BTC USD 43,743.6 Gold USD 2,027.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Pasukan Asus Catat Rekod Dunia 'Overclock', Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,443
Top Poster #9
Joined
Nov 23, 2012
Messages
54,443
Reaction score
6,170
Points
916
Awards
1
Tidak lama selepas cip Intel Core i9-14900KF dilancarkan di pasaran, pasukan dari Asus telah berjaya mencatatkan rekod dunia 'overclock'. Pasukan Asus itu juga memecahkan rekodnya sendiri untuk overclock CPU teras tunggal sehingga mencecah 9.1GHz menggunakan helium cecair di mana sebelum ini mereka mencatatkan rekod overclock 9GHz dengan cip Intel Core 13900K. Dengan menggunakan perkakasan papan litar utama Asus ROG Maximus Z790 Apex Encore (~RM3,899) serta pembekal kuasa Enermax 1,200W, mereka menyejukkan cip pemprosesan Intel Core i9-14900KF (~RM3,000) itu dengan cecair helium.
1698848900629.png

Menurut Tom's Hardware, cecair helium lebih sejuk daripada nitrogen cecair dan membenarkan CPU beroperasi pada -235C semasa percubaan overclock. Pihak Intel pula memberikan bantuan dengan meningkatkan jam sehingga 200MHz berbanding dengan 13900K yang digantikannya. Penambahbaikan dalam pembuatan telah membolehkan cip ini melakukan overclock sedikit lebih baik daripada pendahulunya.

Pasukan ini mengambil masa seminggu untuk mencipta rekod baharu ini, kerana bekerja dengan cecair helium bukanlah urusan yang mudah. Ini kerana cecair helium tidak menyejat hampir serta-merta, jadi ia adalah operasi yang perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk menuangnya ke CPU sambil menghalang pemeluwapan di sekeliling soket.

Sumber asal Extreme Tech, Skatterbencher
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register