BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasport latar putih dikuat kuasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Jabatan Imigresen telah kuatkuasakan penggunaan gambar pasport berlatar belakang putih secara berperingkat sejak 8 April lalu.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru.

Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia akan di kuatkuasakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak 27 Mei ini.

Syarat baru itu memerlukan pemohon membawa dua keping gambar berukuran 35mm x 50 mm berlatar belakang putih.

Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25 x 30 mm, manakala lebihan ruang bagi kepala dan bawah dagu berukuran 10 mm.

Pemohon juga diminta memakai baju berwarna gelap dan menutup dada serta bahu.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.imi.gov.my.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/pasport-latar-putih-dikuat-kuasa-1.163295
 
Last edited:
selalunya biru,
ape sebab tukar putih?
 
ketat mcm mana syarat pn PATI tetap ramai jgk kt mysia nih....eerrrmmmm:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-?
 
selalunya biru,
ape sebab tukar putih?

Sebab ikut standard baru.

Bila background putih ia akan jadi macam ini:

passport.jpg

Ia akan ikut bentuk kepala kita jadi gambar lebih jelas dan ia disaluti plastik polikarbon :)

Sumber: Saya dah buat dah haha :D
 
SHAH ALAM – Jabatan Imigresen telah kuatkuasakan penggunaan gambar pasport berlatar belakang putih secara berperingkat sejak 8 April lalu.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru.

Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia akan di kuatkuasakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak 27 Mei ini.

Syarat baru itu memerlukan pemohon membawa dua keping gambar berukuran 35mm x 50 mm berlatar belakang putih.

Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25 x 30 mm, manakala lebihan ruang bagi kepala dan bawah dagu berukuran 10 mm.

Pemohon juga diminta memakai baju berwarna gelap dan menutup dada serta bahu.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.imi.gov.my.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/pasport-latar-putih-dikuat-kuasa-1.163295

Kalau macam tu tak boleh pakai la gambar pasport yang saya ambil hari tu. Kena ambil balik la nampaknya. Tapi kedai gambar tu pun tak tahu juga. Dia masih letak kain biru sebagai kain latarbelakang.
 
Kedai area rumah saya updated - mula2 ingat dia kelentong. Lepas semak di internet maka terbuktilah hehehe
 
Back
Top
Log in Register