BTC USD 39,008.0 Gold USD 1,814.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Patutlah kita mengalami de javu, ini puncanya…

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,497
Reaction score
323
Points
51
iStock-1014950206-696x422.jpg


Penerangan mengenai deja vu di dalam siri 1 dan 2 adalah dari sudut pandang ilmuan Islam. Walau bagaimanapun dari perspektif sains perubatan pula terdapat jawapan saintifik untuk menjelaskannya. Menurut Dr. Sufian Adenan, Pakar Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL),

Dalam sains perubatan, deja vu merujuk kepada satu situasi yang disebut ‘dyscognitive state’. Situasi di mana akal fikiran seseorang tidak jelas pada waktu itu. Dalam erti kata lain, ia adalah perasaan di mana akal fikiran seseorang tidak berada di situ pada waktu itu.

“‘Dyscognitive state’ terbahagi kepada tiga iaitu pertama disebut ‘increased reality’ atau ‘familiarity’ iaitu merasakan pernah berada pada suatu tempat atau pernah mengalami satu suasana yang dialami pada masa lampau. Keadaan inilah yang disebut sebagai deja vu.

Kedua, ‘strangeness’ atau ‘unfamiliarity’ (jamais vu) iaitu perasaan berada pada suatu tempat yang asing atau baru sedangkan tempat itu sering dikunjungi.

Manakala ketiga ialah ‘depersonalization’ iaitu merasakan rohnya keluar dari jasad dan melihat sendiri jasadnya dari sudut lain. Dalam situasi tersebut akal fikirannya tidak melekat pada kenyataan dirinya.

crying-in-salah-e1528197942261-620x330-1.jpg


Lebih 80% orang sihat akan mengalami de javu sekurang-kurang sekali seumur hidup Jelasnya lagi, deja vu termasuk dalam kategori ‘dyscognitive state’ iaitu satu keadaan atau situasi yang berlaku pada masa sekarang tetapi seseorang merasakan dia pernah alami atau lalui perkara tersebut di masa lampau, tetapi sukar untuknya mendefinisikannya atau menyatakan dengan tepat bila dan di mana kejadian itu berlaku. Bulan berapa dan berapa umurnya ketika kejadian itu berlaku.

Dalam situasi tersebut, dia tidak dapat mengingati dengan terperinci apa yang berlaku namun mengingati suasana tersebut secara keseluruhannya. Contohnya seseorang yang berada dalam satu majlis hari jadi namun dia merasakan dirinya berada pada majlis sambutan harijadi yang lepas tetapi dia tidak tahu yang keberapa, namun dia boleh menceritakan suasananya dengan terperinci.

Adapun perihal deja vu ini boleh kita bahagikan kepada dua iaitu deja vecu (suasana) dan deja visite (tempat). Antara kedua-dua ini deja vecu paling sering dialami dan berlaku dalam tempoh yang agak lama, sedangkan deja visite pula sangat jarang dialami dan berlaku dalam masa yang singkat. Contohnya, kita merasakan seperti pernah pergi ke suatu tempat atau melalui suatu jalan dan perasaan tersebut berlaku sangat cepat.


Majoriti Pernah Mengalami
Menurut kajian, deja vu berlaku dalam emosi yang positif. Ia tidak membuatkan orang yang mengalaminya dirundung rasa sedih, murung atau dilanda rasa kecewa dan sebagainya. Malah, dalam keadaan kesakitan yang amat sangat pun seseorang yang mengalami deja vu boleh menjadi positif, teruja dan bersemangat.

Laporan dari kajian perubatan mengatakan,
“80 PERATUS ORANG SIHAT PERNAH MENGALAMI DE JAVU. PENGALAMAN INI DIRASAI SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEUMUR HIDUP. INI BERMAKNA HAMPIR SEMUA ORANG PERNAH MENGALAMINYA”
Persoalannya, kenapa begitu ramai sekali?

Itu kerana amalan gaya hidup pada hari ini yang menjadi antara faktor berlakunya deja vu,” jawab Dr. Sufian.

person-using-silver-macbook--1024x672.jpg


Gaya hidup masa kini serta pengambilan bahan perangsang seperti kafein dan suplemen menjadi punca merangsang otak untuk mengalami situasi de javu berulang kali.

Jelasnya, pengambilan bahan stimulant (perangsang) dalam kehidupan seharian menjadi punca berlakunya deja vu. Pengambilan terlalu banyak minuman berkafein, suplemen serta penggunaan bahan atau ubat perangsang telah memberikan kesan kepada otak manusia. Bahan-bahan ini merangsang otak manusia sehingga mencetuskan pelbagai gambaran peristiwa lampau atau khayalan di dalam akal fikiran.

Malah kanak-kanak pada zaman ini terdedah sejak dari awal lagi dengan bahan perangsang serta benda-benda yang ‘hyper alertness’, seperti gula, bahan perangsang minda dan sebagainya. Oleh sebab itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ramai orang pernah merasai deja vu.



== Utusan TV
 

CG Sponsors




Top
Log in Register