Pasaran rokok seludup Malaysia terbesar di dunia

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
roko01_1603073215.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menjadi tajuk berita global apabila firma peneraju kajian strategik pasaran, Euromonitor International meletakkan pasaran rokok seludup dan penjualan yang berleluasa di negara ini sebagai terbesar di dunia.

Ketua Kanan Penyelidikan Tembakau Euromonitor International, Shane MacGuill, berkata hampir 65 peratus atau dua pertiga daripada keseluruhan pasaran tembakau di Malaysia adalah rokok tidak sah pada 2019.

Beliau berkata, daripada ratusan pasaran yang diteliti Euromonitor International di seluruh dunia, hanya 10 pasaran tembakau memiliki tahap perdagangan rokok seludup melebihi 30 peratus dan daripada jumlah itu, Malaysia adalah negara yang tertinggi dan kelapan terbesar di dunia dari segi jumlah rokok seludup.

"Tiada pasaran lain yang dapat menyaingi atau menghampiri Malaysia, kerana pasaran rokok seludup terbesar seterusnya ialah Brazil yang kami anggarkan kira-kira 50 peratus daripada pasaran.

"Dari segi mana sekali pun kita bahagikan carta atau statistik, adalah jelas wujud isu sangat besar di dalam pasaran tembakau Malaysia," katanya pada sesi perbincangan panel kelolaan New Straits Times (NST) di sini, semalam.

MacGuill adalah antara tiga ahli panel multinasional pada Forum NST175 Insight bertajuk 'Pasaran Rokok Seludup: Pandangan Multinasional', yang dihoskan Pengarang Berita Kanan NST, Faridul Anwar.

Dua lagi ahli panel ialah bekas Diplomat Amerika Syarikat, David Luna dan penganalisis ekonomi yang juga kolumnis akhbar berpengaruh, Pankaj Kumar.

Luna juga adalah bekas Pengerusi Pasukan Petugas Bagi Menangani Dagangan Haram di OECD (Organisasi Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan), yang pakar dalam jenayah kumpulan jenayah rentas sempadan, rasuah, pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

roko02_1603073221.jpg


Mengulas mengenai masalah akut pasaran rokok seludup Malaysia, Luna berkata, isu itu menyebabkan bahaya besar apabila ia mula berkait dengan jenayah lain, sama ada penyeludupan manusia, narkotik atau hidupan liar yang turut dilakukan kumpulan jenayah terancang.

"Pasaran rokok seludup bukan saja menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang tinggi, tetapi juga menjejaskan kestabilan kepada pasaran (ekonomi) dan institusi kerajaan.

"Ia amat membimbangkan untuk melihat tahap penebusan jenayah sebegitu tinggi di Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, Luna percaya, pasaran rokok seludup Malaysia turut membahayakan negara ASEAN serta ekonomi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

"Beberapa laporan menunjukkan sindiket jenayah Malaysia kini menerobos masuk ke pasaran Australia dan New Zealand kerana perbezaan harga (rokok).

"Disebabkan Malaysia kini berperanan sebagai pengerusi dan tuan rumah APEC tahun ini, kerajaan Malaysia harus mengambil peranan peneraju untuk memulakan kerjasama melangkaui sempadan bagi menangani masalah multinasional ini," katanya.

Dari segi penyelesaian, semua anggota panel bersependapat bahawa aspek penguatkuasaan sahaja tidak memadai untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Pankaj berkata, pegawai penguatkuasaan Malaysia sudah menunjukkan mereka memang berkebolehan dan berupaya menangkap penyeludup dan membawa mereka ke muka pengadilan. Namun, ia bukan sekadar mengenai penyeludup, tetapi keseluruhan rantaian nilai rokok tidak sah.

roko03_1603073218.jpg


"Soal mampu dibeli adalah satu isu. Selepas kerajaan menaikkan duti eksais dengan begitu tinggi pada 2015, harga rokok sah meningkat sebanyak 40 peratus kepada 42 peratus.

"Hari ini, kelompok perokok tertumpu kepada segmen berpendapatan rendah di dalam masyarakat, termasuk yang berpendapatan gaji minimum.

"Jika mereka merokok rokok sah pada purata 20 kotak sebulan, ia adalah antara 15 hingga 16 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka. Kos itu terlalu tinggi dan alternatif lebih murah tersedia ada," katanya.

MacQuill bersetuju bahawa segmen berpendapatan rendah adalah mereka yang merokok dan juga pengguna produk pasaran gelap.

"Kita sekarang menyaksikan peningkatan sangat besar di dalam perdagangan rokok seludup pada tahun mendatang disebabkan impak ekonomi oleh COVID-19.

"Cara penyelesaian berbeza perlu diambil pada satu-satu masa, berbanding sekadar melihat kepada isu cukai atau penguatkuasaan secara berasingan," katanya.

Forum NST175 Insight Mengenai Pasaran Rokok Seludup – Perspektif Multinasional boleh didapati di NST Online www.nst.com.my atau Facebook www.facebook.com/nstonline.


== bharian
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Mesia boleh!
Merokok haram taww

nanti sakit, hospital kerajaan jg tanggung..bayar tax tak mau
 
Sponsored Post
Top
Log in Register