BTC USD 62,120.2 Gold USD 2,383.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasir Johor hendak diangkut ke mana?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA TINGGI 3 Dis. – Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit.

Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati para penduduk bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang pelbagai bencana seperti ditenggalami air akibat ketiadaan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar.

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/

Hantaq pi singapork kot?
 
Sponsored Post

yaaa... memang betul...

kat sini pun ada org cari pasir yang boleh diangkut guna pontun.... area setiawan terutamanya... dan pernah kawan cina aku offer aku untuk cari mana2 kawasan pasir di tepi sungai, dia support semua, kewangan ect hanya utk pastikan aku boleh cari tempat tu...

huhuhuh... nasib baik iman dan prinsip kuat lagi...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register