Pasar tani siswazah pertama Malaysia dilancar di Gombak Ahad ini

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pasar tani siswazah pertama Malaysia dilancar di Gombak Ahad ini


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pasar Tani Siswazah akan dilancar buat pertama kali di Taman Bullion Mewah, Batu Muda, Gombak Ahad ini dalam usaha menggalakkan para siswazah terlibat dalam bidang keusahawanan.

"Pasar Tani Siswazah ini juga akan bertindak sebagai pusat latihan tidak formal dalam usaha institusi pengajian tinggi menggalakkan para siswazah mereka menceburi bidang perniagaan dan perusahaan asas tani untuk mengelakkan kebergantungan terhadap pasaran kerja di sektor kerajaan atau swasta,” menurut kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Katanya, pasar tani itu akan dibuka pada setiap Ahad mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari di kawasan berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.

Untuk permulaaan, pasar tani itu melibatkan 42 orang siswazah yang terdiri dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain 41 orang usahawan setempat, menurut FAMA.

FAMA berkata, pasar tani yang dikelolakannya dengan kerjasama UniKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Badan Kebajikan UMNO Bahagian Batu itu akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. – Bernama
 
Top
Log in Register