BTC USD 58,488.7 Gold USD 2,584.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasca Penyasaran Subsidi Diesel, Pengguna Dakwa Berlaku Kenaikan Harga Barangan Keperluan Asas

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,209
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,209
Reaction score
36,350
Points
2,836
Awards
2

Pengguna dakwa berlaku kenaikan​

NURATIKAH ATHILYA HASSAN
20 JUN 2024

2695044.jpg

Pengguna mendakwa beberapa barangan keperluan asas mengalami sedikit kenaikan berbanding minggu lalu. Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Penggguna mendakwa beberapa barang keperluan asas seperti ayam, ikan dan udang, cili serta sayur-sayuran lain didapati mengalami kenaikan harga selepas satu minggu penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

Tinjauan Sinar Harian di pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati peningkatan tersebut berlaku antara RM2 hingga RM3 membabitkan beberapa jenis barangan bukan kawalan.

Seorang pengguna, Mohd Aide Mohamed Kussim, 51, mendakwa, beberapa barangan keperluan asas mengalami sedikit kenaikan berbanding minggu lalu.

“Setakat ini memang ada peningkatan harga. Tapi kalau ikutkan barang keperluan asas adalah barangan terkawal, jadi kebanyakan peniaga masih akur dengan ketetapan tersebut.

“Harga hari ini pun masih sama macam minggu lepas, cuma cili padi ada sedikit peningkatan sekitar RM2 hingga RM3 macam itu,” katanya pada Selasa.

Suri rumah, Nor Baiti Mohamad Sidik, 52, turut mendakwa harga barangan basah seperti ayam, ikan dan udang meningkat sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, bahan asas seperti sayur dan bawang sebelum ini sekitar RM2 bagi 100 gram hingga 200 gram tetapi kini sudah mencecah RM4.

“Ini harga kawasan luar bandar, di kawasan bandar masih belum terjejas. Mungkin kos naik sebab mahu tampung kos pengangkutan,” ujarnya.

Menurut Nur Hasmalynda Hasan, 35, ada kedai runcit didapati menaikkan harga beberapa barangan.

Dia melahirkan kebimbangan untuk jangka masa akan datang kemungkinan lebih banyak lagi barang yang akan naik harga.

“Saya memang mengharapkan tiada lagi kenaikan dan dapat kembalikan harga yang asal sebelum ada kenaikan harga diesel,” luahnya.

Bagi anggota polis, Norazran Yusoff, 36, kerajaan perlu mengekalkan harga barangan keperluan asas kini dan menaikkan taraf gaji rakyat supaya tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Zaman sekarang banyak nak pakai duit… barang pun mahal. Kalau keluarga yang ada anak ramai lagi banyak kos perbelanjaan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Kakitangan Lembaga Zakat Selangor, Nor Najla Rolin, 28, berkata, peningkatan harga barangan menjadikan dia dan keluarganya terpaksa menyusun semula perbelanjaan bulanan.

“Saya faham mereka (peniaga) terpaksa menaikkan harga kerana mereka juga mempunyai komitmen seperti bayar tapak sewa dan gaji pekerja.

“Saya rasa sangat terbeban dengan harga mahal sekarang. Bayangkan dulu beli barang keperluan RM100 sudah mencukupi untuk seminggu tapi sekarang RM200 baru cukup,” katanya.

Bagi suri rumah, Nurul Farafisya Adibah Zulkepli, 26, dia mengakui bahawa harga barang kawalan masih sama seperti yang ditetapkan kerajaan namun terdapat beberapa barangan lain mengalami ketidaktentuan harga.

Katanya, kenaikan harga barang dari masa ke masa memerlukan perhatian penuh daripada kerajaan dengan memberi lebih banyak bantuan supaya dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi berkenaan.

Sponsored Post

Pengguna dah merasakan kesannya....mrk yg naikkan harga tetap akan buat.....menteri dan penyokong mereka yg bergaji tidak tak merasa benda ni...dan tetap menafikan....
 
Kerajaan digesa pantau pembekal, pengilang naikkan harga barang​

20 Jun 2024 10:36am

2695500.jpg

Fauziah (kanan) memeriksa stok barang-barang yang sampai di kedainya di Tasek di sini.

IPOH - Kerajaan digesa memantau pembekal dan pengilang yang menaikkan harga produk jualan mereka menyebabkan pemborong serta peruncit turut terkesan dengan tindakan tersebut.

Seorang pemborong, Fauziah Mohamad Arib, 30, menjelaskan, pihaknya dan juga peruncit berada dalam keadaan dilema untuk tidak menaikkan harga kerana pembekal sendiri sudah menetapkan harga tinggi.

Menurutnya, bukan itu sahaja, ada kilang yang mengurangkan kuantiti produk mereka dengan menukar bungkusan baharu tetapi menaikkan harga barangan tersebut.

Beliau berkata, kebiasaannya peniaga dipersalahkan jika menaikkan harga barang dijual, sedangkan kenaikan itu sudah berlaku di peringkat pembekal.

"Kalau peniaga tidak naikkan harga, bagaimana mereka mahu buat pusingan modal. Kita minta kerajaan tolonglah pantau pembekal dan kilang-kilang ini.

