BTC USD 61,932.7 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Pasport Amerika Syarikat Kelak Boleh Menjadi ID Digital Pada Google Wallet

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,922
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,922
Reaction score
6,857
Points
916
Awards
1
Di Malaysia, identiti pengenalan diri digital sudah mula diperkenalkan melalui MyDigital ID. Sementara lesen memandu digital pula boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ. Untuk pasport, walaupun Malaysia berada di tangga ke-12 untuk yang paling berkuasa di dunia – versi digital masih tidak ditawarkan. Berbeza dengan pasport Amerika Syarikat yang kini dalam proses untuk disokong dalam Google Wallet.
Google-Wallet-Pasport-ID-Digital-Amerika-Syarikat-01.webp

Ya, seperti kad debit/kredit atau kunci kereta terpilih yang boleh disimpan di dalam Google Wallet – pasport di Amerika Syarikat kelak turut boleh diimbas dan menjadi identiti pengenalan diri digital untuk digunakan di lapangan terbang. ID digital yang dihasilkan dari pasport ini turut kelak boleh digunakan untuk pengesahan identiti ketika menyewa kereta dan lain-lain.

Untuk memasukkan ID digital daripada pasport Amerika Syarikat ke dalam Google Wallet, pengguna perlu imbas pasport dengan sentuhnya di belakang peranti dan mengikuti arahan untuk mengambil gambar swafoto sebagai pengesahan tambahan. Google turut menegaskan yang ID digital pada Walllet ini bukan pengganti pasport atau kad identiti diri, sebaliknya hanya sebagai alternatif pengesahan identiti diri seperti MyDigital ID. Negara lain yang menguji ciri lebih kurang sama adalah Finland sejak dua tahun lalu.

Sumber asal https://blog.google/products/google-pay/google-wallet-update-september-2024/
 
Sponsored Post

Finland Memulakan Ujian Pasport Digital Pada Telefon Pintar

Kita hidup di zaman hampir semua aktiviti boleh dilakukan secara digital. Tetapi mengembara ke negara luar masih lagi analog dengan keperluan membawa buku pasport. Inisiatif untuk mendigitalkan kad pengenalan dan pasport sudah dimulakan di Malaysia menerusi Identiti Digital Nasional tetapi Finland menjadi negara terawal yang akan menjadikannya realiti.

PAsport-vaksin-digital-EU-950x534.jpg.webp


Menerusi ujian awal yang akan dilakukan tahun ini, warga Finland yang ingin pergi ke Croatia akan diminta menghantar dokumen perjalanan dalam versi digital ke pintu masuk sempadan sebelum tiba ke destinasi. Kesahihan akan disahkan oleh pegawai imigresen Croatia sebelum kebenaran merentas sempadan diberikan dalam aplikasi khas. Di sempadan warga Finland hanya perlu mengesahkan identiti menerusi aplikasi dan imbasan wajah. Dengan tiada dokumen perlu diperiksa, disahkan, dan dicop terlebih dahulu penggunaan pasport digital diharap akan menyelesaikan masalah kesesakan di sempadan. Finland akan menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan pasport digital dan sekiranya ia terbukti berjaya kemungkinan besar akan digunakan pula ke seluruh EU.​
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register