Pasir Gudang dicemari Gas Kimia : 3 lagi sekolah ditutup 13 Mar 2018

CG Sponsors




momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,836
Reaction score
321
Points
141
Aku baru je balik dr kota masai

Kali ni serius bau dia kuat...aku mmg x tahan bau dia...

Masuk je jln dpn tesco dh start bau smpaila ke jln betik umah member aku

Pehhh gilela wehh...naya btul org2 kat sane...mmg kuat bau dia kali ni

Susah aku nk describe bau dia camne...tp member aku ckp bau dia mcm dapur gas umah kite tu bocor

Dia ckp bau ni dh lama sebleum PRU lg dh ade...tp xdela sekuat ni...tp selepas kes sg. Kim2 ni bau makin kuat...

Pelik jgk patut lepas kes bau patut clearla xde bau dh...ni makin kuat pulak..

Mmg kesian btul org kota masai

Balik.permas aku.lalu bukit dahlia.jap tgk umah..ade bau.lain.pulak...bau bese...mcm bau kelapa sawit gitu...org sane kabola...
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226


Lapisan minyak dan bau busuk yang dikesan di muara Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. - Arkib NSTP
Perbicaraan kes cemar Sungai Kim Kim ditangguh Disember


JOHOR BAHRU: Perbicaraan kes seorang pemandu lori dan tiga pengarah syarikat yang didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Mac lalu, yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke Disember.

Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menetapkan tarikh baharu iaitu 3, 4 dan 5 Disember depan untuk perbicaraan kes keempat-empat Orang Kena Saman (OKS) iaitu pemandu lori, N. Maridass, 35, dan tiga pengarah syarikat, Wang Jing Chao, 34, Yap Yoke Liang, 36, dan Sim Wei Der, 50.

Keputusan penangguhan itu dibuat Wan Mohd Norisham selepas mendengar permohonan dikemukakan peguam bela mewakili semua tertuduh pada prosiding perbicaraan hari ini.

Wan Mohd Norisham membuat keputusan itu selepas mengambil kira peguam mewakili semua orang kena saman (OKS) mempunyai kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada tarikh sama, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Hussin Othman yang hadir bagi mewakili ketiga-tiga peguam lain bagi mengemukakan permohonan berkenaan.

Mendengar hujahan terbabit, Wan Mohd Norisham membuat penangguhan selepas mengambil kira kes perbicaraan membabitkan semua peguam itu.

"Sebenarnya, susah untuk dapat tarikh bicara, tetapi bila dapat tarikh sesuai tetapi peguam tidak hadir pula.

"Tarikh ditetapkan lalu adalah tarikh sesuai untuk semua, OKS pun tidak hadir hari ini," katanya.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya, Farra Nor Azura Jumuddin tidak membantah permohonan itu, meskipun dua saksi hadir hari ini.

Terdahulu, prosiding yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini bermula pada jam 9.15 pagi.

Bagaimanapun peguam Rathskrishna, Maniam Nair dan Joshua Tay hanya diwakili peguam Hussin Othman.

Mac lalu, sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, P Tech Resources Sdn Bhd dan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen atas 15 pertuduhan masing-masing membabitkan kesalahan gagal mematuhi pemantauan udara bersih dan buangan terjadual di Sungai Kim Kim.

Tertuduh, Jing Chao, 34, warga Singapura, dan Yoke Liang, 36, yang juga OKS masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Jing Chao dan Yoke Liang masing-masing sebagai pengarah kilang berkenaan didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan pembuangan terjadual, iaitu gagal membuat pemberitahuan mengenai buangan terjadual yang ditetapkan di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Kedua-dua mereka juga didakwa atas lapan pertuduhan membabitkan udara bersih iaitu gagal menjalankan pemantauan berkala di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Kilang terbabit turut didakwa atas 15 pertuduhan sama yang diwakili dua OKS berkenaan.

Pada 25 April lalu pengarah syarikat kilang memproses tayar terpakai warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas tuduhan bersubahat melakukan pelupusan buangan minyak di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Mac lalu.

Sim Wei Der, 50, didakwa bersubahat dengan tiga tertuduh yang didakwa sebelum ini iaitu pemandu lori, Maridass, 35, serta dua pengarah bersama, Yoke Liang dan Jing Chao, yang juga warga Singapura melupuskan buangan minyak atau enap cemar berminyak ke dalam Sungai Kim Kim dibuat dengan menggunakan lori dan semi treler tangki minyak sawit tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226

Perbicaraan empat suspek insiden Sungai Kim Kim yang sudah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada 24 Mac lalu akan diteruskan pada 3 Disember ini. - Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226

Dua pengarah sebuah syarikat pemprosesan tayar terpakai Wang Jing Chao (kanan) dan Yap Yoke Liang (kiri), yang didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim kim, Pasir Gudang, sekali lagi dituduh di Mahkamah Sesyen pada akhir Mac lepas, masing-masing atas 15 pertuduhan baharu. Pertuduhan berkenaan membabitkan tujuh kesalahan bersabit pembuangan terjadual dan lapan melibatkan kesalahan pencemaran udara bersih pada awal bulan ini. Wang, 34, warga Singapura dan Yap, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman
Perbicaraan tertuduh cemarkan Sungai Kim kim bermula hari ini


JOHOR BAHRU, 3 Dis - Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim bermula di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dengan keempat-empat tertuduh - N. Maridass, 35: Wan Jing Chao, 34, (warga Singapura); Yap Loke Liang, 36; dan Sim Wei Der, 50, (warga Singapura) yang dilihat memasuki kamar mahkamah pada pukul 10.29 pagi ini.