"Ada juga kilang yang letak syarat tertentu untuk beli barang-barang kawalan ini tapi kami tidak boleh jual bersyarat macam gula dan minyak.

"Jadi kami tiada pilihan sedangkan pembekal boleh menetapkan syarat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

2695499.jpg

FAUZIAH

Dalam pada itu, Fauziah turut mengakui penyasaran subsidi diesel memberi kesan kepada perniagaannya apabila kos operasi kini meningkat sebanyak 20 peratus.

Katanya, sehingga kini permohonan untuk mendapatkan 'fleet card' minyak diesel bersubsidi masih belum diluluskan menyebabkan perniagaannya terpaksa menanggung kenaikan kos tersebut.

Jelas Fauziah, barang-barang yang dihantar kepada pelanggan bukan sahaja di sekitar bandar raya Ipoh malah sehingga ke Cameron Higlands.

"Kebanyakan pelanggan kami ini golongan peniaga. Walaupun harga diesel meningkat, kami tidak kenakan sebarang caj penghantaran tapi sampai bila boleh bertahan itu tidak pasti.

"Kalau kami kenakan caj penghantaran, pelanggan kami pasti akan terpaksa menaikkan harga jualan mereka," katanya.

Katanya, begitu juga dengan tarif air dan elektrik yang turut meningkat.

"Kedai kami ada banyak produk sejuk beku dan sudah pastilah penggunaan elektrik tinggi.

"Jadi terpaksa kita fikir bagaimana mahu berjimat," katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata, di sebalik peningkatan harga diesel, beberapa barangan keperluan tidak menunjukkan kenaikan seperti cili kering, bawang dan kentang malah ada barang-barang seperti telur yang turun harga.

Menurutnya, bekalan bagi barang-barang ini juga masih belum putus dan stabil sekali gus meringankan beban pengguna dan peniaga kecil.
 
Pengguna dakwa berlaku kenaikan​

NURATIKAH ATHILYA HASSAN
20 JUN 2024

2695044.jpg

Pengguna mendakwa beberapa barangan keperluan asas mengalami sedikit kenaikan berbanding minggu lalu. Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Penggguna mendakwa beberapa barang keperluan asas seperti ayam, ikan dan udang, cili serta sayur-sayuran lain didapati mengalami kenaikan harga selepas satu minggu penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

Tinjauan Sinar Harian di pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati peningkatan tersebut berlaku antara RM2 hingga RM3 membabitkan beberapa jenis barangan bukan kawalan.

Seorang pengguna, Mohd Aide Mohamed Kussim, 51, mendakwa, beberapa barangan keperluan asas mengalami sedikit kenaikan berbanding minggu lalu.

“Harga hari ini pun masih sama macam minggu lepas, cuma cili padi ada sedikit peningkatan sekitar RM2 hingga RM3 macam itu,” katanya pada Selasa.

Suri rumah, Nor Baiti Mohamad Sidik, 52, turut mendakwa harga barangan basah seperti ayam, ikan dan udang meningkat sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, bahan asas seperti sayur dan bawang sebelum ini sekitar RM2 bagi 100 gram hingga 200 gram tetapi kini sudah mencecah RM4.

“Ini harga kawasan luar bandar, di kawasan bandar masih belum terjejas. Mungkin kos naik sebab mahu tampung kos pengangkutan,” ujarnya.

Menurut Nur Hasmalynda Hasan, 35, ada kedai runcit didapati menaikkan harga beberapa barangan.

Dia melahirkan kebimbangan untuk jangka masa akan datang kemungkinan lebih banyak lagi barang yang akan naik harga.

“Saya memang mengharapkan tiada lagi kenaikan dan dapat kembalikan harga yang asal sebelum ada kenaikan harga diesel,” luahnya.

Bagi anggota polis, Norazran Yusoff, 36, kerajaan perlu mengekalkan harga barangan keperluan asas kini dan menaikkan taraf gaji rakyat supaya tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Zaman sekarang banyak nak pakai duit… barang pun mahal. Kalau keluarga yang ada anak ramai lagi banyak kos perbelanjaan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Kakitangan Lembaga Zakat Selangor, Nor Najla Rolin, 28, berkata, peningkatan harga barangan menjadikan dia dan keluarganya terpaksa menyusun semula perbelanjaan bulanan.

“Saya faham mereka (peniaga) terpaksa menaikkan harga kerana mereka juga mempunyai komitmen seperti bayar tapak sewa dan gaji pekerja.

“Saya rasa sangat terbeban dengan harga mahal sekarang. Bayangkan dulu beli barang keperluan RM100 sudah mencukupi untuk seminggu tapi sekarang RM200 baru cukup,” katanya.

Bagi suri rumah, Nurul Farafisya Adibah Zulkepli, 26, dia mengakui bahawa harga barang kawalan masih sama seperti yang ditetapkan kerajaan namun terdapat beberapa barangan lain mengalami ketidaktentuan harga.

Katanya, kenaikan harga barang dari masa ke masa memerlukan perhatian penuh daripada kerajaan dengan memberi lebih banyak bantuan supaya dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi berkenaan.

Mahal nya RM2 untuk 100 ke 200 gram. Beli kat kedai runcit atjeh ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register