Patung lilin Chong Wei di Madame Tussauds Hong Kong

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,180
Reaction score
8,938
Points
2,226


Datuk Seri Lee Chong Wei mengambil ukuran badan bagi membentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong. - Ihsan FB Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Lee Chong Wei akan menjadi atlet pertama Malaysia diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong.

“Saya tidak pernah membayangkan patung lilin milik saya sendiri!" kata Chong Wei dalam laman Facebook hari ini.

"Terima kasih @madametussaudshongkong atas penghormatan ini dan saya sangat berbangga menjadi atlet pertama Malaysia berada dalam senarai.

“Terima kasih kepada pasukan Madame Tussauds Hong Kong yang sangat sabar dan teliti ketika sesi berkenaan. Ia memang yang pertama buat saya!” katanya.

Chong Wei turut mendedahkan patung lilin berkenaan akan siap pada suku kedua tahun ini.

Menerusi Facebook itu juga dipaparkan bekas pemain nombor 1 dunia itu menjalani sesi mengambil ukuran badan selain gambar.

Chong Wei bersara daripada sukan badminton tahun lalu dan pernah berkedudukan pertama ranking pemain dengan rekod 349 minggu.

Dia juga baru-baru ini dilantik selaku Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Tokyo.


 
Sponsored Post

pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
1,974
Reaction score
225
Points
33
makin dekat kiamat makin banyak berhala
 
Sponsored Post
Top
Log in Register