BTC USD 97,822.3 Gold USD 2,649.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PATI mahu terjun tingkap nampak penguat kuasa JIM

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,069
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,069
Reaction score
1,241
Points
201
6116102832336781082_120.jpg


PATI mahu terjun tingkap nampak penguat kuasa JIM

KUALA TERENGGANU – Seramai 35 warga asing dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu yang diadakan di beberapa lokasi di daerah ini, Marang dan Kuala Nerus hari ini.

Kesemua PATI berusia dalam lingkungan 15 sehingga 53 tahun tersebut ditahan dalam operasi selama lapan jam berakhir pukul 6 pagi itu.

Timbalan Pengarah Imigresen Terengganu (Kawalan), Mat Amin Hassan berkata, operasi tersebut berjaya menahan 10 individu masing-masing warga Bangladesh dan Myanmar, tujuh orang masing-masing Pakisan dan Indonesia dan seorang warga India.

“Seramai 218 warga asing diperiksa dalam serbuan di sebuah flat di daerah ini dan beberapa rumah kongsi pekerja tapak pembinaan di Marang dan Kuala Nerus.

“Sebahagian mereka cuba melarikan diri melalui tingkap dan tangga namun digagalkan pasukan penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mat Amin berkata, rata-rata 35 suspek berkenaan gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah serta menetap melebihi masa ditetapkan.

Beliau berkata, kes disiasar mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

“Mereka telah dihantar ke Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Dua individu warga tempatan turut diberikan notis hadir ke Pejabat JIM Terengganu di sini untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register