Perbicaraan juga dikendalikan dua pendakwaraya iaitu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Alam Sekitar Putrajaya Nor Azura Jumuddin.

Kes menjadi tumpuan ramai itu sepatutnya memulakan prodising perbicaraan pada 16 Okt lepas, namun ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan kerana peguam terlibat menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada hari berkenaan.

Pada 23 Mac lepas, Maridass, yang juga pemandu lori di syarikat pemprosesan tayar terpakai didakwa melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dengan menggunakan lori jenis Mitsubishi dan semi trailer tangki sawit.

Pelupusan dilakukan tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Tiga pengarah syarikat itu Jing Chao, Loke Liang dan Wei Der, didakwa bersubahat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunakan kenderaan terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 12.01 tengah malam hingga 1.00 pagi, 7 Mac lepas di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim.

Tuduhan ke atas Maridass dibuat mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum di bawah 34 B(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun selain denda RM500,000.

Sementara itu, ketiga-tiga pengarah syarikat itu didakwa di bawah Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibacakan bersama dengan Seksyen 42 akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(3) akta sama iaitu dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

Maridass diwakili peguam S. Ratakrishna, Jing Chao dan Loke Liang diwakili peguam G. Subramaniam Nair dan Wei Der diwakili peguam Joshua Tay.

Ketiga-tiga pengarah syarikat itu juga dikenakan 15 lagi pertuduhan, masing-masing di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Pertuduhan itu kerana gagal membuat pemberitahuan mengenai buangan terjadual dan gagal menjalankan pemantauan berkala seperti mana ditetapkan akta itu.

-- BERNAMA


http://bernama.com/bm/news.php?id=1795703Perbicaraan tertuduh cemarkan Sungai Kim kim bermula hari ini
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,905
Reaction score
2,332
Points
236
Perbicaraan Tuduhan Cemarkan Sg Kim Kim Bermula Hari Ini

03.12.2019 - Johor Bahru, Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim bermula di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dengan keempat-empat tertuduh - N Maridass, 35: Wan Jing Chao, 34, (warga Singapura); Yap Loke Liang, 36; dan Sim Wei Der, 50, (warga Singapura) yang dilihat memasuki kamar mahkamah pada pukul 10.29 pagi ini.

Perbicaraan juga dikendalikan dua pendakwaraya iaitu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Alam Sekitar Putrajaya Nor Azura Jumuddin.

Kes menjadi tumpuan ramai itu sepatutnya memulakan prodising perbicaraan pada 16 Okt lepas, namun ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan kerana peguam terlibat menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada hari berkenaan.

Pada 23 Mac lepas, Maridass, yang juga pemandu lori di syarikat pemprosesan tayar terpakai didakwa melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dengan menggunakan lori jenis Mitsubishi dan semi trailer tangki sawit.

Pelupusan dilakukan tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Tiga pengarah syarikat itu Jing Chao, Loke Liang dan Wei Der, didakwa bersubahat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunakan kenderaan terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 12.01 tengah malam hingga 1.00 pagi, 7 Mac lepas di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim.

Tuduhan ke atas Maridass dibuat mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum di bawah 34 B(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun selain denda RM500,000.

Sementara itu, ketiga-tiga pengarah syarikat itu didakwa di bawah Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibacakan bersama dengan Seksyen 42 akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(3) akta sama iaitu dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

Maridass diwakili peguam S. Ratakrishna, Jing Chao dan Loke Liang diwakili peguam G. Subramaniam Nair dan Wei Der diwakili peguam Joshua Tay.

Ketiga-tiga pengarah syarikat itu juga dikenakan 15 lagi pertuduhan, masing-masing di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Pertuduhan itu kerana gagal membuat pemberitahuan mengenai buangan terjadual dan gagal menjalankan pemantauan berkala seperti mana ditetapkan akta itu.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502241
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,459
Reaction score
20,753
Points
1,661
Hakim lawat kilang dikait pencemaran Sungai Kim Kim

PROSIDING hari kedua perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, hari ini bermula dengan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob melawat kilang kitar semula tayar terpakai di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Johor Bahru, yang dikaitkan dengan insiden pencemaran itu, Mac lalu.


Wan Mohd Norisham tiba di kilang terbabit kira-kira 10 pagi bersama beberapa pihak berkepentingan dalam kes itu termasuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Syafiq Mohd Ghazali; TPR Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya Nor Azura Jumuddin dan saksi pertama pendakwaan, Pegawai Kanan Kawalan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memegang gelaran sebagai Ketua Cawangan JAS Muar, Mohd Nazir Mansor.

