sudah bersedia untuk berkembang bagi menghadapi kemungkinan kehamilan dan kelahiran bayi. Sewaktu kehamilan pula, tisu payudara mengalami pembesaran lanjut. Pada usia anda, mungkin ia berkait dengan berat badan yang kurang ideal iaitu anda terlalu kurus, ia juga mungkin berkait dengan keturunan.
Mengambil hormon untuk merangsang pembesaran pula boleh memberi kesan sampingan yang mungkin membahayakan kelak.
Saiz payudara tidak mempengaruhi keupayaannya untuk menghasilkan susu badan, ia juga tiada kaitan dengan peningkatan atau penurunan risiko seseorang mungkin mengalami barah payudara.
Asalkan anda masih perlu memakai coli (menandakan payudara kita sebenarnya kelihatan), boleh menyusukan badan kelak, tidak mengalami barah sewaktu hayat anda, menerima keadaan payudara seadanya adalah lebih baik.