BTC USD 63,168.1 Gold USD 1,745.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Passport Vaksin | AS tolak cadangan pasport vaksin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

AS tolak cadangan pasport vaksin​

WASHINGTON: Rumah Putih menolak cadangan memperkenalkan pasport vaksin persekutuan sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Langkah itu bagi melindungi privasi dan hak rakyat Amerika Syarikat (AS).

BBC melaporkan, cadangan memperkenalkan pasport vaksin dipertimbangkan di seluruh dunia bagi memudahkan pergerakan individu secara selamat ketika memerangi pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, pengkritik menganggap pengeluaran pasport vaksin itu sebagai satu bentuk diskriminasi.

AS menyatakan negara itu tidak akan menyokong sistem yang menghendaki rakyat mereka membawa sebarang pengesahan.


Negara ini melaporkan lebih 550,000 kematian disebabkan COVID-19 dan lebih 31 juta kes positif, iaitu jumlah tertinggi di dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.


Ketika berucap kepada wartawan, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, menyatakan tidak akan ada pangkalan data vaksinasi persekutuan atau mandat persekutuan yang mewajibkan setiap orang mendapatkan satu bukti vaksinasi.


"Kerajaan tidak akan menyokong sistem yang mengharuskan rakyat Amerika membawa pengesahan.


"Keutamaan dari kerajaan persekutuan senang saja, yang mana privasi dan hak orang Amerika harus dilindungi, dan sistem ini tidak akan digunakan terhadap orang secara tidak adil," katanya. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin​

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.

Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR), Dr. Babatunde Olowokure, berkata walaupun mereka memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelancongan antarabangsa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehkan pengenalan pasport vaksin.

"Pendirian WHO ketika ini ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak boleh memperkenalkan satu bentuk bukti vaksinasi COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai syarat bagi pelepasan atau ketibaan (sesebuah negara).

Bekalan global yang terhad adalah faktornya. Vaksinasi pilihan bagi pelancong boleh menyebabkan bekalan vaksin yang menyusut bagi mereka yang dianggap berisiko," tambahnya.

Beliau berkata, kekurangan data mengenai sama ada vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan coronavirus juga adalah satu lagi faktor yang menolak pengenalan pasport vaksin.


Olowokure juga memberi amaran terhadap 'optimisme vaksin', dengan menyatakan bahawa langkah-langkah kesihatan awam seperti penggunaan pelitup muka dan kebersihan tangan masih harus diteruskan walaupun sudah ada vaksinasi.


Beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbangkan keperluan bukti vaksinasi bagi pelancong, dan beberapa hospital swasta di Malaysia dilihat menyokong idea ini bulan lepas, dengan mengatakan bahawa pasport vaksin akan membantu pemulihan industri pelancongan perubatan di sini.


WHO-WPR juga mengumumkan rancangan untuk membangunkan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun, dan Australia, bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara-negara yang tidak memiliki kemampuan berbuat demikian.


Pengarah wilayah WHO-WPR Dr. Takeshi Kasai, berkata dengan jaringan pengawasan itu, ia akan membantu mereka mengesan varian baharu dan terkini COVID-19, di samping penyakit yang baharu muncul.


"Ini akan menjadi infrastruktur yang sangat penting untuk pandemik berikutnya," katanya.


WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin AstraZeneca-Oxford, dengan mengatakan bahawa kajian menunjukkan bahawa vaksin itu tidak membawa kepada kematian akibat darah beku.


Sementara itu, Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR, Dr Socorro Escalante, berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin kini semakin rendah, kerana ia memang dijangka berlaku secara semulajadi dalam populasi umum.


United Kingdom (UK) melaporkan tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah setelah menerima suntikan vaksin AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, dan 18 juta orang telah menerima vaksin di negara itu. - BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register