Turut hadir, peguam G Subramaniam Nair yang mewakili pengarah syarikat kilang kitar semula tayar terpakai itu, Wang Jing Chao, warga Singapura dan, Yap Loke Liang, peguam S Ratakrishna yang mewakili pemandu lori syarikat, N Maridass serta peguam Joshua Tay yang mewakili seorang lagi pengarah syarikat Sim Wei Der, juga warga Singapura.

Saksi kedua pendakwaan, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Seksyen Penilaian dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya JAS Putrajaya, Ir Azlan Ahmad, dilihat turut hadir.

Kesemua mereka diberikan penerangan dan gambaran sebenar berhubung peralatan yang digunakan di kilang tersebut untuk proses mengitar semula tayar terpakai berkenaan oleh Mohd Nazir, selama kira-kira 45 minit.

Mereka kemudian menuju ke tiga lokasi lain di sekitar Pasir Gudang merangkumi dua kawasan iaitu lokasi Maridass meletakkan kenderaannya dan Sungai Kim Kim yang dikaitkan sebagai tempat pelupusan barangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak.

Esok perbicaraan di hadapan Wan Mohd Norisham di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, bersambung semula selepas perbicaraan kes tersebut dimulakan semalam.

Maridass, 35, didakwa melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, dengan menggunakan lori dan semi trailer tangki sawit, tanpa kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Wang, 34, Yap, 36, dan Sim, 50, pula didakwa bersubahat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunakan kenderaan terbabit.

Keempat-empat mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara 12.01 tengah malam hingga 1 pagi, 7 Mac lalu di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim.

Maridass didakwa mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34 B(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun selain denda RM500,000 jika sabit kesalahan.

Wang, Yap dan Sim pula didakwa di bawah Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibaca bersama Seksyen 42 akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(3) akta sama iaitu dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

Selain berdepan pertuduhan itu, Wang, Yap dan Sim turut dikenakan 15 lagi pertuduhan masing-masing di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Pertuduhan itu adalah kerana gagal membuat pemberitahuan mengenai buangan terjadual dan gagal menjalankan pemantauan berkala seperti ditetapkan mengikut akta itu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan (dua dari kanan) menyampaikan replika cek tabung Hope for Irfan kepada pesakit Myokymia, Irfan Wafiy di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, hari ini. - Foto Zain Ahmed

Pesakit Myokymia dipantau Kementerian Kesihatan


PASIR GUDANG: Pesakit Myokymia, Irfan Wafiy Idham Wazir, 13, yang dipercayai menderita penyakit itu akibat pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim di sini, sejak Mac lalu, kini dipantau rapi Kementerian Kesihatan.

Bapanya, Idham Wazir A Wahab, 50, berkata perkembangan anak keempatnya itu dipantau secara dekat Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, yang kerap menghubungi keluarganya bagi mengetahui keadaan terkini Irfan.

Katanya, Irfan kini mendapatkan rawatan dari pakar neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), rawatan fisioterapi di Hospital Sultan Ismail (HSI) selain rawatan psikologi di Hospital Permai, dekat sini.

“Keadaan Irfan yang mengeletar pada tangan dan kaki masih sama sejak sembilan bulan lalu, namun ada perubahan sedikit apabila kini sudah mampu membengkok kaki apabila menaiki tangga, berbanding semula ini.

“HKL memberikan ubat sawan baharu dengan dos lebih tinggi bagi merawat penyakit Myokimia Irfan, namun dia menerima kesan sampingan ubat itu apabila mengalami demam panas, selain badannya kini mendapat ruam yang agak teruk.

“Ia menyebabkan Irfan tidak boleh mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru yang dijadualkan Isnin depan, sebaliknya diminta mendaftar masuk selepas ruamnya pulih.

“Saya dan isteri, Norlela Abu Hashim, berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan yang memantau perkembangan Irfan, namun disebabkan anak kami disahkan sebagai pesakit pertama yang menderita Myokimia di negara ini, kami mengharap kementerian juga mendapatkan pandangan pakar luar negara, tempat kes Myokimia pernah dikesan supaya rawatan terbaik dapat dikenal pasti, ” katanya selepas majlis penyerahan wang tabung Hope for Irfan yang berjumlah RM17,000, di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, di sini, hari ini.

Replika cek tabung Hope for Irfan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan diiringi Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan.

Julai lalu, Kerajaan Johor menerusi Jabatan Pendidikan Johor melancarkan tabung berkenaan bagi membantu Irfan, yang menghidap penyakit Myokymia, sejenis penyakit berkaitan saraf bagi mendapatkan rawatan terbaik.

Irfan seorang daripada empat murid SK Taman Bukit Dahlia yang mencatat keputusan 6A.

Kisah Irfan Wafiy mula mendapat perhatian selepas kakinya menggeletar tanpa henti dipercayai akibat pencemaran Sungai Kim Kim, selepas terhidu gas kima bertoksik semasa sesi persekolahan, Mac lalu.

Dia disahkan positif Myokymia selepas kesnya dirujuk ke HKL.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim pada Mac lalu menjejaskan kira-kira 4,000 penduduk, termasuk pelajar sehingga menyebabkan 111 sekolah di kawasan diarahkan tutup sementara.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register